Friday, January 30, 2015

Perasa(a)n: It's nothing until proven otherwise

- bismillah -

Hari ni Jumaat, hari cuti hujung minggu di sini. And i choose to do some reading sambil basuh baju. Yeay! Productive morning~

Khusyuk baca buku. Haha. 

Kemudian masuk satu message. 
Kawan sekolah rendah bagitau dia akan bernikah nanti. Alhamdulillah. 

Di luar bilik, dengan kawan jerit2 risau sebab baru tahu saudara terdekatnya bercouple dan merancang untuk berkahwin bila tiba masa yang sesuai. 

Lepas tu ada seorang lagi cakap pasal ada orang terdekatnya yang mimpi dia  berkahwin.

Scroll fb, instag, ramai yang update pasal 'pasangan', baik yang dah kahwin dengan yang belum. Seriously they act the same.. 

Zzz. Apakahhh. 

Memang pagi ni orang nak cakap pasal kahwin ke apa?

Pandang buku yang tengah baca. Hurmmm. I am reading buku ust hasrizal. Haha. 

Law of attraction. Apa yang kita fikir, yang tu lah yang kita berdepan kan? Haha. 

Ps. Nota serius. Semua orang patut baca buku kemudi rumah tangga. Baca bukan sebab nak kahwin esok lusa. Tak kahwin dalam masa terdekat pun tak apa, timba ilmu. Sebab, nauzubillah, kalau kita makin ke neraka sebab tidak pandai menguruskan fitrah hendak berpasangan. Dan sebab, banyak sangat kes gejala sosial berpunca daripada latar belakang keluarga yang retak dan hancur. Moga Allah lindung. (Pasca sedih baca buku diagnosis)

So, pergilah beli buku 3 in 1 aku terima nikahnya kalau tak tahu nak mula dari mana... Saya rasa, fikir nak cari why i have to get married? lagi utama daripada fikir siapa mr/mrs right...dan siapa yang dah ada tu eloklah betulkan semula niat dan hala tuju. 
It helps untuk mematangkan cinta monyet yang bergayut di dahan-dahan umur muda. 

And i would also suggest rain drop academy videos, ada pasal heart and intellectual influence. Dulu masa awal-awal like di fb ada satu dua saja video, sekarang dah banyak. Boleh la buat panduan menjadi mukmin cemerlang, selain asyik fikir kahwin saja sebagai indikator hidup bahagia. 

You can be happy with Allah and only Allah. Only Allah can bestow us happiness, myb through human beings around us. 

Ps II. Dulu masa sekolah saya suka tulis pasal kehidupan di sekolah. And now, can i share my journey sbgai orang yang umur 20-an yang orang sekelilingnya sudah sibuk mencari pasangan? I'll share my journey. Hahaha. Hey, our journey is to return to Allah. Tengah jalan mungkin jumpa seseorang. Mungkin tidak. Just be aware yang you tak rugi apa-apa kalau terus bahagia dengan takdir. 

1 comment:

  1. ya Allah..that's is so true..anyway Alhamdulillah..akak doakan yg terbaik buat nawwar.mungkin saya yg dah kawin anak 3 ni pun boleh baca juga?tihihi

    ReplyDelete

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...