Wednesday, April 15, 2015

Nasihat naqibah

- bismillah -

"Kamu harus matang. Sudah 22 tahun, bukan? Jangan bersikap keanak-anakan lagi..." 

"Persoalan masa depan, kita boleh fikir dan rancang. Tawakal pada Allah. Kalau ada kesusahan yang timbul, itu bukanlah kerana kesilapan keputusan kita, tapi itulah jalan menuju perkara yang terbaik buat diri kita."

"Keyakinan diri, hendaklah disertakan tawakal. Berani biar bertempat. Takut pun biar bertempat."

Kematangan tak datang hanya melalui pembacaan. 
Kesediaan dan kelapangan hati dalam menghadapi ujian, ketinggian tawakal ketika membuat sesuatu keputusan, kepatuhan terhadap takdir yang disusun Allah, maka itulah antara jalan membina kematangan. 

Dan tidak digelar seseorang itu berjaya dan mencapai matang hanya ketika melepasi satu ujian dan cabaran. Bahkan, kematangan itu terletak sepanjang proses menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup, bukan hanya ketika ujian telah berlalu. 

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...