Friday, January 16, 2015

an unexpected (almost) trip to irbid from just :)

- bismillah -

Alhamdulillah. Dah mula cuti panjang, tapi untuk tahun 4 ni seminggu saja. Cuti antara rotation. And i choose to stay in irbid, in irbid, in irbid (gema taukid). huhu

Semalam khamis, hari last kelas. Kelas dari pkul 8 pagi hingga 3 petang, gap sejam saja. My performance? 20% percent tidur, 20% sakit kepala, 20% fokus, 20% tepu..selebihnya tak dapat dikenal pasti.... huhu. ada 6 kelas total.
Fuh. Sampai kena solat taubat lepas zohor, dosa apa yang menghalang proses nak tuntut ilmu supaya semua kelas boleh bermanfaat. tapi bila fikir balik, Allah dah izin sampai pun dah a big blessing. berapa ramai yang suka tidur dan tuang kelass??

Hurm. Bersyukur dengan apa yang ada.

Lepas habis semua kelas, pukul 3.15 macam tu baru sudah solat asar. Orang lain mampu jaga wuduk sejak zohor, so semua orang dah solat lebih awal, terus lepas kelas. It's ok, dah biasa jadi lone ranger. Takkan nak harap diorang tunggu pula kan...? Pujuk pujuk jangan nak emo.

Tempat tunggu bas tu dah kosong. Deserted. Krik krik. Bayang bas yang lepas pun tak ada. Sejuk. Tengok jam. Peluk tubuh. Muka nak balik. Tiba-tiba.......

Ada kereta merah hon hon. Heeeeee. Seorang perempuan muda di dalamnya sengih-sengih, kepalanya macam ajak-ajak naik.

Dalam hati, ya Allah! Dream comes true! Dah berapa lama dah teringin nak ada orang ajak naik kereta, for at least hantar dekat mujammak (stesen bas). Haha.

Cover..cover...tengok jam lagi sekali. The rest is a history.

Kesudahannya, beliau hantar balik Irbid terus! Waaaaaaa :D rezeki. And sampai awal lagi daripada yang balik awal. Alhamdulillah.

Beliau tu pensyarah, phd UK mari. Univ of Cardiff. Beliau cerita ada jumpa malaysian students dekat cardiff. Teringat dulu saya dapat buat a-lvl untuk uk universities, maybe kalau chose that path pun saya boleh jumpa beliau. but then my path today leads to jumpa beliau juga. :))

.'.
Sabar, ganjaran Allah bagi lebih besar menanti.
:)
Jangan harapkan manusia.

Rabbi la taj3alni farda...Allah is indeed ada dengan kita biarpun tak ada manusia untuk teman.
Moga pergantungan saya dengan Tuhan lebih kuat setiap masa.
Moga tidak terleka dengan kehadiran manusia.
Terus menjadi matahari! 

No comments:

Post a Comment

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...