Friday, January 30, 2015

Perasa(a)n: It's nothing until proven otherwise

- bismillah -

Hari ni Jumaat, hari cuti hujung minggu di sini. And i choose to do some reading sambil basuh baju. Yeay! Productive morning~

Khusyuk baca buku. Haha. 

Kemudian masuk satu message. 
Kawan sekolah rendah bagitau dia akan bernikah nanti. Alhamdulillah. 

Di luar bilik, dengan kawan jerit2 risau sebab baru tahu saudara terdekatnya bercouple dan merancang untuk berkahwin bila tiba masa yang sesuai. 

Lepas tu ada seorang lagi cakap pasal ada orang terdekatnya yang mimpi dia  berkahwin.

Scroll fb, instag, ramai yang update pasal 'pasangan', baik yang dah kahwin dengan yang belum. Seriously they act the same.. 

Zzz. Apakahhh. 

Memang pagi ni orang nak cakap pasal kahwin ke apa?

Pandang buku yang tengah baca. Hurmmm. I am reading buku ust hasrizal. Haha. 

Law of attraction. Apa yang kita fikir, yang tu lah yang kita berdepan kan? Haha. 

Ps. Nota serius. Semua orang patut baca buku kemudi rumah tangga. Baca bukan sebab nak kahwin esok lusa. Tak kahwin dalam masa terdekat pun tak apa, timba ilmu. Sebab, nauzubillah, kalau kita makin ke neraka sebab tidak pandai menguruskan fitrah hendak berpasangan. Dan sebab, banyak sangat kes gejala sosial berpunca daripada latar belakang keluarga yang retak dan hancur. Moga Allah lindung. (Pasca sedih baca buku diagnosis)

So, pergilah beli buku 3 in 1 aku terima nikahnya kalau tak tahu nak mula dari mana... Saya rasa, fikir nak cari why i have to get married? lagi utama daripada fikir siapa mr/mrs right...dan siapa yang dah ada tu eloklah betulkan semula niat dan hala tuju. 
It helps untuk mematangkan cinta monyet yang bergayut di dahan-dahan umur muda. 

And i would also suggest rain drop academy videos, ada pasal heart and intellectual influence. Dulu masa awal-awal like di fb ada satu dua saja video, sekarang dah banyak. Boleh la buat panduan menjadi mukmin cemerlang, selain asyik fikir kahwin saja sebagai indikator hidup bahagia. 

You can be happy with Allah and only Allah. Only Allah can bestow us happiness, myb through human beings around us. 

Ps II. Dulu masa sekolah saya suka tulis pasal kehidupan di sekolah. And now, can i share my journey sbgai orang yang umur 20-an yang orang sekelilingnya sudah sibuk mencari pasangan? I'll share my journey. Hahaha. Hey, our journey is to return to Allah. Tengah jalan mungkin jumpa seseorang. Mungkin tidak. Just be aware yang you tak rugi apa-apa kalau terus bahagia dengan takdir. 

Tuesday, January 27, 2015

Everything is fine

- bismillah -

Ok. I gain new perspective day by day. What i want isnt always what i can handle. So, Allah akan bagi apa yang i can handle. 

Fiuh. 

Trust Allah. Tell Him everything. And nobody can oppose His plan. :')
For His plans are all the best and tailored for us. 

Moga tak ada lagi hati terluka dengan kenangan yang tak patut dikenang. 

Tampal plaster. 

Monday, January 26, 2015

Friendship error

- bismillah -

Bila kita kecewa, kita kena pujuk diri kita. 
Bila kita happy, kita kena senyum bersyukur. 
Bila sedih, kita boleh menangis, tapi jangan lama-lama. 
Bila rindu, kena berhubung. 

Hidup ini, kena ada macam-macam perasaan. 
Jangan nafikan. 
Cuma kena kawal. 

Perasaan apa pun yang kita rasa, borderline nya ialah dosa dan pahala. 

Jadi, kalau kecewa jangan sampai buat perkara berdosa. Allah haramkan bunuh diri. Mcm mana nak dapat pahala melalui kecewa?
Berdoa. Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada hazan (sedih). Doa tu, walaupun time doa tu masih ada sedih, tindakan berdoa tu pun dapat pahala. :)
Nak pahala lebih, bersabar. Ya, cakap senang. Tapi sabar ialah kawal kekecewaan, bukan nafikan sampai simpan jadi dendam. 

Dan begitu juga untuk perasaan-perasaan lain. 
Rindu, luahkan. Call mak ayah family. Sambil semat dalam hati, semuanya akan kembali pada Allah juga, tanda kita sedar diri bahawa dalam berkasih sayang sesama manusia, hati masih ingat Allah. 

So, normallah hidup ni jumpa orang baik orang jahat. Minta lindung dengan Allah daripada putus asa pada rahmat-Nya. He will help us out in every situation. Sebab situation tu kan Allah yang bagi...

What if semua manusia tak ada yang sayang kau? What if you are living alone? 

Cari Allah. Time tu, kalau kau sorang pun, kau tahu kau sedang di jalan yang betul menuju Allah. Tp. Kena ada kefahaman lah. Kang syok sendiri susah juga jadi sesat...

So, always ada dua sisi, dua ekstrim, dua peringatan...supaya kita tahu sempadan. 

Border dan limitation tu lumrah. Tak boleh happy hari2, tak boleh sedih hari2, tak ada kawan yang baik hari2, dan bukan hari2 juga hati mengeras. 

Fuh. Orang ego tak masuk syurga. 
Nauzubillah min zalik. 

Jadi orang first yang minta maaf, 
Walaupun orang lain yang salah ntah apa apa, 
Ikhlas, 
Dan kalau direject tu, Allah ganti lebih baik. 

Jika dia memutuskan perhubungan, maka itu juga kehendak Allah. 
Chill. 
Supaya kau dapat lari daripada berkawan dengannya lagi, tanpa perlu kau yang berdosa memutuskan. Hehehehe. 

Dah la. Matangkan diri. Ingat mati. 
Kubur masing2, tapi kasih sayang akan merantai kita hingga ke sana. 
Jika sudah berkasih sayang, maka komitmen dan janji itu ada ganjaran dan tuntutan. 

Hanya dengan mengingati Allah, hati jadi tenang. 

It is okay. It's okay. Mengalah. 
Orang yang selalu (mahu) menang takkan kenal kemanisan mengalah. 
Dan orang yang selalu mengalah akan kenal kerasnya hati yang tidak mahu mengalah. 

Allah izin semua yang baik

It was a normal fine day. Everything was perfect and in place. 

Doktor tanya case setiap orang. And to cut it short, saya present. Nampak macam terpaksa, tapi Allah yang pilih dan izin. 

Alhamdulillah. 

Dan moga hari ni jadi catatan pemberat mizan kebaikan. 

Marah yang saya simpan. 
Nangis dalam bas. 

Moga hidup dan mati dalam keadaan Allah sayang. 

Saturday, January 24, 2015

Catatan sendiri

- bismillah -

Lari dari satu 'masalah',
Dan hari ni bangun pagi terima berita bahawa saya tak boleh lari. 

Seronok bagi semangat pada orang, 
Tapi sebenarnya kekuatan yang dibisikkan itu masuk dalam telinga sendiri juga. 
Orang yang banyak memberi bukan orang yang paling kaya
Orang yang banyak membantu bukan orang yang paling serba cukup

Matahari, i have to confront you juga akhirnya. 
Lari dari matahari di timur, hanya kemudian rupa-rupanya dia sudah berada di hadapanku di sebelah barat sana...

Monday, January 19, 2015

Dilema jodoh?

- bismillah - 

I just want to express what i am concerned with. 

I saw my timeline and news feed on social media platforms, and most of my friends and persons i followed are around my age. We are all approaching adults life. (We've stepped into it in fact). 

And most of them are worrying about marriage!
Me too. But dont make it your main focus and concern! Fight the feeling of being helpless and hopeless to live without a partner. And keep in mind that not everybody is destined to get married...a lot of things can happen in the future. 

Now i understand what my friends feel when their colleagues got partner/bf/husband while they are still single. I agreed thinking of it could be bothering our days and nights, but what i want us to change is, to appreciate our present life. 

At this time of being single, we are not doing nothing but we are developing ourselves as a person, not just students.  
Yes people keep advising to buat persiapan, nanti boleh kahwin, no, change that mindset. You rajin sebab you nak bina diri sebagai manusia, bukan rajin sebab nak jadi suami/isteri. You masak sedap sebab it is for your happiness in the future, bukan sekadar utk dijamah dan dipuji oleh pasangan. 

By this way, diverting our worries into a productive works, with a mind set to developing our selfs as wholesome human beings, is just better and can save our emotions in case if we just dont get married. Well, dont aim too high if you dont want to feel hurt falling. 

What i want to say is, let us aim big. Strive to be the well-rounded human being, not just to be a good wife/husband, then you can be happy whether you are married or not. 

Some people already possessed good characters and qualities, yet, upon thinking about 'not-yet-coming-marriage-proposals', they downgrade themselves. So sad. Just maintain your own self, the person who comes later will just fit you the way you are. 

Antara sisi ekstrim syadid dan longgar, pilihlah yang terbaik. Jangan kerana risaukan jodoh, kau abaikan prinsip. Itu satu kerugian. 
Dari outspoken menjadi diam, kerana risau ditakuti perempuan/lelaki. 
Biarkan, selagi outspoken itu kena pada tempatnya. Bersuara untuk haq. 

Rezeki, ajal, maut dan jodoh tu sudah ada. 
So jangan nak downgrade one self untuk something yang kita harus sabar utk beberapa waktu. 

Just upgrade yourself and go higher. 
Lagi lambat datang jodoh, climb higher! 

So that nanti bila sampai tarikh kematian, you wont regret anything. 
Or so that nanti bila sampai tarikh dilamar, you wont regret anything of your past. 
Marriage and thinking about it hadnt bother you in your life to strive for Jannah. :) but make it as a motivation. 

So dont bother. Keep jaga keberkatan. Tak ada lebih berkat pun keluar date tanpa kepentingan. Tak ada kelebihan pun bercouple ke atas orang single jika follow jalan yang salah. 

Agaknya beginilah, apabila mencapai umur ini. We will start to think, but dont just think the question, but start builiding your answer, "why do i need to get married?"

And jangan be bothered too much. Life is striving to meet Allah in person, sorang2. Kalau dah hebat sekarang, jangan downgrade tapi keep upgrading supaya maintain dan terus hebat di pandagan Allah. Tak ada apa2 rugi. 

Jangan merasa terhina, jangan pula bersedih hati, kerana kamulah orang yang paling tinggi, jika kamu orang yang beriman. 

Jadi jangan longgarkan ikhtilat! Hanya kerana takut dibenci akhowat/syabab hingga tiada yang berkenan. 
Jangan larikan diri daripada majlis ilmu, hanya kerana takut dikatakan dadanya penuh ilmu menjulang ke langit. 
Jangan takut lantang bersuara, hanya kerana takut tidak masuk 'list'. 

Just be our own self. 
Tak ayu pun tak payah paksa ayu. 

Believe me. Been that, done that. Tak best pun pakai topeng. :) i am my old me.
I akan marah bila orang buat salah. I marah bila orang diam bila nampak kesalahan. And i cant tolerate orang yang tak jaga mata. And you can label me with anything. Dush! I care, but i dont want to. 

Farhana type A dah kembali. 

Just be contented with what you have. 
Baca quran banyak2, itulah ubat kepada segala benda yang kelihatan lompong dan tak cukup dalam hidup ini. 

Ayat jgn lemah dan jgn sedih tu from surah ali-imran. 
See? Al-quran is the answer for your heart yang berbolak balik risau kenapa jodoh tak datang lagi. 

Ps. I just bought a roti bun sedap phone cover! Hilang ayu pink pink. Heh. Rebel. Hidup tak payah nak control macho/ayu untuk orang lain. Live our life, for the deen. Not live our life, just to get married and have a career. 

Saturday, January 17, 2015

Nabi Muhammad yang terpuji

- bismillah -

#WhoIsMuhammad
#MariKenaliNabiKita



Kalau betul nak cari miracles dalam dunia ni, carilah pengetahuan tentang mukjizat2 yang Allah kurniakan pada Nabi-nabi. 

Antara mukjizat kepada Nabi Muhammad, ialah al-Quran. 
Sebuah kitab yang menyembuhkan, membuka jalan hidayah, bahkan menerangi kubur dan juga dengan izin Allah, boleh memberi syafaat al-Quran kepada pembacanya di hari akhirat. 

Bahkan, Nabi ditakdirkan sebagai ummiy, tidak membaca dan menulis, namun diajar oleh Jibril untuk membacanya. 

Kitab Allah, turun kepada Muhammad, melalui Jibril, secara mutawatir, sebagai mukjizat, menbacanya dikira ibadah, bermula dengan Surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas. 

Al-quran dan as-Sunnah itu seiring. Jangan abai salah satu, jika benar mengaku umat Nabi. 

Allah. Moga dithabatkan iman dan amal
Selawat dan salam ke atas Nabi. 

Friday, January 16, 2015

an unexpected (almost) trip to irbid from just :)

- bismillah -

Alhamdulillah. Dah mula cuti panjang, tapi untuk tahun 4 ni seminggu saja. Cuti antara rotation. And i choose to stay in irbid, in irbid, in irbid (gema taukid). huhu

Semalam khamis, hari last kelas. Kelas dari pkul 8 pagi hingga 3 petang, gap sejam saja. My performance? 20% percent tidur, 20% sakit kepala, 20% fokus, 20% tepu..selebihnya tak dapat dikenal pasti.... huhu. ada 6 kelas total.
Fuh. Sampai kena solat taubat lepas zohor, dosa apa yang menghalang proses nak tuntut ilmu supaya semua kelas boleh bermanfaat. tapi bila fikir balik, Allah dah izin sampai pun dah a big blessing. berapa ramai yang suka tidur dan tuang kelass??

Hurm. Bersyukur dengan apa yang ada.

Lepas habis semua kelas, pukul 3.15 macam tu baru sudah solat asar. Orang lain mampu jaga wuduk sejak zohor, so semua orang dah solat lebih awal, terus lepas kelas. It's ok, dah biasa jadi lone ranger. Takkan nak harap diorang tunggu pula kan...? Pujuk pujuk jangan nak emo.

Tempat tunggu bas tu dah kosong. Deserted. Krik krik. Bayang bas yang lepas pun tak ada. Sejuk. Tengok jam. Peluk tubuh. Muka nak balik. Tiba-tiba.......

Ada kereta merah hon hon. Heeeeee. Seorang perempuan muda di dalamnya sengih-sengih, kepalanya macam ajak-ajak naik.

Dalam hati, ya Allah! Dream comes true! Dah berapa lama dah teringin nak ada orang ajak naik kereta, for at least hantar dekat mujammak (stesen bas). Haha.

Cover..cover...tengok jam lagi sekali. The rest is a history.

Kesudahannya, beliau hantar balik Irbid terus! Waaaaaaa :D rezeki. And sampai awal lagi daripada yang balik awal. Alhamdulillah.

Beliau tu pensyarah, phd UK mari. Univ of Cardiff. Beliau cerita ada jumpa malaysian students dekat cardiff. Teringat dulu saya dapat buat a-lvl untuk uk universities, maybe kalau chose that path pun saya boleh jumpa beliau. but then my path today leads to jumpa beliau juga. :))

.'.
Sabar, ganjaran Allah bagi lebih besar menanti.
:)
Jangan harapkan manusia.

Rabbi la taj3alni farda...Allah is indeed ada dengan kita biarpun tak ada manusia untuk teman.
Moga pergantungan saya dengan Tuhan lebih kuat setiap masa.
Moga tidak terleka dengan kehadiran manusia.
Terus menjadi matahari! 

Wednesday, January 14, 2015

Nafas-nafas Arbela

Persamaan tak menjanjikan percintaan,
Perbezaan tak menjanjikan permusuhan. 
Kehidupan tak akan meninggalkan kematian,
Kematian takkan berpisah dengan kehidupan. 

Kata-kata bukan harapan,
Tindakan bukan tanda keizinan,
Bayang bukan tanda diperhatikan,
Hilangnya bukan satu kekecewaan. 

Untuk mengiyakan segala fakta,
Perlu kepada masa yang terhenti.  

Apa-apa yang berlaku, 
Atasnya menunjukkan emosi manusiawi,
Bawahnya menunjukkan kekejaman terancang manusia,
Dalamnya tersirat kasih rancangan ar-Rahman.

Serang sana, bom sini. 
Timbul sedih dan benci seiiring. 
Rancangan kejam manusia. 
Untuk disabarkan oleh yang maha Pengasih. 

Begitu juga setiap tindakan kecil lain. 
Manusia merancang untuk memancing emosi. 
Kejam di sebalik rancangan kata-kata. 
Namun dalam pandangan Tuhan,
supaya hati ini merintih...

Kalau ku memandang dari permukaan, 
Emosi akan menjawabnya. 
Jika dari sisi bawah kumelihatnya, 
Terlopong dengan helah tipunya. 
Namun, terus memandang ke masuk dalam, 
Aku tahu itu dari keizinan Tuhan untuk berlaku. 

Supaya diketahui siapa yang lebih baik amalnya. 

Hanya yang perlu urus ialah kefahaman. 
Di jalan mendaki ini,
Yang kadang turunnya luncur jatuh,
Yang kadang puncaknya berdiri teguh,
Melainkan adanya sabar,
Dan kefahaman. 

Maka aku akan terus mendaki 
Walau jatuh dan rehatnya berselang seli. 

Terus fahamkan apa yang berlaku. 
Kepada diri, surrounding dan dunia. 

Ps. 
Pelik jika kita mampu bersabar mendaki ke puncak namun tak sabar menurun lurah.
Jangan gopoh. Jangan gelojoh. 
Sebelum masanya, sebelum apa-apa, teruskan mencari janji-janji untuk di bawa ke Sana. 

Jangan disturb air muka yang tenang supaya berkocak. 

Sunday, January 11, 2015

Salji dan salji lagi

- bismillah -

Can i say i love Allah very much that i cant even imagine on how to quantify it? :)
May i am terus thabat. 

Allah akan terus menguji. 
Huuuu. Smiling for today's gift from heaven. 

Kalau betul nak pandu hati cintakan Allah, Allah akan tunjuk jalan. 
Kasih sayang tu luas, kita bukan boleh dapat hanya dari yang berlainan jantina saja. Kawan sejantina ni lagi sweet. Hehe. 

Allah, cukupkan kami dengan perkara yang halal daripada perkara yang haram. 

O Allah may we find content-ness and satisfaction from matters that You allowed than from what You forbid. 

Irbid, winter days. :) alhamdulillah. 

I played, i jumped, laughing, running, i fell, got wet, felt pain, but it was allll a good memory. With my halal mates :) and of course under supervision of the ultimate murakib, Tuhanku. 
Alhamdulillah. 

11 Januari 2015
Pertama kali main salji. 
22 tahun tak cukup bulan. Hehe. 

Monday, January 5, 2015

Anak orang (not mine)

- bismillah -

Hari kedua paediatric rotation. Omg. Berdebar. Takut. Segan. Semua perasaan ada. Nak approach tapi takut. Huhuhuhu. 

Adik serumah cakap, "sebab akak tak biasa kot dengan budak-budak..."

Selalunya budak2 yang approach me. Luls. Now as a doctor i have to make a move and start to approach them. Omg. 

Cita-cita masa masuk medical school nak jadi paeditrician. Hehe. Tapi sejak masuk internal medicine rotation, rasa lagi okay approach mak cik pak cik geriatric, walaupun kena marah kena halau pun ada. Luls. Pengalaman. Tak ada salah patient pun, memang chronic disease akan buat patient distress pun. 

Esok mula semula. Jumpa adik-adik...

Atau jumpa anak-anak....?

Sebab apa cita2 nak jadi paeds? Sebab dulu fikir, doktor mostly susah bekeluarga, for at least jadi doktor kanak2 boleh pegang 'anak' hari2. Tak berkahwin pun ok. Ahhh. Tu zaman dulu, strong punya pemikiran. Independent tak bertempat. Zzz. 

Transisi

Sekarang tak boleh kot, kena usahakan membina keluarga sendiri juga. -.-
Mungkin fitrah berkeluarga sendiri baru nak menusuk. Takpa, take time farhana. Have been emotionless sejak dulu. 

Hurm. Ramai dah kawan2 bertanda. Tak sangka, tahun 3 dah mula fenomena tanda menanda ni. Ingatkan sorang dua, rupanya dah ramai. Hihu. 

Dulu saja2 pakai cincin, sebab i dont ready to accept anyone! *stone heart* And ramai kakak2 tanya who is it behind the ring? I gelak tak gelak, jawab 'mak' je. And terpulang nak terjemah mak siapa huhu. *innocent*
And now, bila tengok adik2/ orang yang pernah tanya saya, ramai pakai cincin, saya tak rasa nak tanya pun...ok je, why cant they act the same?? Just urus our own matter. life is personal. 

Lagipun, pertunangan itu lebih aula dirahsiakan. Terima kasih kepada yang beritahu saya, dan tahniah juga jika hingga ke esok nak kahwim baru pecah rahsia. Hehe. 

Apa2pun, always minta doa, supaya tak susah hingga desperation. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, belum lagi la tu. 

Kalau dah ada, jangan overexcited sangat. Semua benda update nak kait dengan 'encik belum sah tu'. Kamon. Ingatkan saya juga kalau buat kerja kurang iman ni. Ingat juga pada yang belum ada. Hehh. 

Kejar kerjaya? 
Hehs. Mari kita sambung baca lecture note. Sambil doa, o Allah make me a competent doctor! Amiin. 

Sunday, January 4, 2015

Sabar

- bismillah -

Dah banyak kali i tried to talk the truth. And it just wont come out. 


Saturday, January 3, 2015

Puisi transisi

- bismillah -

Oh Tuhan
Berikan aku bahagia
Tika saat dan masa ini
Juga selamanya

Berikan aku cahaya
Atur langkahku 
Hingga ke hujung sana
Terima amalku 

Hilangkan hari yang sedih
Gantikan dengan tawa senyum
Hingga tiada rintih
Cuma ada sujud bangun

Air mata yang menemani setiap waktu
Moga memadamkan harapan palsu
Serigai mata dibelah kaca 
Terlayar di minda setiap waktu 

Friday, January 2, 2015

Surah al-insan

- bismillah -

Tadi usrah, tumpang usrah orang, baca surah al-insan. Ada rakan yang familiar, ada yang dah hafal, ada yang baru kenal surah itu. 

Above all, alhamdulillah. I remember my memory with surah insan. Peneman sewaktu malam sebelum spm paper bm. Waktu tu rasa congested sangat. I just dont know what to study! Belek2 buku karangan. Belek buku rumusan. Buku tatabahasa. Tiba-tiba rasa banyak pula kena study. Jenguk majalah dewan siswa. Fuh. Rasa stress. Heh. Bukan study last minute, tapi baru sedar banyak juga kena check balik / revise untuk exam esoknya. 

Gelabah. 

And study sambil pasang bacaan surah al-insan. Alhamdulillah. 

Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran kepada kamu secara berangsur-angsur. 
Maka bersabarlah dengan peraturan Tuhanmu dan bertasbihlah kepada-Nya. 

Sabar, pelan-pelan, bertasbih. 
Just do it. No matter how long the process is. 

Keys untuk kejayaan. In shaa Allah. 

Point kedua yang bincang, pasal bagi makan kepada orang miskin. Kenapa makanan? Kenapa bukan perkataan lain? Duit ke, pakaian ke...

Sebab pada masa bilakah dan siapakah yang tak perlu makanan?? :)

Kalam Allah untuk seluruh alam. Untuk umat nabi Muhammad, hingga hari kiamat. 

Jom bina iman!
Selamat buka surah al-insan ^^

P/s suatu hari, ayah balik dari masjid solat jemaah. Dia belek surah al-insan. Dia baca berlagu. Sebab ada imam suka baca surah ni, kalau saya tak salah ingatlah. Sejak tu selalu dengar ayah mumbling surah ni. Terima kasih ayah. Adik pun suka surah ni. :)

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...