Thursday, March 19, 2015

Piece of advices to ms Singles :)

- bismillah -

I want to share this piece of advices...yg tiba2 ja ust penceramah rasa nak bagi nasihat. 

Dia kata, 
Mulakan dengan diri untuk jadi baik. 
Kalau kamu cinta quran, Allah akan bagi pasangan yang sesuai utk kamu juga. 

Cash utk nasihat berlawanan yang saya dengar sebelumnya. 

Dilema kan jadi single?

Bagi saya, saya rasa mixed feeling bila kawan2 sekeliling dah mula ke alam rumah tangga. I am happy for them and wondering when is my time. Most of the time rasa macam ni. 

But after ups and downs, stress jadi ajk program, stress dgn meetings, reports, stress dengan ward rounds, stress dengan exam,
I think about being single in a new perspective. :) no more mixed feeling. 

When i am sick, alhamdulillah ada kawan2. 
Exam, ada study dengan kawan.  
Meetings, programs, ada teamates. Loving pulak tu. 
Kalau i still focus on being alone, tak celik nikmat sangat la tu...

Dulu rasa inferior juga kalau org cakap pasal marriage. 

But now, i realised that jadi single ke, engaged ke, married or widowed sekalipun, kalau kita tak bersyukur dengan masa dan keadaan sekarang, apa jaminan kita akan bersyukur bila bertukar status nanti??

Ada ja yg engaged/married tapi that feeling of 'kurang' tu still ada...kan

Dan penting juga utk pada singular sekalian untuk jangan rasa low quality, orang tak pandang, inferior, serba kekurangan...belajar utk rasa cukup! Belajar utk syukur. Positif. Barulah mudah jalan :p

And indeed, bawalah hidup ni utk bertemu Allah. At last, Allah bukan nak tanya kita kahwin anak berapa, tapi kemenjadian kita dan orang sekeliling yang ditanya...
Utk si ibu, tanggungjawabnya mendidik anak2. 
Utk si single, silalah cari mad3u...itu tanggungjawab yg ada namun kita buat2 rasa tak perlu utk mendidik. 

No, ilmu apa pun, kuasailah dan didiklah! Itu point yg buatkan kita ni wanita...:)

Dalam hal emosi ni, dia berkait juga dengan akhlak. 
Nak suka orang, nak orang suka, nak terima, nak tolak,, semua tu bermain dengan faktor penting iaitu akhlak. 

Jaga hati orang, jaga hati sendiri. Jangan sesapa pun kerugian. 

Ada jodoh di syurga. Aim masuk syurga. Tak ada yg xda pasangan! Serius termaktub dlm kitab Quran :)

Lagi satu dilema org single. 
Si A berjaya itu berjaya ini, ada ke orang nak approach?
Hehehe. Kalau si A tu hidupnya penuh syukur dan rapat dengan Tuhan, kita pula yg malu tanya begitu. 

Kerana dunia, dan isinya, tak akan pernah mencukupkan!
Jika hari ini kau merasa kelompongan kerana tiada pasangan, 
Esok jika kau dikurniakan pasangan, kau pula lompong kerana ingin anak. 
Bila dikurniakan anak, kau rasa kekurangan pula membandingkan bijak pandai anak2 dengan kawan2. 
Hingga cucu cicit kau takkan pernah cukup. 

Hanya bermula dengan, 
Aku single dan aku rasa serba kekurangan. Ironi. Sila jangan begini. 

Bangunlah. Capai setinggi2 cita2. Jangan bantutkan prestasi hanya kerana fikir penerimaan manusia. Hidup kau hanya dengan Tuhan, dan orang yang sudah ada di sekelilingmu. :)

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...