Skip to main content

sakura

- bismillah -

Pada hari sakura kelihatan,
Indah, tertawan,
Hatiku rawan.
Namunku takkan, rajuk pada Tuhan. 
Kerana aku hanya insan. 

Pada hari sakura mekar,
Datang satu khabar,
Yang harapanku masih samar,
Tapi aku baru sedar.

Pada hari sakura jatuh,
Akan ada hati yang keruh.
Menelan segala gemuruh.
Yang takkan terluah walau disuruh.

Pada hari sakura pergi,
Luka ini juga akan diubati. 
Walau kuharap tiada yang menyakiti,
Walau tiada siapa yang tahu isi hati. 

Pada hari sakura muncul semula,
Aku harap sudah sembuh segala luka. 
Di hati kau, aku dan kita. 
Biar senyum menggaris muka. 

Pada hari ini sakura berbunga, 
Esoknya mungkin masih ada,
Lalu akhirnya gugur semua,
Hingga tiba satu masa,
pasti dia kembali semula. 

Biarkan aku gembira di sebalik layar
Melihat sakura berkembang mekar
Luruh ke tanah, memenuh indah,
Perginya aku tak gundah. 

Jika aku berada di sisimu,
Hilangmu wahai sakura, aku sayu. 
Kau pergi bersama bayu. 
Izinkan aku menatap wajahmu, 
Walau dari skrin bisu. 

P/s ambik gambar pokok sakura hari ni. Simpan dlm memori phone dan instag dan facebook. Tapi bila kita miliki pokok tu sendiri, hilang musim bunga maka kita akan sedih kerana tiada lagi bunga. Maka, jadilah kita orang yang mengagumi dan mencintai sakura, walau dari jauh, kita takkan pernah kehilangannya. Biarkan dia hidup dengan orang yang menyiram dan menjaganya. Kerana bila dia bahagia dan berbunga, kita juga mendapat tempias gembira. Sakura, ialah bunga, bukan perempuan. I am straight mewhehe. 

Mencintai tak perlu memiliki. Kan?

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …