Skip to main content

Friendship error

- bismillah -

Bila kita kecewa, kita kena pujuk diri kita. 
Bila kita happy, kita kena senyum bersyukur. 
Bila sedih, kita boleh menangis, tapi jangan lama-lama. 
Bila rindu, kena berhubung. 

Hidup ini, kena ada macam-macam perasaan. 
Jangan nafikan. 
Cuma kena kawal. 

Perasaan apa pun yang kita rasa, borderline nya ialah dosa dan pahala. 

Jadi, kalau kecewa jangan sampai buat perkara berdosa. Allah haramkan bunuh diri. Mcm mana nak dapat pahala melalui kecewa?
Berdoa. Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada hazan (sedih). Doa tu, walaupun time doa tu masih ada sedih, tindakan berdoa tu pun dapat pahala. :)
Nak pahala lebih, bersabar. Ya, cakap senang. Tapi sabar ialah kawal kekecewaan, bukan nafikan sampai simpan jadi dendam. 

Dan begitu juga untuk perasaan-perasaan lain. 
Rindu, luahkan. Call mak ayah family. Sambil semat dalam hati, semuanya akan kembali pada Allah juga, tanda kita sedar diri bahawa dalam berkasih sayang sesama manusia, hati masih ingat Allah. 

So, normallah hidup ni jumpa orang baik orang jahat. Minta lindung dengan Allah daripada putus asa pada rahmat-Nya. He will help us out in every situation. Sebab situation tu kan Allah yang bagi...

What if semua manusia tak ada yang sayang kau? What if you are living alone? 

Cari Allah. Time tu, kalau kau sorang pun, kau tahu kau sedang di jalan yang betul menuju Allah. Tp. Kena ada kefahaman lah. Kang syok sendiri susah juga jadi sesat...

So, always ada dua sisi, dua ekstrim, dua peringatan...supaya kita tahu sempadan. 

Border dan limitation tu lumrah. Tak boleh happy hari2, tak boleh sedih hari2, tak ada kawan yang baik hari2, dan bukan hari2 juga hati mengeras. 

Fuh. Orang ego tak masuk syurga. 
Nauzubillah min zalik. 

Jadi orang first yang minta maaf, 
Walaupun orang lain yang salah ntah apa apa, 
Ikhlas, 
Dan kalau direject tu, Allah ganti lebih baik. 

Jika dia memutuskan perhubungan, maka itu juga kehendak Allah. 
Chill. 
Supaya kau dapat lari daripada berkawan dengannya lagi, tanpa perlu kau yang berdosa memutuskan. Hehehehe. 

Dah la. Matangkan diri. Ingat mati. 
Kubur masing2, tapi kasih sayang akan merantai kita hingga ke sana. 
Jika sudah berkasih sayang, maka komitmen dan janji itu ada ganjaran dan tuntutan. 

Hanya dengan mengingati Allah, hati jadi tenang. 

It is okay. It's okay. Mengalah. 
Orang yang selalu (mahu) menang takkan kenal kemanisan mengalah. 
Dan orang yang selalu mengalah akan kenal kerasnya hati yang tidak mahu mengalah. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …