Tuesday, May 26, 2015

Orang femes

- bismillah -

"Akak Nailah, apa perasaan kahwin dengan public figure?"

Kak Nailah menjawab sekian sekian dalam kapasitinya sebagai isteri kepada seorang yang dihormati dalam komuniti ini dan di tanah air. 

Jawapannya, berbalik kepada diri sendiri. Tiada cela atau tiada masalah pun kalau pasangan orang yang popular, selagi pandai menjaga diri dan adil dengan hak. 
Jika timbul masalah, itu adalah dari diri sendiri (pasangan kepadanya) juga. 

Kena saling percaya, kawal cemburu. Hormati. Ada rahsia yang perlu terus menjadi rahsia. Ada perkara yang harus dikorek hingga ke akar umbi. 

Kata Kak Nailah, filem Hati Perempuan itu ada pengajaran besar walaupun besar juga kritikan ke atas filem itu. 

Saya tak tengok lagi, tapi boleh agak, kalau tak jaga diri dan iman, boleh buat perangai tipikal macam tu juga. 

Semoga para muslimin muslimat menjadi pasangan yang tidak membebankan pasangan mereka. 

"Hati2, dalam bab cemburu, orang lelaki lebih tinggi cemburunya." 

Kami semua terdiam. 

"Sebab itu, ada sesetengah orang lelaki, walaupun lantang di luar, dia memilih isteri dari kalangan orang yang tak femes... Terutama yang jarang disebut di mulut siapa2."

Aku mengangguk. 

Satu suara lain kemudiannya mencelah selepas Kak Nailah berbicara panjang lebar tadi. 

"Saya, macam mana? Siapalah nak kat saya..." Beliau menggeleng kecil. Dia antara sahabatku yang femes, siapa tak kenalnya maka itu tanda orang itu escapist lah. Eh. 

Saya senyum positif kepadanya. "Tak apa, awak akan dapat yang hebat dan outspoken macam awak juga!" 

Separuh jiwa dalam kata-kataku itu ialah doa dan pujukan untuk diri sendiri. 

'Kakak ni, orang lelaki takut dengannya..' Kata-kata seorang kakak kepada beberapa orang adik suatu masa lalu ketika memperkenalkan saya kepada mereka. 

"Haah, betul tu. Jangan risau. Ada..." Kak Nailah juga tersenyum. 

Kerana kami dididik dengan janji Allah dalam kitab-Nya. 
Yang solehah akan mendapat yang solehah juga,
Jika tinggi darjat di sisi Tuhan, maka diuji seperti Asiah, isteri kepada Firaun. 
Jika tidak ada tempat, menjadilah seperti isteri Nabi Lut, dikurniakan pemuda soleh namun tidak mampu menjadi isteri solehah. 
Dan Allah sebut juga kisah Maryam, tidak berkahwin namun masih punya tempat di sisi Tuhan. 
Dan banyak lagi kisah ummu al mukminin para isteri Nabi Muhammad s.a.w.  

Jadi, tiada siapa pun yang teraniaya or being left out. Semua orang mampu bahagia di dunia dan di akhirat dalam path masing-masing! 

Senyum positif. 
At-thoiyibaatu li tthoiyibeen...

Itu kisah hari tu. 
Hari ni pula. 

"Eh, kau ada nombor telefon syabab A? Aku ada hal urgent nak hubungi B tapi B tak angkat."
"Tak adalah..."
"Oh lupa... Syabab A bukanlah femes."

Mendengarkan dua orang sahabat saya berbicara, termati langkah saya nak tolong bagi nombor. 

Baguslah, orang femes dalam komuniti yang tak femes dalam kalangan kami akhawat. Mahalnya tempat kamu...

Pengajarannya, ada batasan menjadi seorang yang dikenali atau tidak. Apa-apapun, biarlah dikenali kerana kebaikan, maka hanya orang yang sama magnet kebaikan saja akan menyanjungi. 

Dan....paling deep untuk ambil ibrah, siapa yang femes di sisi Tuhan, pasangan dialah paling feeling celebrity di akhirat...........

Allah. 

Sudah tentu, bayaran berkongsi hidup dengan orang yang hebat ialah mahal dengan mehnah dan tribulasinya..........
Macam...
You have to pay for First class instead of business class for the same destination............
Or business class instead of economy class passengers.....
 (While technical crew fly for free and even get paid extra allowance!)

Bai. Harap dapat ibrah. Kun enti. Fly at your own class!

No comments:

Post a Comment

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...