Skip to main content

Semailah benih ukhwah

- bismillah -

Alhamdulillah. 

Hari ni kakak naqibah usrah tahun satu dulu, usrah persatuan, jemput makan-makan... Kenduri kesyukuran sbb beliau dah grad. 

Dah 4 tahun kami kenal, azzikr lagi, dan alhamdulillah masih kenal. Kakak jemput juga adik2 yang beliau jadi mentor/ketua group dulu2, pokoknya adik2 yang dia pernah luangkan masa utk bantu kami. 

Ma shaa Allah alaiha. Tanpa contoh ini, saya grad nanti saya tak rasa nak buat kenduri utk jemput adik2 dan semua kenalan yang ada di irbid ni pun. 
In shaa Allah, dalam berkat waktu dan umur, moga Allah izin saya jadi manusia yang ikhlas memperuntukkan waktu untuk menyiram ukhwah juga. 

Kerana sikap kita, rajin menanam benih ukhwah tapi tidak pernah pula menyiramnya. Bagaimana kita expect nak rasa kemanisan ukhwah?

Saya respect beliau yang berukhwah merentasi jemaah. 

Moga saya juga mampu mencontohi beliau. Penting juga untuk mendidik hati supaya jangan bergantung dengan sesama jemaah/kelompok sahaja. Kerana setiap dari kita, akan saling menolong kerana akhlak, bukan kerana sama jemaah. 

Jika berkawan sesama jemaah semata, rugilah kita untuk menghayati kepelbagaian warna dalam penciptaan ummah. 
Jika berkawan kerana jemaah, maka ukhwah di luar kerja dan di luar program ialah ukhwah plastik. Plastik yang kita pilih bila nak guna, bila nak buang. Kalau perlu, kita cari. 

Elakkan ukhwah plastik. 
Elakkan menjadi plastik. Terbang ditiup angin tanpa arah tuju apabila tiada yang mahukannya. 

Mungkin, untuk elakkan diri menjadi plastik pakai buang oleh insan lain, ialah dengan terus menerus menyiram ukhwah. 

Pedih, bila cinta tak bersambut. 
Lagi pedih, bila tangan ini tidak dicapai untuk berlari ke syurga. 

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …