Skip to main content

Masa yg ada

- bismillah - 

Alhamdulillah. I love vascular surgery and pathology. 

Minat. Tapi belum master. 

Moga Allah permudah. 

Hidup ni setiap orang ada cabaran. Dan kadang boleh saja terjerumus dalam dosa ketika berdepan (lalu kalah) dengan cabaran dan dugaan. 

Tapi setiap dosa kan ada pengampunan dari Allah. Boleh patah balik. Kecuali dosa syirik. Nauzubillah. 

Dan bila kita pernah terbuat satu perkara yg salah tu, bila dah taubat, kita akan sedar diri dan tak mudah nak hukum orang lain yg buat dosa tu. Jika mereka bertaubat, mereka akan menyesal dan tak nak buat pun kesalahan tu. So jangan hukum orang ni memang jahat bila buat satu2 dosa tu...siapa tahu, time dia bertaubat, dia jadi lebih baik daripada kita. 

Allah tak tidur dan tak mengantuk. Allah ada untuk dengar setiap keluh kesah kita berdepan cabaran. Setiap orang masalah berbeza-beza, ada yg berat, ada yang ntah apa2 ja ujiannya hehe, tapi Allah sentiasa ada dekat dengan hamba yang mengadu kepada-Nya. So, berat atau ringan ujian yg kita lalui, jangan rasa loser sebab Allah sentiasa ada. 

Sabarlah. Setiap hari ada hikmah. Hidup untuk cari redha Allah dalam kejayaan yg kita 'tempah'. 

Kalau orang pandang kita bahagia, alhamdulillah. Hanya dari Allah dan kepada Allah semua nikmat kelebihan dan kekurangan itu datang. Manusia apa tau?

Alhamdulillah...

Orang pandang kita serba cukup, dalam keadaan kita rasa masih ada lompong. Jadikan satu refleksi, kenapa aku pandang diri aku masih kekurangan? Belum cukup syukurkah?
Dan setiap kekurangan juga perlu diinsafi dan disyukuri sebenarnya. 

Natijah yg terbaik, menuntut pengorbanan yang terbaik juga. Betulkan kesilapan lalu, jadikan setiap masa yang berlalu ini untuk mendidik dan menambah ilmu. Juga utk memasakkan (pasak, bukan cook :p) keyakinan. 

Cakap mudah. Tapi buat lah. Lama2 kau akan rasa, hidup ini pasrah terdalam dalam usaha terkuat yang kau boleh. 

Itulah namanya tawakal. 

Apa kaitan dengan vascular surgery? 
:)

Hargailah usia mudamu. Jadikan setiap cabaran itu sbagai template jawapan utk bertemu Tuhan. Jadilah muda yang bertaqwa! Sebab nanti dah tua, ujiannya lain pula. Nanti dah tua, kena fokus utk jadi tua yang bertaqwa pula. 

Muda, sebelum tua. 
Sihat, sebelum sakit. 
Hidup, sebelum mati.

Suatu hari, semuanya akan sampai ajal. 

P/s
Vascular surgery is about... Gangrene. Ulcer. Dead tissue. Amputation. Bed-ridden. Immobility. Etc etc. 

Segalanya adalah kebaikan dari Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …