Monday, February 9, 2015

It feels like...

- bismillah -

Alhamdulillah. Balik hospital, naik bas untuk balik ke rumah. Sebenarnya, dalam bas itu sendiri banyak mengajar selok belok kehidupan, selain daripada pelajaran yang diterima ketika beinteraksi dengan pesakit di hospital. 

Bas bersaiz kecil, mungkin hanya boleh memuatkan 20 orang pada satu-satu masa. Dalamnya boleh dikatakan berhimpit jika ramai orang. Pernah aku duduk di sebelah orang yang sangat daif. Ah, hati keras ini merasakan sesuatu yang aneh ketika berada di sebelahnya. 

Hidungku mentafsirkan sesuatu dari bau yang ada padanya. Mataku tidak berani melihat keadaannya. Kerana aku bimbang, akan timbul sifat riak dan bongkak apabila diri ini melihatnya dalam keadaan serba kekurangan. Aku membuat penilaian sendiri, about hygiene..

Sungguh, ini kali pertama aku berhadapan dengan masyarakat yang serba kekurangan. Selama hidup ini, aku hanya tahu kerusi empuk keretaku. 
Pernah berhimpit namun tak pernah merasa rimas. 

Ah, mungkin aku diletakkan dalam situasi ini supaya aku belajar mencintai orang miskin?

Sebagaimana Nabi selalu berdoa suoaya cinta akan orang miskin. 

Jangan timbul benci dan rasa tak suka pada mereka. 
Melihat mereka membawa barang yang banyak, awalnya aku rasa rimas. Lama-kelamaan, aku harus ajar hatiku supaya melihat susah payah mereka memikul barang menaiki kenderaan awam, bukan meletakkan mata dan fokus pada tempat yang sempit kerana dipenuhi barang mereka. 

Dan kebersihan, yang sememangnya aku cerewet, aku perlu sedar bahawa aku yang punyai air cukup ini perlu lebih bersih daripada mereka. Jangan malas mandi. Haha. Oops. 

Sungguh, syurga tak dapat dimasuki jika hati ini masih terdetik 'aku lebih baik daripada mereka'. Takabbur, merasa diri lebih besar. Ah, aku lupa malaikat mencatat. 

Jangan pernah memalingkan muka.
Jangan pernah mencebik. 

Akan aku ambil peluang ini, 
Apabila berada di jalanan bersama-sama masyarakat yang kurang kaya, 
Akan aku cuba lapangkan hati dan senyum serta berasa senang dengan kehadiran mereka. 
Akan aku berusaha utk tidak larikan pandanganku. 
Akan aku damaikan hati dan perasaan yang tegang jika duduk bersebelahan mereka. 

Allah. 

Kalau tak ada situasi begini, aku tak pernah tahu dan tak pernah terfikir, kenapa harus ada doa utk minta dijadikan kita mencintai orang miskin....

:)

Doakan aku menjadi doktor yang Allah redha. 

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...