Skip to main content

Catatan Ramadan 1436H #4

- bismillah -

Allah. I only want Him. 

Tengok gambar pemuda-pemuda Gaza panjat tembok pemisah yg tinggi tu untuk ke masjidil Aqsa utk solat jumaat. 

Nak dibandingkan dengan our hardship nk pergi solat, apalah sangat. 

Tabahlah. Masa muda tak panjang. Esok2 sudah tua. Esok2 sudah berusia. Entah2, esok sudah tiada. 

Dekat malaysia, saya tak rasa saya akan segigih ini..

Walau apapun halangan, cari jalan. 

Youth... semangatnya bukan mengenal erti limitation. 

Saya tak kata saya tak takut,
Jantung masih nak luruh waktu berdepan dengan makhluk ancaman...
Pemandu teksi yang suka naikkan tambang. 
Anak tak-berapa kecil yang baling mercun. 
Terbaru, jumpa anjing liar (husky). 

Tapi ada sesuatu, 
Yang terus menolak saya untuk ke hadapan,
melalui fasa hidup ini dengan tenang. 
Mungkin dah tak ada pilihan lain,
Kalau ada keluarga, 
Mungkin saya hanya akan memilih untuk berlindung di belakang mereka. 

Keselamatan dan ketenangan ialah tema minggu pertama ramadan.  Hehe. 

Allah. I only want Him. 

Manusia boleh bantu kita, lindung kita, tapi siapa pula yang melindung mereka?

Hanya Allah. Allah saja yang boleh lindung semua makhluk yang lemah dan makhluk yang kuat. 

Pagi tadi, naik koster/bas dengar tazkirah pasal tolong-menolong. Dia baca satu ayat. Saya google, rupanya surah yunus ayat 26. 

Beautiful. 
Orang yang berlaku ihsan, beribadah kepada Allah seolah kita melihat Allah, atau seolah Allah melihat kita, 
Maka ganjarannya syurga. 

Tahun ni, persatuan saya suruh cari murakib sendiri untuk balik lepas tarawih. Tahun lepas2, kami berkumpul ikut tempat dan balik sama2. Tahun ni, sbb ramadan jatuh ketika separuh pelajar persatuan balik ke msia, maka, kena cari kawan yang escort balik sendiri-sendiri. 
Menyenangkan, tapi susah bagi saya yang ...
Hurm. 

Tapi Alhamdulillah, Allah izin mudah. Allah izin dilembutkan hati mereka untuk berlaku ehsan utk me-murakib-kan. 

Ehsan. Allah is watching. Buat ibadah, ibadah juga, jangan dilupa batas agama. Jangan pergi masjid berdua dengan tunang/kawan lelaki/etc?(utk org islamik yang tahu couple tu dosa), jangan kejut tunang/kawan lelaki suruh bangun qiyam/sahur etc. Saya belum diuji dengan episod 'tunang' islamik, dan saya tak mahu diuji begitu. Saya mohon perlindungan Allah daripada perkara itu. 

Konklusinya, we all need Allah. No matter how hard our lives are, how we think we are in need for human's help, first of all we only need Allah. 

"Nanti sebulan la minta tolong dengan orang tu.." 
Jauhi teasing others, jaga hati memasing. 

Oh ya. Saya belajar shades of gray. 
Hitam putihnya, jangan menyembang dengan murakib tanpa topik penting. 
Gray areanya, belajar la hulur moreh sket... mereka itu manusia, kita manusia, belajar pamerkan penghargaan. I learnt this from my friend this ramadan. (Kalau tak, huh, minta balasan dan reward dari Allah lah, buat apa nak minta dari akhowat! No side talking. Hehs.)

I am not suggesting permulaan longgarnya ikhtilat. 
I am towards ehsan, tolong2 dalam taqwa dan kebaikan (maidah ayat 2), and towards being a human. 

Oh serabut jugak. Ikut fatwa hati masing2. Moreh tu takyah la  decorate/bentuk love bagai, bawa fitnah pulak nanti. Pandai2lah. 

Jangan ada yang jadikan pandangan saya ini sebagai lesen nak meluaskan pergaulan tanpa batas. 
Tulisan ini, ialah perjalanan minda saya...daripada satu titik yang dulu hanya ada hitam dan putih...
Tiada toleransi. 

Toleransi manusia sekeliling mengajar saya untuk bertoleransi. 

Allah. I only want Him. 

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …