Skip to main content

Aku dan anak kecil mata kelabu

- bismillah -

Anak kecil itu bergerak aktif hari ini. Matanya gray. Grey. Ikutlah nak eja mana satu. Rambut blonde. Ma shaa Allah. Beberapa hari lepas, dia hanya terlentok keletihan sahaja di pangkuan ibunya. 

Elok saja ibunya meletakkan dia ke atas katil, dia merangkak laju pula menuju ke kaki katil. 

Anak kecil itu tersenyum ceria merangkak pantas menuju kepadaku. 

Aku membalas senyumannya. Lebih tepat, aku tersengih lebar. 

Seakan mengerti di tanganku ada buku-buku dan jacket tebal yang sedang dipegang, A yang berdiri di sebelahku di hujung kaki katil juga, segera mencapai tangan anak itu lalu diangkatnya untuk didukung. Dipeluknya anak kecil itu. Dia ketawa. Aku di sebelahnya mendongak sambil ketawa. Kami semua ketawa. Anak kecil itu sudah selamat mendarat di atas bahu A. Doktor yang sedang menerangkan bed-side teaching juga tidak kisah dengan tingkah anak kecil ini.  

Kerana, bagi seorang doktor, melihat anak yang lincah ini sesudah hari sakitnya umpama menemui kebahagiaan di dunia...

Ah...

Aku tersenyum tawar. Entah ini naluri apa yang sedang bercerita di dalam hati. Naluri ibu? Naluri isteri? Naluri kakak? Huhu. 

Allah. Indahnya dunia jika dipasang angan pasti tak sudah. Akhirat juga yang kekal. 

Jujurnya, aku tak pandai mendukung mana-mana anak kecil pun. Jika orang lain berada di tempatku, sudah pasti buku dan jacket sudah diletak di tepi. Dan tak ada alasan untuk tak mengedong anak kecil yang 'menyerah diri'. 

Dan untuk mana-mana bayipun, aku tak pernah gendong. Kakak2 senior yang bersalin, semua orang berebut untuk meriba bayi. I just senyum2 dan tanya khabar. Refused bila diorang suruh riba. 

Feeling loser sekejap. Astaghfirullah. 

Why? Sbb overprotective care kot. 
'A baby will never be allowed to be touched for they are so fragile.'

Leher lembik...semua benda lembik...
So i takut nak pegang. 

Sampaikan hari tu nak buka baju baby pun rasa susah sangat....sedih kan. Doktor tengok ja...while i have conflicts inside my mind...

Takpa, lama2 akan terbiasa. Practice lagi. 

I love kids. I can sing with them. I can play 'kakak Sun' etc. But... i just cant carry or touch them in my hands, over my lap...it feels, hard to do such. Hurm.

Drama tahun 4 sekolah perubatan.  

Comments

  1. hahaha...ku also never touch any baby...even my own little sister during her baby time...and the 1st baby i try to hold is my own daughter...so ok jek...sbb mak kita tak galakkan sgt kot...anak2 dia cemerkap kot

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …