Friday, February 13, 2015

Ongoing murabbi

- bismillah -

Jumaat. Irbid basah hujan, namun tiada ribut seperti hari sebelumnya. 

Jumaat juga hari perginya Tok guru Nik Aziz. Moga Allah ampunkan beliau dan ditempatkan bersama-sama para solihin. 

First state of grief is denial. 

Walaupun Umar r.a mempunyai keberanian yang tinggi namun ia tidak dapat menahan kepedihannya ketika mengetahui Rasulullah saw wafat. Dengan rasa sedih dan gemetar dia berdiri dan mengacungkan pedangnya sambil berteriak:

“Barangsiapa mengatakan Rasulullah telah wafat, akan aku penggal lehernya. Rasulullah hanya pergi menemui tuhannya seperti nabi Musa as yang pergi menemui Tuhannya. Sebentar lagi beliau akan kembali. Barangsiapa menyebarkan berita bohong ini, maka akan aku potong tangan dan kakinya!!”.

Sedangkan ketika itu wajah Utsman bin Affan r.a demikian pucat hingga hingga dia tidak dapat berbicara hingga hari kedua. Dengan mulut membisu dia berjalan kesana kamari. Begitu pula dngan Ali bin Abi Thalib r.a., ia hanya berdiam diri tanpa bergerak sedikitpun. Hanya Abu Bakar Shiddiq r.a yang mampu bertahan. Dia tetap tegar bagaikan gunung. Padahal dia sangat mencintai Rasulullah saw. Dia mencium kening Rasulullah saw. lalu keluar dari kamar Rasulullah saw dan berkata kepada Umar r.a “ duduklah.” Kemudian Abu Bakar mengatakan ,“ Barangsiapa menyembah Muhammad saw maka ketahuilah, beliau sudah meninggal dan barang siapa menyembah Allah swt maka sesungguhnya Allah itu kekal abadi.”

Selanjutnya dia membaca ayat Al-Qur’an yang artinya :

“Dan tidaklah Muhammad itu melainkan hanya seorang Rasul yang sudah ada beberapa orang rasul sebelumnya. Apakah jika dia mati atau dibunuh kamu akan kembali menjadi kafir ? barangsiapa menjadi kafir dia tidak akan merugikan Allah sedikitpun. Dan Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” Qs. Ali Imran (3) ayat 144.

(Tulisan di atas ni di copy)

4 tahun perkenalan

Saya mula kenal peribadi mahmudah tok guru semasa lepas keluar sekolah. Intec. Sebelum ini, saya hanya tahu nama beliau. Atau lebih tepat, saya kenal beliau sebagai pembangkang kerajaan. 

Setelah mengikuti rakan-rakan yang kenal dan tahu cerita hidup beliau, baru saya tahu bahawa beliau membawa islam, bukan sekadar politik. Begitu juga rakan seangkatan yang lain. Mereka belajar dan mengaji agama terlebih dahulu sebelum masuk ke bidang politik. Bukankah sebaiknya begitu? Belajar agama kerana memang kena belajar, dan wakafkan diri masuk ke bidang politik sebab itu satu tanggungjawab, bukan kemahuan untuk menguasai. 

Orang berpengetahuan agama yang menjadi pemimpin rakyat, siapa lagi kalau diri sendiri tidak bermujahadah menempuh jalan ini?

Ramai orang berilmu hanya mahu mengajar. Tak ramai yang mahu memimpin. 

Ilmu medik, ilmu apa2pun. Jika tidak bersifat lokek, pasti ada sifat tak mahu menempuh hidup yang susah. Lagipun sejak kecil, kita berfikir bahawa kerja nanti untuk dapat gaji.....

Kita lupa bahawa hidup kita di dunia ini bukan sekadar utk melalui fasa dan tipikal alam dewasa saja. 

Kita dijadikan utk menjadi khalifah. Memimpin manusia lain mengenal Allah. 

Jika memilih bekerja di pejabat, usahakan menjadi pemimpin di situ. 

Jika memilih bekerja di kedai, tunjukkan nilai kepimpinan di situ. Solat terjaga. Akhlak. Dan semuanya. 

Ke mana saja kita pergi, apa saja kita kerja, tujuannya adalah untuk membawa islam bersama-sama kita, dan menyebarkannya. 

Tok guru dan sahabat2nya memilih untuk membawa Islam ke pentadbiran politik. Padahal sejak awal lagi mereka boleh berehat-rehat di rumah, keluar rumah pergi masjid bagi kuliah dan lepak di kedai kopi. Ataupun sekadar sign contract masuk tv saja. Tak, mereka tak pilih jalan itu. 

Apa salah mereka memilih untuk terjun ke bidang politik hinggakan mata membutakan amal baik dan keislamannya, hanya kerana bergelar pembangkang? Buangkan doktrin pembangkang selamanya membangkang. 

Tak kenal maka tak cinta. Kenal islam, maka kita akan kenal para pendokongnya. 

To tell the truth, i could debate, confidently argue and write full pages of article about 1Msia dulu. And other government's programmes. That is before i found out that, Islam is more harmony than what an 1Msia could promise u. 

Syukur

Hikmah memilih pengajian ini, aku kenal mereka yang terjun ke kehidupan 'untuk islam'. Sejak alam kampus, sejak alam belia. 

Kadang, amazingly, our friends bertanding jawatan di kampus sebab nak bawa Islam, walaupun lepas tu tahu risiko sibuk, kena ban dan label oleh kawan2 dsb. 

Murabbi baru

Beberapa figura yang memperjuangkan islam selamanya akan dilabel pembangkang. Baik di malaysia, baik di negara luar. Jika membawa usrah itu dikatakan ekstrimis, orang yang mengajak ke kelab pula diraikan. 

Persoalannya, siapa murabbi yang menggantikan mereka yang telah kembali kepada Allah?

Sedangkan, kita umat sekarang ketandusan ilmu dan arah punca. Kita memerlukan role model. Ramai remaja tidak mampu menjadi orang yang bertanggungjawab selepas 'membuatkan orang lahir' dan 'melahirkan' kerana ibu bapa mereka juga gagal menunjukkan contoh yang sepatutnya dan pentingnya nilai kekeluargaan. Saban hari kita semakin hanyut dalam narcissisme. 

Ayuh, sediakan dirimu. Menjadi pemimpin. Suburkan imanmu agar nanti menjadi tanah tempat lahirnya amal. 

Moga beroleh generasi yang menjadi pemimpin orang beriman, sebagai mana Allah ajarkan doa dalam al-Quran. 

Surah furqan, ayat 74. 

No comments:

Post a Comment

Selamat hari raya aidilfitri 1438H

- bismillah - Alhamdulillah. Tahun ni beraya di kampung halaman dengan mak dan ayah. Bertiga sahaja. Hehe. Ok lah kadar kemeriahannya wala...