Friday, May 29, 2015

Semailah benih ukhwah

- bismillah -

Alhamdulillah. 

Hari ni kakak naqibah usrah tahun satu dulu, usrah persatuan, jemput makan-makan... Kenduri kesyukuran sbb beliau dah grad. 

Dah 4 tahun kami kenal, azzikr lagi, dan alhamdulillah masih kenal. Kakak jemput juga adik2 yang beliau jadi mentor/ketua group dulu2, pokoknya adik2 yang dia pernah luangkan masa utk bantu kami. 

Ma shaa Allah alaiha. Tanpa contoh ini, saya grad nanti saya tak rasa nak buat kenduri utk jemput adik2 dan semua kenalan yang ada di irbid ni pun. 
In shaa Allah, dalam berkat waktu dan umur, moga Allah izin saya jadi manusia yang ikhlas memperuntukkan waktu untuk menyiram ukhwah juga. 

Kerana sikap kita, rajin menanam benih ukhwah tapi tidak pernah pula menyiramnya. Bagaimana kita expect nak rasa kemanisan ukhwah?

Saya respect beliau yang berukhwah merentasi jemaah. 

Moga saya juga mampu mencontohi beliau. Penting juga untuk mendidik hati supaya jangan bergantung dengan sesama jemaah/kelompok sahaja. Kerana setiap dari kita, akan saling menolong kerana akhlak, bukan kerana sama jemaah. 

Jika berkawan sesama jemaah semata, rugilah kita untuk menghayati kepelbagaian warna dalam penciptaan ummah. 
Jika berkawan kerana jemaah, maka ukhwah di luar kerja dan di luar program ialah ukhwah plastik. Plastik yang kita pilih bila nak guna, bila nak buang. Kalau perlu, kita cari. 

Elakkan ukhwah plastik. 
Elakkan menjadi plastik. Terbang ditiup angin tanpa arah tuju apabila tiada yang mahukannya. 

Mungkin, untuk elakkan diri menjadi plastik pakai buang oleh insan lain, ialah dengan terus menerus menyiram ukhwah. 

Pedih, bila cinta tak bersambut. 
Lagi pedih, bila tangan ini tidak dicapai untuk berlari ke syurga. 

Tuesday, May 26, 2015

Orang femes

- bismillah -

"Akak Nailah, apa perasaan kahwin dengan public figure?"

Kak Nailah menjawab sekian sekian dalam kapasitinya sebagai isteri kepada seorang yang dihormati dalam komuniti ini dan di tanah air. 

Jawapannya, berbalik kepada diri sendiri. Tiada cela atau tiada masalah pun kalau pasangan orang yang popular, selagi pandai menjaga diri dan adil dengan hak. 
Jika timbul masalah, itu adalah dari diri sendiri (pasangan kepadanya) juga. 

Kena saling percaya, kawal cemburu. Hormati. Ada rahsia yang perlu terus menjadi rahsia. Ada perkara yang harus dikorek hingga ke akar umbi. 

Kata Kak Nailah, filem Hati Perempuan itu ada pengajaran besar walaupun besar juga kritikan ke atas filem itu. 

Saya tak tengok lagi, tapi boleh agak, kalau tak jaga diri dan iman, boleh buat perangai tipikal macam tu juga. 

Semoga para muslimin muslimat menjadi pasangan yang tidak membebankan pasangan mereka. 

"Hati2, dalam bab cemburu, orang lelaki lebih tinggi cemburunya." 

Kami semua terdiam. 

"Sebab itu, ada sesetengah orang lelaki, walaupun lantang di luar, dia memilih isteri dari kalangan orang yang tak femes... Terutama yang jarang disebut di mulut siapa2."

Aku mengangguk. 

Satu suara lain kemudiannya mencelah selepas Kak Nailah berbicara panjang lebar tadi. 

"Saya, macam mana? Siapalah nak kat saya..." Beliau menggeleng kecil. Dia antara sahabatku yang femes, siapa tak kenalnya maka itu tanda orang itu escapist lah. Eh. 

Saya senyum positif kepadanya. "Tak apa, awak akan dapat yang hebat dan outspoken macam awak juga!" 

Separuh jiwa dalam kata-kataku itu ialah doa dan pujukan untuk diri sendiri. 

'Kakak ni, orang lelaki takut dengannya..' Kata-kata seorang kakak kepada beberapa orang adik suatu masa lalu ketika memperkenalkan saya kepada mereka. 

"Haah, betul tu. Jangan risau. Ada..." Kak Nailah juga tersenyum. 

Kerana kami dididik dengan janji Allah dalam kitab-Nya. 
Yang solehah akan mendapat yang solehah juga,
Jika tinggi darjat di sisi Tuhan, maka diuji seperti Asiah, isteri kepada Firaun. 
Jika tidak ada tempat, menjadilah seperti isteri Nabi Lut, dikurniakan pemuda soleh namun tidak mampu menjadi isteri solehah. 
Dan Allah sebut juga kisah Maryam, tidak berkahwin namun masih punya tempat di sisi Tuhan. 
Dan banyak lagi kisah ummu al mukminin para isteri Nabi Muhammad s.a.w.  

Jadi, tiada siapa pun yang teraniaya or being left out. Semua orang mampu bahagia di dunia dan di akhirat dalam path masing-masing! 

Senyum positif. 
At-thoiyibaatu li tthoiyibeen...

Itu kisah hari tu. 
Hari ni pula. 

"Eh, kau ada nombor telefon syabab A? Aku ada hal urgent nak hubungi B tapi B tak angkat."
"Tak adalah..."
"Oh lupa... Syabab A bukanlah femes."

Mendengarkan dua orang sahabat saya berbicara, termati langkah saya nak tolong bagi nombor. 

Baguslah, orang femes dalam komuniti yang tak femes dalam kalangan kami akhawat. Mahalnya tempat kamu...

Pengajarannya, ada batasan menjadi seorang yang dikenali atau tidak. Apa-apapun, biarlah dikenali kerana kebaikan, maka hanya orang yang sama magnet kebaikan saja akan menyanjungi. 

Dan....paling deep untuk ambil ibrah, siapa yang femes di sisi Tuhan, pasangan dialah paling feeling celebrity di akhirat...........

Allah. 

Sudah tentu, bayaran berkongsi hidup dengan orang yang hebat ialah mahal dengan mehnah dan tribulasinya..........
Macam...
You have to pay for First class instead of business class for the same destination............
Or business class instead of economy class passengers.....
 (While technical crew fly for free and even get paid extra allowance!)

Bai. Harap dapat ibrah. Kun enti. Fly at your own class!

Wednesday, May 20, 2015

Exam

- bismillah -

Adab keluar dewan exam. 
- jaga hati

Jaga hati, bukan bermaksud jangan jatuh suka pada orang lain.

Jaga hati bermaksud, 
Kalau senang soalan tu, jangan anggap semua orang fikir macam tu.
Kalau susah, jangan anggap semua orang pun rasa susah. 

Rasa senang atau rasa susah, kembalikan kepada Allah. Jangan ujub dengan usaha yang telah dibuat. Dan jangan pula putus asa dengan usaha yang dah dibuat. 

Jaga hati, jangan bangga diri bila soalan senang. 
Jaga hati, jangan sakit hati pada orang yang senyum meleret bila soalan susah. 

Syukur. 

Friday, May 15, 2015

Mencari kematangan dalam cinta

- bismillah -

Alhamdulillah, hari ini ialah hari terakhir clinical rounds di hospital-hospital sekitar negeri ini. Menandakan sudah berlalu 3 major rounds, bermula dengan Internal Medicine, Paediatrics dan Surgery. Sekarang fatrah bersedia menghadapi peperiksaan (dan waktu-waktu beginilah saya suka menulis).

Jika disebut 'cinta' maka automatik dikaitkan dengan seseorang (bukan legal partner) dalam minda anda, maka tulisan ini untuk anda. 

Jangan terlalu mudah mengatakan 'dia untukku', sebelum kau melangkah ke syurga Tuhan. Walaupun telah berkahwin, dia masih bertaraf pinjaman. Bukan untukmu selamanya. 

Jangan terlalu mudah mengatakan 'dia untukku', kerana hidupnya ada takdir yang telah ditulis. Kau juga ada takdir tertulis. Boleh jadi esok lusa ialah masa akhirnya di sini. 

Jangan terlalu mudah mengatakan 'dia untukku', saat kau tahu dia meluangkan masa untukmu. Kerana itu sifat manusia seperti dia, di mana ada tanggungjawab di situ ada masa. 

Jangan terlalu mudah mengatakan 'dia untukku', walaupun kau menabur doa diiringi rindu tak berlagu, tersimpan hanya Tuhan yang tahu, walau muncul segala klu. Boleh jadi itu semua bayangan minda yang dirayu oleh nafsu. 

 Jangan terlalu mudah mengatakan 'dia untukku', hingga kau meminta-minta hanya dia untukmu. Takdir Tuhan lebih indah daripada pengetahuanmu. Rugi, kau menutup 'yang terbaik' untukmu kerana meminta hanya 'dia' untukmu. Jangan minta 'hanya dia' sedang kau tahu kau perlukan seinfiniti rahmat Tuhan. 

Jangan terlalu mudah mengatakan 'dia untukku', fikir-fikirlah apa yang kelak akan berlaku. Berubah hati, timbul diagnosis, hilang tanpa khabar, tak terjangka, hingga kau gila mencari-cari setelah kehilangan 'dia untukku'. 

Jangan terlalu mudah mengatakan 'dia untukku'. Jangan terlalu mudah mengiyakan semua kejadian sebagai 'petunjuk' doamu. Kau belum matang jika menilai dengan hati yang berbungkus rindu, terbalut kenangan yang bertamu. 

Nilailah dengan minda dan hati. 
Jangan terlalu mudah mengatakan 'dia untukku', nanti kau berharap sebuah harapan yang sampai tak sudah dipagar bisu. 

Wednesday, May 13, 2015

lonely

- bismillah -

I just came across this one...

A Kid Named Lonely

I want to tell you about a kid named Lonely.

The kid is genderless and ageless and all-of-us.

He’s the little boy curled up in his dark bedroom, listening to the yelling in the kitchen below.

She’s the little girl growing up in a house with vacant eyes and big, distracted people. 

Lonely is the kid on the playground, staring at all the impenetrable huddles of his peers. 

Lonely is the boy waiting in the drizzle for the ride that isn’t coming.

Lonely is the girl whose boyfriend sees her body but not her heart.

Lonely is three touchdowns on Friday night and no one sober enough to share it with.

Lonely is the growing man in a freshman dorm, surrounded by noise and scared to death.

Lonely is the new employee on her first day at a new job, sitting in a bustling cafeteria at a table of one.

Lonely is the earnest effort to reveal your heart to another, and confusion on the face of the person you love.

As long as you are human and breathing, there is a little lonely kid with big eyes and a trembling heart somewhere inside of you.

- src The Marriage Manifesto by Kelly M Flanagan - pdf


Sunday, May 10, 2015

Kauh. Missing 13th floor

- bismillah - 

Today, i have just realised one thing!

Bangunan hospital tempat saya belajar hanya ada 12 tingkat. 
Ada 13 sebenarnya......:/ 

Ada tingkat 1C selepas tingkat 1 sebelum tingkat 2. Dipanggil 'Service Floor'. 

So, dalam lift hanya ada sampai no 12 walaupun ada 13 aras sebenarnya...

Hehe. 

I dont know who get involved in building it, but it might have been related to the concept of high rise building in the western world. They just skipped the "13th floor". 

Because there might be something else living there later~ uuuu. 

Read more through google. "Why 13th floor just dont exist?" 

:)))))

And that is the answer why we have 1C in KAUH and the highest level is Floor 12. 

Friday, May 8, 2015

Kepada yang dizalimi

- bismillah -

"Maka biarkanlah mereka hingga mereka menemui hari (yang dijanjikan kepada) mereka, pada hari itu mereka dibinasakan,
(iaitu) pada hari (ketika) tipu daya mereka tidak berguna sedikit pun bagi mereka dan mereka tidak akan diberi pertologan. 
Dan sesungguhnya bagi orang-orang zalim masih ada azab selain itu. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika engkau bangun,
dan pada sebahagian malam bertasbihlah kepada-Nya dan pada waktu terbenamnya bintang-bintang (pada waktu fajar)."

Surah at-Tur, ayat 45-49. 

**********
I live surrounded by rich people and refugees at the same time. 

I came from a once prosperous country yet some controversial issues arising recently, regarding both the people and the rulers. 

With the current situation, people are under pressure of political, economical and social concerns. 

And guess which field would first to be noticed and become a major concern?
The economy. 

And when there is an issue arise with the economy, people will excuse the problem concerning political issue. Social apatah lagi. 

Bila orang fikir duit tak cukup nak sara makan pakai sekolah anak-anak sekeluarga, 
susahlah nak expect dia mampu tubuh NGO untuk bantu masalah remaja sosial. 
Susahlah untuk expect dia hantar anak dia belajar politik lalu join politics. Apatah lagi nak jadi orang yang membawa suara rakyat kawasannya dan memikirkan solusi solusi terbaik untuk diwartakan (jadi ahli parlimen). 

Timbulnya isu ekonomi, rakyat takkan kacau isu politik. Perkembangan sosial negara takkan berubah menjadi baik. 

Kecuali rakyat yang masih ada ruang bernafas. 
**********

War-victims, gst, hudud, 1mdb, tabung haji...


"When human reason has at last been freed from the constraints of instincts, bodily needs and its own survival, it discovers the world, discovers itself and seeks to understand.


Whilst the first precondition for freedom has to do with guaranteeing men the right to satisfy their vital needs, the second is education, which determines the very essence of that freedom at the intellectual and psychological level.


...any society that does not guarantee the conditions for survival and life of all, education for all and the rule of law to defend individual freedoms (in handling of interpersonal relationship) is a society that fails to respect basic human rights." - Freedom, the Quest for Meaning. 


Terbelengu memikirkan beras sama dengan bercelaru membangun wawasan. 


Falsafah perang, bukan kemusnahan harta benda dan bangunan utama tapi kesan terbesar perang ialah mengembalikan kesibukan manusia untuk memikirkan survival makan minum dan keselamatan, maka tiada lagi orang yang lapang untuk memikirkan kemajuan dan pembangunan negara/ tamadun.


***********

Boleh rujuk maslow triangle kalau tak faham kaitan dengan hidup susah dan diam takda bantahan. Atau kaitan hidup susah takdak duit dengan terusan mengundi pemberi duit. Dan kaitan makin hari makin menjadi2, sokongan makin banyak dan 'kerja' mentadbir negara pun makin rancak. 


And tutup ruang peluang kerja buat masa sekarang ni?

Nak bagi semua terjun ke the lowest triangle of needs of maslow   


Buatlah sementara masih ada waktu. Orang takda bukti, tak ada siasatan, sikit2 akan kena tindakan, maka biarlah, itu semua akan diuruskan di hari Penyaksian. 

Wednesday, May 6, 2015

MASIHKAH ADA TAUBAT BAGI DOSA YANG BERULANG?

- bismillah -
Saya copy dari blog dr asri. Ada link asal di bawah. Indah susunan kalamnya, memujuk hati supaya sentiasa positif dengan baki hayat yang tinggal. Hidup bukan untuk buat dosa, tapi taubat sentiasa ada. 

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.

2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.

Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.


berdoa3.jpg

5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:

“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).

9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)

“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).

Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).


Sumber: 

http://drmaza.com/home/?p=1301

Saturday, May 2, 2015

Round

- bismillah -

Makan malam. Nasi putih, sosej, sos dan kicap. Saya okay, sebab sarapan tadi karipap, tengah hari dah makan nasi gulai ayam, petang dah makan mee. Rasa over eating pun ada.  

Sambil makan, minda menyambung dan membuat konklusi ke atas events yang berlalu. Ini kekuatan otak perempuan, boleh kaitkan sesuatu event dengan event yang lain. Sebab tu perempuan mudah perasan dan salah sangka. 

Apabila ada benda kita sayang, kita takkan lepaskan untuk perkara lain. Benda yang kita sayang tu, akan sanggup dilepaskan hanya kalau ada perkara lain yang lebih disayangi, lebih penting, lebih berbaloi.  

Itulah namanya berkorban. Lepaskan sesuatu untuk sesuatu yang lain yang lebih baik. 

Dah pesan, jangan hutang budi, nanti dibawa mati. 

Exam diawalkan seminggu, maka round pun pendek seminggu. Saya suka round. Tak sanggup untuk ponteng. 

Dan tiba-tiba nasi rasa keras untuk ditelan. 

Terima kasih kepada yang telah berkorban. Dah kata, jangan hutang budi... jadi jugak. 

Floating kejap.  

Tapi iman cakap, manusia berkorban sebab Allah, bukan sebab manusia semata-mata. Sebab kalau kerana manusia, pengorbanan itu akan disesali di kemudian hari.

-----
Selang beberapa hari, tarikh exam ditunda. 

May Allah grant me ability to focus. 

Friday, May 1, 2015

Fry day

- bismillah -

Today is a tough day. It's friday, and it is considered weekend here. 

I woke up early to prepare breakfast, and i conduct an usrah with my adik-adik. We read kahfi and sharing some stories about women in islam. I did the laundry later, take a friday sunnah shower, eat my lunch and i went out leaving for Mu'tah (another governate). I had to go to Kak M's house to fetch something first. 

Everything was smooth and perfect.

Well, to continue the story, my plan was cancelled. I was already leaving Kak M's house and waiting to go to the bus station when i was told that i didnt have chance to go to Mutah today. Before that, I went to a restaurant to do some light extrovert-way study, and it happened to be full and crowded with reserved table (of people of course) exactly few minutes AFTER i take a seat and open my lecture note. The waiters were so busy that they dont noticed me so i ordered nothing. I left after a while, feeling thankful that i didnt spend anything there for a free seating. 

I took a taxi home, the taxi smelled orange fresh and air-conditioned. Later it stopped exactly in front of my house. 

Everything was perfect. 

I greeted my adik housemate, saying 'hai, akak tak jadi pergi.' I put away all my bags and stuffs for travel, 
I took my blanket and rolled on the bed and slept until few minutes before maghrib prayer call was heard. 

Everything is just alright. 

I am one who train myself very hard to see good things in all things. I am not mad. But i do feel the tense. I dont sleep at any inappropriate hours like after asar, after subuh, except, except in certain conditions - whether i lack of sleep the night before, sick, or stressed. Yes, i can just shut down like the PC when heated. 

Pesanan untuk diri sendiri,
Kalau kita stress, jiwa kacau, emosi tak stabil, please be professional. Jangan libatkan orang lain. Jangan susahkan orang. Nak buat keputusan, jangan buat waktu stress. Waktu stress, jangan andaikan orang itu begini begini. Waktu stress, jangan rasa nak buat sesuatu keputusan pun! Walaupun niat nak mudahkan orang. You are only making trouble on top of troubles. 

Time stress, kita akan rasa kita dah betul, sangat betul, tapi kita tak sedar it was all such a nuisance.

Cerita atas panjang lagi. Too many things happened today. I received a good news in the morning, but it hurts to know, and i received updates from friends and families in malaysia spending their holidays cum long weekend because of labour day. 

Last sekali, i feel hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. I feel i am being needy. 

Baca fatihah. 3 qul. Hembus2. All bad feelings and the depression hilang alhamdulillah. Ruqyah gitu...

I am okay. Everything was right in its place. Penat dengan dunia dan isinya. 

Goodbye for now. 

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...