Wednesday, April 29, 2015

Nur

- bismillah -

Doctors and arabs friends are always calling me with "Nur", and i am happy about it :) very much. 

Because they pronounced Nur as it should be pronounced, the word is arabic in the first place so it suits their tounge well. 

It is pronounced as 'nouu-r'
Not 'nor' nor 'nu' nor even 'no' like we malays always said. 

And Nur is one of asmaul husna, one of beautiful names that belong to Allah. 
Nur means light, Allah an-Nur is indeed Allah who give us light of hidayah and everything. He enlighten us all. 

And i hope that i always bring lights and smiles to all around me. My second name means something related to happiness.

"Where is Nur?" Dr T asked in a ward round one day. Whenever there is tricky question, he will find me. Because i will answer all questions being shot! Eventhough it is wrong... Because i thought it is right in the first place so i just answered with confident, haha. 

And i learnt some arabs attitude, they are assertive. They give excuses but (my friends) dont lie. "Nur, can u give me summary of this case presented by your friend?" 
"I am sorry doctor, i cant hear."
He nodded. 
Then he asked my colleague, which then she gaves him the same answer too. Haha. I am safe. 
And lastly my doctor asked the one who presented the case to give the summary. 

Well, i am not lazy to give summary, but being assertively honest, i tell him i dont hear everything clearly, so how can i wrap up for summary? :) nak buat mcm mana dah berdiri belakang orang2 besar tinggi, memang la tak boleh focus. 

Kalau kat malaysia, mati la kena sumpah sebab tak dengar orang bentang. 

Apa2 lah. Moga balik malaysia nanti saya masih sopan. Sebab orang sini takda heart feeling. Mereka straightforward, x mudah terasa hati. Nak tegur, tegur on the spot. 
"Jangan merokok, nanti tua jadi macam ayah awak ni..nak?" Pesan doktor kepada anak seorang pesakit diabetes dengan ulcer di kaki.

Sekian. 

Doktorah Nur in the making. In shaa Allah. Moga Allah izin yg terbaik. 

Tuesday, April 21, 2015

Masa yg ada

- bismillah - 

Alhamdulillah. I love vascular surgery and pathology. 

Minat. Tapi belum master. 

Moga Allah permudah. 

Hidup ni setiap orang ada cabaran. Dan kadang boleh saja terjerumus dalam dosa ketika berdepan (lalu kalah) dengan cabaran dan dugaan. 

Tapi setiap dosa kan ada pengampunan dari Allah. Boleh patah balik. Kecuali dosa syirik. Nauzubillah. 

Dan bila kita pernah terbuat satu perkara yg salah tu, bila dah taubat, kita akan sedar diri dan tak mudah nak hukum orang lain yg buat dosa tu. Jika mereka bertaubat, mereka akan menyesal dan tak nak buat pun kesalahan tu. So jangan hukum orang ni memang jahat bila buat satu2 dosa tu...siapa tahu, time dia bertaubat, dia jadi lebih baik daripada kita. 

Allah tak tidur dan tak mengantuk. Allah ada untuk dengar setiap keluh kesah kita berdepan cabaran. Setiap orang masalah berbeza-beza, ada yg berat, ada yang ntah apa2 ja ujiannya hehe, tapi Allah sentiasa ada dekat dengan hamba yang mengadu kepada-Nya. So, berat atau ringan ujian yg kita lalui, jangan rasa loser sebab Allah sentiasa ada. 

Sabarlah. Setiap hari ada hikmah. Hidup untuk cari redha Allah dalam kejayaan yg kita 'tempah'. 

Kalau orang pandang kita bahagia, alhamdulillah. Hanya dari Allah dan kepada Allah semua nikmat kelebihan dan kekurangan itu datang. Manusia apa tau?

Alhamdulillah...

Orang pandang kita serba cukup, dalam keadaan kita rasa masih ada lompong. Jadikan satu refleksi, kenapa aku pandang diri aku masih kekurangan? Belum cukup syukurkah?
Dan setiap kekurangan juga perlu diinsafi dan disyukuri sebenarnya. 

Natijah yg terbaik, menuntut pengorbanan yang terbaik juga. Betulkan kesilapan lalu, jadikan setiap masa yang berlalu ini untuk mendidik dan menambah ilmu. Juga utk memasakkan (pasak, bukan cook :p) keyakinan. 

Cakap mudah. Tapi buat lah. Lama2 kau akan rasa, hidup ini pasrah terdalam dalam usaha terkuat yang kau boleh. 

Itulah namanya tawakal. 

Apa kaitan dengan vascular surgery? 
:)

Hargailah usia mudamu. Jadikan setiap cabaran itu sbagai template jawapan utk bertemu Tuhan. Jadilah muda yang bertaqwa! Sebab nanti dah tua, ujiannya lain pula. Nanti dah tua, kena fokus utk jadi tua yang bertaqwa pula. 

Muda, sebelum tua. 
Sihat, sebelum sakit. 
Hidup, sebelum mati.

Suatu hari, semuanya akan sampai ajal. 

P/s
Vascular surgery is about... Gangrene. Ulcer. Dead tissue. Amputation. Bed-ridden. Immobility. Etc etc. 

Segalanya adalah kebaikan dari Allah. 

Saturday, April 18, 2015

Ujian di jalan kebaikan

- bismillah - 

Ibadah ialah sesuatu yg kita niat nak buat sebab Allah dan dilakukan ikut cara dan panduan syarak. 

Kenapa nak buat baik pun ada ujian?

Contoh, naik kereta nak ke majlis ilmu, kereta rosak. Naik bas, bas tak rosak tapi tak berhenti solat pula. Naik flight, delay...

Cara apa pun yg kita pakai untuk sampai ke sesuatu hadaf yg baik, akan teruji dengan ujian tersendiri...

Jangan persoal pula, aku dah nak buat benda baik why would my solat would have to be compromised? Bukan kah orang yang mencari jalan kebaikan menuju Tuhan, mereka akan mendapat petunjuk dan pertolongan?

Jawapannya: 
1) kita hamba yang Allah pilih nak uji, alhamdulillah tak syok sendiri buat kebaikan tanpa perhatian lebih~
2) kembali pada quran

Soalan refleksi
Adakah orang mengaku beriman ni betul2 beriman atau iman tu tanggal waktu susah/ keadaan yg lari dari perancangan kita? So Allah bagi kesusahan utk kita buktikan pada diri bahwa iman tu kena melekat kuat biarpun waktu susah/~. 
Balik pada contoh tadi, solat kena utamakan. Ada fiqh solat dalam kenderaan, rukhsah solat. Terpulang pada iman untuk menentukan tindakan kita dalam beribadah ketika diuji. 

Yess, ayat quran Allah ada sebut, siapa yg menempuh jalan menuju Allah, Allah akan tunjuk jalan. So yakinlah, waktu susah tu, ada jalan keluar yang Allah tunjuk. Dia takkan bagi problem kalau tak ada solution. Sebab tu signifikan sangat ayat Allah kata manusia tak dibebankan melebihi kemampuannya. Allah tahu kita ada kemampuan untuk cari jalan penyelesaian, lalu ditimpakan ujian tertentu. 

So, choose the strongest connection dengan Allah. Everything yang berlaku tu anggaplah tarbiah. See how far you are attached to this world and how deep your soul and heart are bonded to Allah. 

Ask for His help for way to start, way out and everything...
He is near. Allah hears all our doa. Trust Him!

Wednesday, April 15, 2015

Nasihat naqibah

- bismillah -

"Kamu harus matang. Sudah 22 tahun, bukan? Jangan bersikap keanak-anakan lagi..." 

"Persoalan masa depan, kita boleh fikir dan rancang. Tawakal pada Allah. Kalau ada kesusahan yang timbul, itu bukanlah kerana kesilapan keputusan kita, tapi itulah jalan menuju perkara yang terbaik buat diri kita."

"Keyakinan diri, hendaklah disertakan tawakal. Berani biar bertempat. Takut pun biar bertempat."

Kematangan tak datang hanya melalui pembacaan. 
Kesediaan dan kelapangan hati dalam menghadapi ujian, ketinggian tawakal ketika membuat sesuatu keputusan, kepatuhan terhadap takdir yang disusun Allah, maka itulah antara jalan membina kematangan. 

Dan tidak digelar seseorang itu berjaya dan mencapai matang hanya ketika melepasi satu ujian dan cabaran. Bahkan, kematangan itu terletak sepanjang proses menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup, bukan hanya ketika ujian telah berlalu. 

Friday, April 3, 2015

- bismillah -

Knock the door or just dont come. 
Nobody will left the door open.

I write because i want to write. Not for certain people to read or to give hint or what ever they are thinking. 

Only Allah can sustain His creatures. 
وكفى بالله وكيلا
 الله بكاف عبده 

Strive

- bismillah -

Seronok sangka baik dengan diri sendiri. 
Aku berjaya walaupun serba serbi kekurangan. 
Aku bahagia walau ada keciciran. 
Aku masih positif dan akan terus positif. 

Segalanya adalah demi Tuhan.
Dari Tuhan. 
Untuk Tuhan. 

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...