Skip to main content

Catatan Ramadhan 1436H #1

- bismillah -

Alhamdulillah. Allah izin masih sampai kepada bulan mulia ini. 

Beberapa hari sebelum ramadan, ada sahabat yang diuji dengan kehilangan saudara-mara, ada yang diuji dengan sakit demam dan lain-lain. 

Ahli batch saya sempat buat solat hajat jemaah dan dinner sehari sebelum terawikh (2 hari sebelum puasa). 

Mereka juga baca tahlil. Negeri saya tak biasa buat tahlil, jadi ini pun lebih kurang pengalaman baru. Tahlil sendiri bermaksud ulang zikir Laa Ilaha illa Allah. 

Bila imam lead baca doa, syahdu bila sebut doa utk arwah. 
Teringat rakan2 yang sudah pergi dahulu menemui Ilahi. Sudah dua kali ramadan, seorang rakan aku tidak dapat sambut. 

Bagaimana keadaan dia sekarang?

Dia dulu, imam dan lead orang baca zikir selepas solat juga, seperti yang aku tengah lalui sekarang (di majlis solat hajat batch). 
Aku fikir, moga pahalanya disempurnakan oleh Allah. Dia meninggal awal, tidak sempat aset anak soleh, tapi in shaa Allah banyak ilmu yang dia kongsikan dan diamalkan oleh orang sekelilingnya. 

Jadi ketua/pemimpin, buat sesuatu tindakan dan keputusan yang baik, anak buah ikut, maka itu satu aset utk kehidupan selepas mati. Mudah-mudahan. Contoh, seorang imam ajak para jemaah zikir lepas solat. 

Bukankah kita diajarkan berdoa,
"Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami pasangan dan zuriat penyejuk mata, dan jadikan kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa."

Kita diajar untuk memotivasikan diri supaya menjadi pemimpin. Bahkan dalam sebuah hadis, ada disebutkan "setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan akan disoal/dipertanggungjawab atas apa yang dipimpin..."

Moga Allah merahmati rakan saya itu, dah seluruh jiwa yang pernah memimpin kepada jalan kebaikan. 

Amiin. 

Sekarang, fokusnya pada kita. Kita diberi peluang, ramadan untuk kita masih berbaki...maka moga ramadan kali ini adalah lebih baik daripada sebelumnya. Moga tiada penyesalan. 

Terbaca status facebook seorang sheikh. Dia berkongsi satu hadis. 
Dua orang masuk islam pada masa yang sama, seorang sangat kuat berusaha dalam agamanya lalu dia dipilih oleh Allah mati syahid dalam sebuah perang. Sementara lagi seorang biasa2 saja, dan masih hidup lama selepas kematian saudaranya itu. 

Dengan izin Allah, yang kedua itu dimasukkan ke syurga lebih awal daripada yang mati syahid itu. 

Nabi menjelaskan, kerana yang hidup lebih lama itu sempat bertemu ramadan dan melakukan amalan dengan sebaik2nya. Maka dengan izin Allah, darjatnya lebih tinggi. 

Maka, ketibaan ramadan seterusnya ini, adalah peluang untuk kita!
Masih belum terlambat selagi ajal masih belum tiba. 

Jom. Jaga diri, jaga agama, jaga iman. 
Segalanya adalah di bawah kekuasaan Allah. 

Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …