Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

A weeping lady that stopped a crying girl. Esakan yang menghentikan tangis

- bismillah -
Alhamdulillah. 
Hari ni, saya berjalan membawa awan mendung yang boleh turunkan hujan bila2 masa saja. Saya berjalan pantas, kerana berjanji untuk bertemu dengan seseorang. Pertemuan itu tiada kaitan dengan kesedihan ketika itu.  
Sedih saya disebabkan tekanan apabila orang mempersoalkan kredibiliti dan keputusan saya. Marah campur sedih. 
Takdir Tuhan, saya berselisih dengan seseorang. Dia juga berjalan laju. Dari arah hadapan. Wanita arab. Dia sedang menangis. Teresak kuat. Sambil memandang telefon bimbit di tangannya. 
Oh Tuhan, hilangkan sedih dia!
Serta-merta, sedih saya hilang. Air mata surut sebelum mengalir. 
Benarlah, apa yang kita doakan untuk saudara semuslim, kebaikannya turut tertempias kepada si pendoa. 
Allah maha besar.  Kalau kita sakit, dia mengizinkan sakit yang terbaik, mampu kita tanggung.  Kalau kita sedih, Dia sentiasa aturkan jalan supaya kita terpujuk.  Kalau kita ditakdirkan untuk terluka dengan sesuatu perkara, luka itu terhiris dengan wasilah paling lemb…

Pertolongan yang dibalas syurga

- bismillah -
Alhamdulillah. 
Hari ni belajar, pentingnya memasang niat.
Niat nak buat kebaikan, akan ada peluangnya. Niat lah nak bersedekah, Allah bukakan jalan. Niat nak beri pertolongan, Allah hadirkan orang yang akan memerlukan pertolongan. 
Dalam keadaan yang kita tak sangka. 
Saya terbaca hadis, Ahli neraka pergi jumpa ahli syurga...dia pernah menolong ahli syurga itu sewaktu di dunia, maka dengan izin Allah ahli syurga itu menolongnya pula di akhirat dengan izin Tuhan melalui syafaat. 
So, bayangkan kita keluar jumpa manusia hari2, kita tak tahu siapa masuk syurga siapa pula masuk neraka. Diri sendiri pun tiada jaminan. Maka buat baiklah dengan semua. Be 'rich' and help others. Rich: kaya budi, kaya bahasa, kaya ilmu, kaya senyuman... 
Ikhlas ialah tidak meminta apa2 balasan daripada sesiapa. 
Kerana kita dididik oleh islam bahawa balasan hanyalah daripada Allah. Ada yang dapat sejak di dunia, tapi yang pasti, hari akhirat ialah hari mendapat balasan baik dan jahat atas apa saj…

Kisah

- bismillah -
Saya pernah menulis impian.  Sebuah cerita dongeng.  Siapa sangka, cerita itu menjadi realiti! Cuma watak heroinnya, lain berganti. 
Dan saya masih menulis cerita impian.  Tanpa meletakkan watak.  Tanpa setting masa.  Tanpa plot.  Saya hanya menulis pengakhiran cerita. Kerana itulah intipati kenapa cerita bermula. 
*** Untuk setiap langkah yang kita mulakan, fikirlah apa pengakhiran yang diharapkan. 
Biar pendek, biar panjang, Atau kisah itu langsung tidak berlaku, Paling kurang,  Pengakhirannya sudah ada. 
Dan pastilah, pengakhiran terbaik dan hakiki yang kita mahukan. 
Bismillah. Tawakkaltu alaa Allah.

Maulid Nabi

- bismillah -
Sebab kepada cinta: Fisik Jasa Maknawi  Fitrah 
Jika mencintai,  Maka banyak mengingat, Ingin mendekat, Mahu mengikut, Berkorban untuk mendapatkannya. 
Rugilah cinta jika tidak memberi manfaat kepada kehidupan dunia dan akhirat
Mencintai Allah,  Menghidupkan hati, Memberi sinar pada hati
Mencintai Rasulullah,  Adalah perintah Allah.  Kerana tidak beriman jika tidak mencintai Rasulullah melebihi manusia lain
Tidak ada yang paling bermanfaat kecuali mencintai Allah dan Rasul-Nya
Cinta manusia, Jika tidak diikat dengan cinta Allah dan rasul, maka itu malapetaka.  Cinta kerana dunia akan pudar dan hilang ketika dunia itu telah hilang. 
Orang yang saling berkasih sayang kerana dunia, kelak pada akhirat akan saling bermusuhan antara satu sama lain. 
Cinta yang bermanfaat
Sekuat-kuat tali iman, ialah cinta kerana Allah, benci kerana Allah. 
Cintai sesuatu itu kerana sesuatu itu dicintai oleh Allah, kerana ingin dekat dengan Allah, Maka itu cinta yang bermanfaat untuk hati kita dan itulah kehidupan kita,
Di…

Sembang bulatan maulidur rasul

- bismillah -
"Sempena maulid nabi, Nas, awak nak berazam nak hidupkan sunnah nabi yang mana satu?" Kak A tanya. 
Nas jawab,  -"saya nak puasa hari putih..." 
Dan N jelaskan kelebihan dan keistimewaan berpuasa dengan panjang lebar. Puasa hari putih ialah puasa 3 hari berturut2 pada 13,14,15 haribulan hijrah setiap bulan. 
Next, giliran orang2 di sebelah Nas yang jawab. 
-Nak usaha bangun qiyam. -Nak kurangkan bercakap benda tak perlu.  - ada yang kongsi pasal Nabi tak ketawa berdekah - dan banyak lagi..
Dan tiba2 ada sorang jawab, 
-Nikah... sunnah Nabi yang dia berazam nak buat.
Semua orang ketawa. Hehe. Salah cakap ke?
Too good to be true...

Obstetrics and Gynaecology 1

- bismillah -
:)
I am currently in my fifth year school of medicine. Alhamdulillah. 
It has been a month and a week since i entered O&G rotation. There are 3 weeks left before the end of rotation exams, which are Osce and miniOsce. 
At first, tak best pun. Lama2, jatuh cinta. 
Apa2pun, cinta lagi dalam bidang paediatrics. And i met paeds doctors in obstetrics wards everyday... :) and of course cute neonates since their 1st moment of lives. I have seen deliveries and i cant describe the relief that everybody in the labour room feel when a baby is born! And crying!
Doktor o&g sibuk bedah perut, dr paeds relax saja tunggu tepi. Hehe. Dr anaesth lagi laa tunggu lama. But kesian la one of my patient lambat sedated, and she was moving her legs when the doctor incised her abdomen...luckily they managed that situation quickly before going to far, the nurse stopped the doctor from continuing his work, nurse marah doctor hehe, and after waiting for a while, doctor bising2 to doctor anaesth, t…

Hamm hazan dan sakinah

- bismillah -
Esok pergi hospital askari. In shaa Allah. Moga tahun 5 adalah lebih baik daripada tahun2 sebelumnya, di sisi Tuhan. 
Naik turun adalah perkara biasa. Yang penting, kena tabah dan tenang. Kena syukur dan sabar. 
2T 2S
Dan hari ni saya dapat satu perspektif baru, Kalau tak kenal hamm dan hazan (kesedihan), kita takkan menghargai sakinah (kebahagiaan). 
So farhana, jangan jadi budak2!
Saya mengaku, diari saya banyak coretan yang bila saya baca semula, saya akan menangis. 
Tak apalah, hanya Allah tahu. Semoga saya berjiwa besar untuk berdepan dengan cabaran. 
Dan penting juga,  Threshold memasing tak sama. Ada orang perkara kecik pun rasa berat, ada orang perkara besar pun rasa ringan. 
Kuatkan iman dan pergantungan dengan Allah. 
Sheikh Solah kongsi,  Nak rasa cantik kena rasa Allah sedang melihat diriku. 
Bila rasa Allah tgk kita, maka automatik kita rasa nak perindah akhlak, nak jaga kebersihan, nak optimumkan segalanya menjauhi apa yang Allah tak suka. 
Macam kita awkward bila orang ten…

One day

- bismillah -
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. 
Bila fikir kenyataan ini, hidup akan tenang. Kita tak risau kesudahan hidup sebab memang akan ada penamatnya. Cuma kita tak tahu bila. Tapi penamatnya tetap ada. 
Sambungan di akhirat. 
Cuma kita perlu menjadi seadanya. Jika diberi kesempatan untuk hidup di fasa ini, maka mainkan peranan yang sepatutnya. Dari menjadi anak, bertambah peranan menjadi ibu, dan seterusnya, hingga hari bertemu Tuhan. Hari itu pasti akan tiba. Penamat segalanya. 
Pada hari bertemu Allah nanti, segalanya adalah lebih baik daripada segala yang baik di sini. Keburukan akan berganti kebaikan. Kesedihan akan terpadam. Ketakutan akan terhapus. 
Allah sentiasa ada perancangan terbaik untuk hamba-Nya.
Hari bertemu Allah itu pasti akan berlaku. Sabarlah. Sikit lagi.

Berdebar

- bismillah -
Ya Allah. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ini. 
Tak lama lagi dah nak masuk tahun 6. In shaa Allah. Lebih kurang setengah tahun saja lagi. 😂 kesat air mata. 
Tanpa keizinan dan petunjuk dari Allah, tidak lah saya bernafas udara tahun 5 ini.  Allah.  Hidup tak senang, tapi Allah sentiasa ada memberi rezeki dan petunjuk menempuh jalan sehari-harian.  Bila masa muda ini saya rasa kuat dan tak ada masalah untuk jalan jauh dan laju, saya akan teringat, nikmat sihat dan muda ini akan kembali pada Allah juga suatu hari nanti. At least, saya harap saya dah guna sebaiknya apa yg Allah bagi pinjam ini. Nanti dah tua moga tiada sesalan. 
Muda, sebelum tua. 
So, saya sangat berdebar nak menempuh hari esok. Masa depan terletak di bawah kuasa Allah. Saya hanya mampu usaha dengan bantuan-Nya, dan bertawakal. 
Mati itu pasti.  Jadi doktor, in shaa Allah. 
Mampukah nak jadi doktor HO yang cemerlang? Doktor MO yang excellent? Doktor pakar yang faqih? Allahuakbar. 
Moga jalan ini ialah jalan yang Al…

Bus chat

- bismillah -
Kalau tgk senarai archive, tahun 2015 inilah paling banyak saya post di blog. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi saya akan terus menulis, kenangan, walaupun saya tak reveal 100%, supaya indahnya hidup ini dan naik turunnya dapat dikongsi. Saya tahu, isi tulisan saya takkan boleh angkut masuk kubur, tapi moga segala kebaikan, inspirasi, doa yang kalian lakukan, ada sahamnya dari apa yang dibaca. 
So hari ni, naik bas pergi hospital luar bandar. Bas lompat2. Intergrate masuk dengan masyarakat arab. :)
Saya dah cerita bab gentlemen dan qowwamun ala nisa dlm post di facebook. 
Hari ni punya kisah pula. 
"Shukran." Saya ucapkan kepada yang duduk sebelah saya sebab share tempat duduk. Bas sesak dan padat.  "Dia cakap apa?" Tanya seorang perempuan di tepi tingkap kepada rakannya yang di sebelah saya.  "Dia kata terima kasih." "Oh, kau tahu cakap arab?" Dia tanya dengan muka terkejut.  "Haruslah...hehe" sengih.  Dia angguk.  Diam sepanjang perj…

The spilt coffee

- bismillah -
We entered a room previously used by the 6th years students. And there was this strong familiar aroma around. It smells like, coffee! Yeah, there was a coffee stain on the table, and some on the floor. It really was a mess. I think it should be called as a puddle of thick coffee spill. 
I was mumbling slowly. Busuklah. Sapelah tumpahkan. Bla bla bla.  And so did other students, they were commenting on the after-effect of the spill. 
Somehow.........

My friends did something wonderful today. Lowering their ego.
They clean up other people's mess. 
One of them mopped the floor with 30 pairs of eyes watching! M.o.p. which i dont know from where did he get it!
He cleaned up the freshly spilt coffee - stain on the floor which has a very strong odour due to its high concentration.  And taraa - no stain, no smell. 
Kalau dia tak buat kerja tu, maknanya sepanjang discussion akan bincang dalam aroma kopi yang menusuk. 
And, i teringat my ayah sebab ayah selalu buat kerja mengemop lantai.…

I am happy for you!

- bismillah -
Suatu hari, Ahmad bawa seguni emas. Dia terlalu gembira hingga seguni emas itu rasa ringan bagai kapas. 
Dia singgah ke rumah Dolah. Dolah ialah tokay emas. Dia ada 40x ganda lebih banyak guni daripada Ahmad.  Teka reaksi Dolah kepada Ahmad?
Kemudian, Ahmad singgah rumah Tipah. Tipah ini mami jarum, iaitu orang yang suka pakai barang kemas dan apa saja yang emas. Teka apa reaksi Tipah?
Balik dari rumah Tipah, Ahmad terserempak dengan Ali. Ali baru kalah judi. Teka apa reaksi Ali?
Dan akhirnya Ahmad pulang ke rumah. Dia bertemu ahli keluarganya. Dia ceritakan semua reaksi orang yang dia pergi jumpa dan terjumpa tadi.
Dolah senyum.  Tipah mula buat baik.  Ali tanpa lengah memeras ugut. 
*** Apa yang kita ada, tak semua orang boleh kongsi perasaan kita.  Orang yang ada lebih, dia mungkin pandang rendah.  Orang yang kurang daripada kita, mungkin dia rasa nak juga, dengki. 
Itu harta benda.  Samalah juga dengan bahagia. 
Gantikan emas dengan 'bahagia'. Siapakah Ali dan Tipah dalam ke…

Sodbara

- bismillah -
N, kamu sabar kan? Kamu penyabar. Sikit saja lagi. Sabarlah. Allah tahu. Dia takkan biar kamu sorang diri. Dia takkan biar kesabaran kamu habis limit. 
Tuhan,  Katakan pada dia yang pertama: jagalah hamba-Mu ini. Jangan dimasuki sesuka hati dalam jarak yang diciptakan. Jangan dipetik sesuka hati nama ini. Jangan samakan dengan yang lain. Jangan rendahkan kedudukan di sisi-Mu. Jangan celik pada kelemahannya yang bukan untuk dia tahu. 
Tuhan,  Katakan pada dia yang kedua: jagalah hamba-Mu ini. Jika berat baginya, maka jagalah biarpun dengan bir dan ehsan. 
Tuhan,  Katakan pada dia yang selayaknya dalam kalangan hamba-Mu yang Kau cinta padanya: jagalah hamba-Mu ini. Dari api neraka dan kejahatan diri dan dunia. Melalui cantuman lengkapnya taqwa hanya pada-Mu. 
Hanya Allah sebaik2 Penjaga. 
P/s i hate boys who have no respect on girls, and having no sense that Allah is watching and knowing when and how you will die. Have a shame to bercinta tanpa nikah! Jemaah ke neutral bukan jamina…

Bukit, basikal dan kebebasan.

- bismillah -

Bukit, basikal dan kebebasan. Apabila melihat bukit batu yang kontang tanpa pohon,
apabila berlaku peperangan, kecoh dengan gugusan bom udara, di bukit batu yang luas itu ke mana hendak mencari tempat sembunyi? Apabila merasa laju menderu angin, turun melajak dari atas bukit tanpa kayuhan, aku tersedar, pernah menjadi anak kecil yang gembira menunggang basikal, melepas tangan tanda kemegahan, tidak pernah risau dan tiada takut yang menyelebungi, tapi tika dewasa ini kenapa kayuhan bermula dengan bagaimana jika terjatuh? Dalam kelapangan, kadang tiada kebebasan.
Dalam kebebasan, kadang tetap ada bahayanya.
Dalam bahaya, kadang tiada risau. Cuma yang mendominasi pandangan adalah hasil daripada kerisauan. Biar sempit biarpun lapang,
Pastikan ada kebebasan, kerana kebebasan yang akan memberi ruang untuk membesarkan jiwa. Dont worry too much. Just pray.

Crush?

- bismillah -
Having a crush is a waste of memory space.
And can you imagine what happen to your 16gb iphone when it runs out of space?
It turns to be almost useless. Cant take picture, crashed apps, auto closed apps before you can start, hanged alarm, cant update new ios or apps updates, and everything is...just call and messages. 
What happened when your heart and mind ran out of space? 
Simply you pun become lembab...

Bolak balik

- bismillah -
Berjiwa besarlah kamu wahai farhana. Again and again i keep repeating this mantra. 
The excellent way to tackle current 'issue' is to be assertive and say it loud (i mean, voice it out). But i choose to keep quiet and let the time to solve the issue. In other word, i choose to ignore. And there it is, it keep haunting me days and nights. 
Nak cakap dengan siapa ni....T-T

You took my breath away

- bismillah -
Dingin musim sejuk, Syahdu bersaksi bintang.  Derapan langkah bertunjang amanah, Teratur, perlahan, tanpa gesaan, Sepertinya juga kamu.  Detak jantungku, bagaikan akur, Diam, sunyi, termenung.  Bagai menikmati kehangatan malam,  sedang sendi dan tulangku kesejukan. 
Aku sedang apa ini? Bisikan sepanjang jalanku. 
Entah kita di tajuk apa dalam cerita ini, Kadang aku sangka ini permulaan,  Kadang aku mengharap akan sambungan,  Dan lelahku menanti agar adanya pengakhiran.  Tapi cerita ini bagai terus tertulis,  Satu demi satu,  Tanpa kesinambungan. 
Aku sedang apa ini? Mengharap yang bukan-bukan, Berfikir yang berlebihan, Hingga terlanggar sempadan kebiasaan, Hingga aku sedar,  derap langkahku menyaingi langkahmu.  
Perlahan, aku hentikan semula semuanya.  Aku padam semula apa yang aku lakar.  Aku kunci semua jendela yang menadah cahaya. Aku tutup semua ruang yang membisik ke jiwa.   Hingga hening senja tiba, Dudukku menyendiri, Termenung lagi.  Di kota ciptaanku ini, Aku tinggal dengan persoalan, Masihkah …

Perempuan islam yang muslimah

- bismillah -
Petikan daripada kuliah yg disampaikan oleh Dr Solah Khalidi di IKON2, UJ, Amman hari ni. 20/11/15
Bukti islam agung ialah kita, kita yg membuktikan Dlm islam, iman patut ditonjolkan, bukan simpan saja (Tak cukup iman hanya dalam hati)
Wanita sama hak dlm islam (Lelaki dan wanita:) Complement each other Peranan wanita merangkumi semua dari isteri, ibu, mak cik, nenek
Tgk gaya bahasa quran utk wanita contohnya surah an-nisa' Wanita sentiasa di samping lelaki Tgk ayat quran ahzab 35  Allah terima amalan lelaki dan perempuan tanpa kecuali
Ayat hayatan thaiyibah من عمل صالحا من ذكر وانثا وهو مومن فلنحيينهم حياة طيبة  Hayatan thaiyibah ialah hidup yg sentiasa ingat Allah, bukan mcm barat yg bebas
kualiti yg ada pd tokoh wanita islam - ilmu Tokoh sejarah Tokoh mufassir Setiap masa dlm khidmati lillah  Bacalah quran utk tahu apa yg Allah nak kita buat
Utk Allah sayang kita: 1. Fokus pada ilmu, penuhkan masa dgn pembelajaran, bukan buang masa عندنا واجبات كثيرة (Kita ada banyak sangat tugasan - meny…

One day

- bismillah -
I longed for the Paradise, The place where i feel no pain, no worries.  The time when i feel no fear, no sadness. 
I longed for the akhirat, The heaven where i can meet Allah,  after all these years that passed, and years to come in shaa Allah, of all the things that happened and will happen, of all my sorrow days and joys, after ups and downs, I shall meet them all there, on the day i meet Him.  He will tell me that the day is the sign that what i told and the things that i hide, He knew them all, He heard them all, He simply never ignores. 
And i really wish He will grant me Jannah under His mercy. 
For the world is so dirty, so cruel, so tempting with worldy desires yet tearing hearts of humans to be torn apart, making it ached yet cured by poison, claimed to be at ease in the day yet having sleepless nights, the world that say you are money-maker, never a life-maker. 
I really longed for His heaven - a place of an eternal bliss. 
P/s i encountered several deaths lately. My junior, my …

Exam anaesth

- bismillah -
Hari last, hari exam, anaesthesiology rotation. 
Sewaktu melangkah ke gate besar universiti, nampak tarikh hari ini.  18/11/2015 Kira dengan jari. Oh dah 22 tahun 9 bulan. Alhamdulillah. 
Pause kejap. 12 tolak 9 = ?
Lagi 3 bulan nak umur 23??????
How does it sound nanti? '23 and still single'. How awkward is that... Thought dismissed mcm kibas-kibas awan dari kepala.  Abaikan, teruskan perjalanan ke bilik bedah untuk jawab exam. 
fighting!
(Panjang umur, murah rezeki, merasalah umur 23 tu. Cakap kena berlapik tho :) La hawla wa la quwwata illa billah. Everything is up to Allah. 
Soalan tadi: pasal atropine. Atropine is so easy and basic! Yet salah jugak jawabnya /: so jangan tanya soalan lain lain yg complex la

Jiwa besar

- bismillah -
Mak selalu pesan pada anak2nya supaya sentiasa berjiwa besar dalam hidup. 
*** Tadi ketika berdiri di tingkap dapur, nampak abu firas (jiran) tingkat bawah. Muka dia gloomy. Dia sedang bersalam dengan tetamu yang datang ke rumahnya. Tetamu tu peluk dia lama. Aku perhati lama juga dari tingkap dapur. Mungkin, ummu firas dah meninggal?
Ah, sedih. Sebab mereka belum islam. Dan aku tak tahu nak ucap apa dalam bahasa arab. 
*** Waktu dalam perjalanan, waktu duduk dalam kelas petang tu, waktu solat maghrib, aku rasa Allah sangat dekat. 
Dan bila balik rumah, aku berperang lagi dengan nafsu. 
*** Ada syabab (pelajar lelaki) di kedai runcit tu. Ramai la jugak. Dah masuk waktu qarar. Takkan aku nak cakap, teman saya beli ayam boleh?
*** Ni tulisan kak fasya. 
Dan benda yang sama yg aku pegang sejak dulu, kalau Allah sayang kita, semua makhluk di dunia ni pun sayang kita. 
Seek Allah, and dunia akhirat dtg dekat kau. 
Tapi tulah, nak kemudi hidup ni kena berjiwa besar, sebab setiap fasa hidup a…

My first Scrub story

- bismillah -
Alhamdulillah. Masih diberi kesihatan. 
Well, i did my second presentation in fifth year just now, being the first group for this current anaesthesiology rotation. 
I love doing seminar presentations, but i hate to use previous senior's slides, but i even more hate to make my own slides because of my perfectionist trait. I did my own slide for previous rotation though, and it went so long...
Tomorrow will be my first day to enter the OT in shaa Allah. May Allah ease everything. 
I dont know anything unless what Allah has taught me. 
Well, Allah has been kind to me. I wear a long abaya, because today is only seminar for me, no need to enter the OT so no need to wear the scrub. And you guess what happened to me this morning?
I have to wear the scrub, even when i dont need to enter the OT. 
Luckily, alhamdulillah, i wear a proper inner long sleeve shirt and a proper loose slack. Or else...the scrub is too thin to make me warm and what more important is covering the aurats prope…

Winter urti

- bismillah -
I have a cold, again. There is no bronchitis, yet, just runny nose. And i ate an egg again. Cold air + egg are potentially the allergens to cause these reactions. And it can trigger asthma. Up to one point where i start to read about the relations between allergy, urti and asthma. 
End up sleeping with ventolin by my bedside. Hasbiy Allah. 
I was thinking...if i were to die of asthma, please dont look down on me as a medical student who supposed to know how to manage asthma well...
Because i know, 22 years of living is a long period of time.....hasbiya Allahu nikmal wakeel. 
Good night world! 12.22 midnight Irbid, Jordan.

Where is my confident self...

- bismillah -
Read somewhere in the facebook, Dr Har tegur cakap hanya orang yang yakin dan boleh bawa diri saja boleh tegur (greet) guru-gurunya. 
And after 7 years, how i wish i can perkenal diri dan cakap, sayalah anak murid cikgu dulu! Sekarang saya dah besar *insert a grateful emoticon here* and perkenalkan rest of my friends yang jadi anak murid beliau. 
But it didnt happen. 
And sadly, i have no courage and left the chance went away with the winter wind...
I am not regretting, but i just dont like the fact that i have no firm and strong reason for this decision, of why i choose to stay quiet and left unnoticed. 
And somehow this evening dr maza just delivered a speech, mentioning how we must appreciate our surrounding people and the events that occured, dont just let them past without any significance. 
Or else, we would learn nothing from the repeated cycles of life events and cycles of time. 
*** Tomorrow is my first Anaesthesiology rotation in my fifth year. I dont want to be an al-a…

winter ke-5

- bismillah -

Sebenarnya saya tengah cuti, walaupun dalam round forensic. Sbb round tiga hari saja, lepas tu end of round exam, lepas tu hari yang berbaki sebelum masuk next round ialah hari cuti.

Jadi, duduk rumah sajalah. Luar hujan. Sejuk.

Jadi surirumah. Laundry, masak, vacuum. Bergh. #siscuba
Bila hidup jauh dari mak ayah, barulah tahu nak bertanggungjawab dalam hidup. Manusia ni bukan rajin sangat pun, tapi bila dah tanggungjawab, or something yang nak tak nak kena buat, maka kerja tu jadi ringan. Hehs.

So hari ni testing basuh comforter! Kita tengok apa nak jadi.

Itu summer punya comforter. Winter comforter ada bawah katil lagi. Yg tu hantar dobi sebab 8 kg. Guna waktu peak winter saja.

Tahun lepas tak guna pun winter comforter tu, atau bahasa arabnya panggil hirom. Jadi, tahun ni boleh kot testing nak jual?

Sebab tahun lepas guna layers of wool blanket dengan comforter biasa, sbb tidur bawah hirom 8 kg rasa macam patah tulang........

Itulah alkisah musim sejuk. Padahal duduk …

the compressed-heated-carbon love (a short story)

- bismillah - 
Just a short story. Sempena cuti lepas round forensic. 
So, there is a medical student named, Aida. She's in her twenties. (A lady would not tell anyone in the world two things: the real age and body weight.)
Aida is a wall-flower, she was once a legend in her alma mater but when it comes to university life's competition, she simply lose her shine. She didnt take part in college's election, nor volunteer to lead any project or activities. She just wanted to be a good team player, after a good times being a team leader during school years. She wanted to sit down and rest from managing people and their problems. 
And one day, her friends were suprised upon seeing a flashing simple diamond ring, a solitaire-cut they guessed, on one of her fingers. Has she got engaged? Is she getting married soon? They were curious. Very curious. 
At that time, more than half of her friends suddenly became cheerful and smiled whenever they meet her. They greeted her in the morning, a…

Angin winter bawalah kebaikan datang

- bismillah -
Mesti awak tak rasa apa yg saya rasa kan? Kalau boleh saya nak lari jauh daripada bayangan awak, walaupun itu perlukan saya berlari sekuat hati dengan jantung yang berdegup kencang. Bukan sebab awak jahat, tapi sebab awak baik sangat. Awak menghidupkan tanah yang merekah, hingga subur hijau tumbuhnya rumput dan bunga liar. Awak sentiasa beri harapan. Awak yang banyak agenda  dalam setiap tindakan dan kata-kata. Awak yang tak pernah muncul depan saya tapi sentiasa ada. Awak yang buat saya sengal-sengal (otot dan minda). Huhuhu. 
Mungkin tamat pengajian nanti, maka tamatlah hubungan kita yang tak pernah wujud ini.  #kenyataan 
Awak= angin kencang time ubah musim
P/s dan sesiapa saja yg nak terasa pun boleh. 
#winterblues #angin

I touched a heart!

- bismillah -
(The aorta. And the lungs too.)
For the sakes of learning. Mainly of curiousity. 
Not for fun, or else i'll be very guilty. 
I pray for Allah's mercy on their souls. 
Currently i am in the forensic rotation. 
The rest is history. 
#keepsecret Jaga rahsia pesakit.  Jaga rahsia manusia lain.  Hidup atau mati.  Doakan Allah rahmati. 
Markaz Tibb Syar'i Irbid (Kompleks Rumah Mayat)

Reflections on Forensic 5th year rotation

- bismillah -
Repair your relationship with Allah, He will repair everything. 
Hati dan jiwa ni perlu sentiasa alert dan peka, bahawa Allah itu Tuhan kita. Sentiasa ada, involve dlm segala aktiviti kita. 
How to achieve this constant rememberance? With zikrillah. 
Zikir dgn lafaz.  Zikir dgn ingatan.  He is watching, hearing, knowing. 
Dlm bahasa arab, zikr Allah itu pun bermaksud 'ingat kepada Allah'. 
Dlm bas, gantung dekat pokok, ada saja tulisan 'la tansa zikrullah' yg bermaksud, jangan lupa zikrullah, jangan lupa ingat Allah. 
Itulah suasana sini yang sentiasa mengetuk iman. Alhamdulillah. Moga farhana tak sedih2, tak ingat dunia lebih dari akhirat, tak ingat kepada manusia lebih daripada Tuhan. Amiin. 
Well, today is my first day for forensic rotation. Dua autopsi sempat tgk hari ini. Segalanya hanya aku adu pada Tuhan. 
Bila baca slide, apa yg jadi dekat badan kita bila kita mati, sayu dan sebak sbb tahu kita takkan terlepas daripada perkara fitrah itu. Physiology selepas …

Along, acik rindu.

- bismillah -
Along, acik rindu.  Rindu pada masa yang kita luangkan, Nasihat yang mengetuk iman tapi penuh sinar harapan, Perhatian dan kesabaran waktu acik perlukan. 
Along, acik belajar untuk melihat kekuranganmu sebagai ruang untuk mendidik ukhwah ini.  Apatah lagi segala kelebihanmu.  Semuanya mengajarku bahawa, kasih Allah itu sangat dalam dan meluas, diterjemahkan melalui manusia. 
Along, Acik rindu lontong.  Rindu untuk pulang ke kampung,  Pada pagi hari raya di sini.  Along tak kecik hati walaupun acik pakai tak labuh. Acik risau along tak boleh terima dengan pakaian itu sebenarnya. Hehe.  Terima kasih menerima seadanya. 
Along tunjukkan jalan keluar kepada masalah acik. Saat itu acik masih buntu.  Saat orang lain mendesak, along memberi ruang.  Along kata tak apa kalau tak bersedia lagi.  Kalau betul ikhlas mahu, mereka akan menunggu.  Kalau sekadar mengisi tempat kosong dalam hati,  Mereka sudah ada pengganti. 
Masa itu dunia sangat lapang dan mententeramkan.  Hingga sampai masa acik diuji deng…

senja irbid

- bismillah -
Alhamdulillah.  Kelas 9 pagi hingga 12.30 tgh hari. Keluar sejam awal dan pulang sejam lewat. Lebih kurang. 
Makan tengah hari. Solat zuhur. Study. Tidur.  4 lebih. Bangun. Solat asar. Masak untuk makan malam serumah.  6 pm. Keluar rumah sebelum maghrib (6.15pm). 
Saya rasa saya tengah emosi tak stabil. Sambil masak pun sedih. Hampir nak menangis. Dalam kelas okay, tapi perjalanan pergi dan balik mula rasa tak happy. Stress kah saya? Oh ya, exam lagi dua hari. Huhu. 
So, menapak la saya ke masjid untuk solat maghrib. Ada urusan di tempat lain, singgah ke masjid. Jika sengaja mahu ke masjid, elok lagi solat di rumah. Terpulang pada situasi masing2.
Berjalan. Rasa hanya kuasa Tuhan yang menggerakkan langkah. Saya sungguh rasa kosong di tiup angin. 
Saya jalan hanya tunduk bawah. Bukan alim atau warak, tapi sungguh tak ada semangat. Entah kenapa hati ini rasa kosong dan memberontak untuk diisi. 
Ada dua orang akhowat jalan depan saya. Mereka juga sedang berjalan ke masjid. Saya tidak…

Allahuakbar

- bismillah -
Allahu akbar.  Imam mengangkat takbir dalam solat berjemaah. 
Allah maha besar.  Lebih besar daripada segala-galanya. Tumpuan dan fokus kita pada Allah sepatutnya melebihi segala kekusutan masalah yang ada dalam minda, hati, perasaan mahupun penyakit yang hinggap dalam tubuh badan. 
Rasa bertuhan, rasa perlukan Tuhan, rasa hanya mahu fikir pasal Allah, sepatutnya menghuni fikiran saat kalimah 'Allahu akbar' diungkapkan. 
Allah lebih besar daripada orang yang singgah dalam hati.  Allah lebih besar daripada fikir bila nak lega penyakit yang ditimpa.  Allah lebih besar daripada exam dan materialnya. 
Walau sebagaimana besar dan penting dan signifikan sesuatu perkara itu,  Allah yang patut occupy the most of our living. 
Apabila ada sesuatu yang menghuni fikiran, hingga menganggu fokus dan tumpuan, cepat cepat istighfar dan ingat Tuhan. Zikir. Tak mudah, tak teringat, jadi buatlah bila teringat. Kerana saat hati rasa terjentik dengan ketenangan ketika berzikir, akan membuatkan …

allergic bronchitis

- bismillah -

sudah hampir 3 minggu saya batuk2. demam datang dan pergi. demam pun tak kuat sangat. diagnosis??

err. doktor cakap ni allergic bronchitis. (bronchitis - batuk2 berkahak)
cumanya, bukan sebab bacteria atau virus, tapi reaksi dari badan sendiri yang menghasilkan kahak dan demam2. sebab saya memang ada allergy, history of sinusitis and dah tentu allergc rhinits. dulu resdung, bersin2...sekarang dan melarat, resdung + batuk2 bila makan/terdedah pada benda gatal2/allergen.

kalau masih tak lega, boleh berlanjutan jadi asthma. nauzubillah.

doktor bagi inhaler. walaupun saya cakap saya tak pernah sesak nafas.

bila malam tidur tak berselimut, pagi esok akan bangun dengan batuk dan selsema. zaman sekolah, seronok sebab sakit so tak payah pergi sekolah. zaman universiti ini, tak seronok sebab sakit dan tak boleh fokus dalam kelas! kelas tetap tak boleh ponteng, rugi dan susah nak cover nanti.

samalah macam kerja nanti. walaupun diri sakit, kena pergi kerja juga (selagi tak membah…

Berita mereka

- bismillah -
"Tahniah atas perkahwinan kalian berdua. Saya doakan saya bahagia."
Inilah doa paling ikhlas untuk orang yang ada sangkut dengan salah sorang pasangan tu. Haha. Serius. Doa supaya xda hasad dengki dan adik beradiknya. Nak doa org lain bahagia, nanti bertambah hitam pula hatinya dimamah cemburu. Doakan hati sendiri bahagia, bahagia dengan iman laa..so bila ada iman yang membahagiakan, pasangan tu bahagia kita pun bahagia. Pasangan tu cerai berai kita pun susah hati. Begitulah. 
Konon2 persediaan untuk mendengar berita daripada orang sekeliling. U know, bila dah masuk umur ni, surprise of iman is anytimeeee.... Iman yang tak tahan kejutan tu akan collapsed...zzz.

Balik lewat

- bismillah -
Ada hikmah di sebalik semua ini.  Saya sudah dilatih sejak kecil untuk menanti.  By time, akan terpujuk sendiri. "Nanti kalau kereta cikgu semua dah balik baru mula nangis." Siapa sangka, pujukan itu bergema hingga kini. 
Seiring berlalunya masa, penantian akan termanfaat juga.  Masa yang berkat,  Masa yang dalam rahmat.  Hanya masa yang diisi dengan taat.  Taat pada Tuhan. Taat pada ibu ayah. Dalam menunggu, akulah ulat buku.  Tika itu, segalanya aku tahu.  Maka boleh jadi, Barakah ketaatan itu penyuluh hidupku.
Siapa tahu apa akhirnya semua penantian ini? Yang pasti, untuk yang sabar dan cekal, yang dicinta dan dikasihi akan muncul juga.  Persis anak kecil yang menunggu ayahnya menjemput pulang dari sekolah.  Dalam tangis, dalam rajuk, ada kasih sayang dan didikan yang tidak terungkap. 
Pasti, Yang Dikasihi itu Tuhanku, yang aku sedang menanti untuk bertemu dengan-Nya.  Mungkin, dalam penantian ini, yang bakal dikasihi juga akan muncul. 
Cukuplah, doaku moga penantian ini akhirnya…

hanya Tuhan mampu sayang kita

- bismillah -

hari ni buat pertama kalinya layan perasaan dengar suara cerita. no komen. bagi saya, benda tu lagha.
tapi tulah, lagha tu la yang buat orang layan.

tak nafikan, macam kena je perasaan dan kisah 'dia' 'aku' bagai tu dengan hidup sendiri. hurmm. tipikal kot hidup saya.

dan terpandang hadis di pintu almari yang sudah 2-3 tahun di situ.

"may Allah show mercy on man who wakes up at night and prays and wakes up his wife, and if she refuses he splashes water on her, and may Allah show mercy to woman who wakes up at night and prays, and wakes up her husband, and if he refuses she splashes water on him."

hanya Tuhan mampu sayang kita,
bila manusia yang sayang kita benci/marah kita.

yelah, air dan tidur ialah musuh ketat sejak zaman kanak2 lagi, apatah lagi orang dewasa. tapi demi sunnah qiyamullail itu, pasangan yang taat tu bersungguh2 kejutkan pasangannya.

walaupun pasangan dia mungkin marah, tengking, buat tak hirau, atau apa2 reaksi negatif,
 tapi …

mee goreng tak pedas untuk orang gerd

- bismillah -

Gerd, atau orang selalu cakap gastrik. bila perut masuk angin, berlarutan, sampai perut selalu sakit 'gastrik' bila masuk makanan pedas dan seangkatan. selalu gastrik ni orang cakap masuk angin, gerd pula bila lepas makan rasa seram sejuk dan pedih di bahagian tengah perut dekat tulang rangka tu.

Orang sakit gerd ni, tak boleh makan banyak sekali gus, tak boleh makan pedas, masam, panas...minum pun. tapi bergantung juga, kalau dah boleh tahan, gerd sikit2 tu pejam mata saja...bedal jugak makanan yang terhidang depan mata.

contoh makanan yang sedap di mulut tapi perit di perut,
tom yam, sambal, masak lemak cili api, jus oren, kari... kopi dan teh pun... ikut perut sesetengah orang.

Mee Goreng Bo...


rebus spageti untuk 3-4 orang makan.sebijik bawang besar, 3 ulas bawang putih, sebijik tomato ranum, separuh lada bengala hijau, potong ala kadar dan blend. masuk air sikit je sebab tomato dah berair.tumis atas api kecik dengan minyak tak banyak dan tak sikit sbb nanti …

5th year dah

- bismillah -

Moga Allah terus beri saya kekuatan. Untuk menghabiskan masa yang berbaki dengan iman dan amal.

Saya terbuat satu kesilapan, kata mak, Allah tahu saya tak sengaja. Moga ada hikmah yang mulia di sebalik kesilapan yang buatkan saya rasa kurang mulia. apa-apapun, Allah paling tahu. niat saya, perbuatan saya, semua Allah tahu.

sungguh, saya percaya bahawa Allah tahu dan dengar segala isi hati ini.

moga dikurniakan sabar dan segala kebaikan di dunia dan akhirat.

in shaa Allah lusa exam Ortho!
:) 1/11 rotations

alhamdulillah atas segalanya.
way to go. may Allah ease :)

Berkelah di Songkhla

- bismillah -
Alhamdulillah. Minggu lepas saya dan keluarga ke Songkhla, Thailand. 
Passport saya tak digunakan, saya guna border pass. Pass ni hanya untuk orang yang tinggal di negeri sempadan. Special kan hehe. 
Pergi sana dengan kereta sendiri, alhamdulillah banyak urusan dipermudahkan oleh Allah. Abang drive, pakai gps tanpa internet, jadi waktu telefon pening kami pun pening. Tapi signboard di Thailand ada yg tulis roman, jadi tak susah sangat nak baca signboard. Dan malam sebelum tu saya dah study map, hafal nombor jalan, jadi familiar ja bila lepas satu jalan masuk jalan lain pula. Contoh, jalan nombor 4 ialah jalan utama yang hubungkan dengan pintu sempadan. So tak risau sesat bila masa nak balik dah masuk jalan 4. 
Sepanjang jalan, banyak perkara baru dan berbeza. Gambar raja Thai dipamerkan di tepi jalan dengan bingkai ukiran emas. Bendera2 juga dipacak di setiap divider menjelang traffic light. Bendera nampak baru, saya tak tahu memang ada sepanjang tahun atau baru je letak sem…

bot polisterin

- bismillah -

Sebuah bot polisterin,
yang dipasang enjin (motor kereta dashing kuro),
pasang kipas cucuk lidi sate.
Lepas dalam parit air.

Cerita bot.
Singgah sebab sangkut.
Sampai seru,
Bot pun berlalu.

***
Kita bukan hanyut.
Walau arus tolak belakang.
Tolak ke depan.

Kemudilah.
Belok kiri kanan. Selagi hidup, jalan.

hujan hujan hujan

- bismillah -

Hujan rintik.
Hujan lalu.
Hujan lebat.

Air deras.
Penuh kampung.
Dedaun hanyut.
Sungai melimpah.

Hujan berhenti.
Datang kembali.

Kucing sembunyi.
Ketiduran seharian.
Burung sembunyi.
Kelaparan seharian.
Biasalah, hujan.

Ikan sembunyi.
Tiada kocakan.
Tiada perubahan.
Pemalu, macam tuan.

Aku tanam pokok terung.
Pasu di tengah hujan.
Mungkin kerugian.

Aku buat kerja lagi untung,
Aku cuci lantai porch depan.
Air percuma bertempayan!

Penyapu merah.
Kasut pijak tanah.
Pijak lantai.

Azan zohor.
Kepenatan.
Ketiduran.
Biasalah, hari ujan.

- Kampung Nisam, 16 September 2015. Hujan tak berhenti sejak subuh! Allahumma soyyiban naafi3a.

bagai ikan terkeluar dari air (a fish out of water)

- bismillah -

si A nak skrip kehidupan si B, si B rasa nak skrip kehidupan C, dan begitulah kitaran manusia yang tak pause dan ponder, hidup ini sudah terbaik skripnya buat masing2.

lepas bayi, jadi kanak2, jadi dewasa, kemudian tua. tangga dan stage kehidupan yang harus ditempuh dengan skrip sendiri, kerana hidup ini unik, tak sama dengan orang lain. nasib (fate) kita tak sama.
ada orang lepas sekolah, kerja. lepas kerja, kahwin. lepas kahwin dapat anak.
ada orang lain pula lenggok perjalanan hidupnya.

kadang, kita kena rasa, hidup ini sepenuhnya berjalan atas perancangan Tuhan, bukan kuasa pilihan kita semata2, apatah lagi manusia lain yang membuat penentuan.

tiada istilah hidup ini perlu ikut sekian2 skrip.

hidayah dan taufik, membuahkan amal soleh. kalau perkahwinan itu amal soleh, hidayah nya datang dalam bentuk kesediaan kita dan taufiknya datang dalam bentuk persediaan kita.
dan banyak lagi hidayah dan taufik yang Allah boleh hadirkan.

fuh.

sepanjang perjalanan menuju garis pe…

Kenapa tudung mahal?

- bismillah -
Kenapa tudung/pakaian yang menutup aurat tu dijual mahal? 
Apa tujuan butik dibuka?
Kenapa makin hangat dan galak mengajak muslimah jadi musalmah (artis?)..huhu
Makin hari, muslimah ditarik tarik menjadi mangsa fesyen. Dikejar kejar menjadi buruan. 
Dalam kata lain, kalau kau diam berdiri setempat, kau dikatakan ketinggalan. Atau kolot. Hehs. 
Sungguh, tepuk dada tanya kenapa pakai tudung? Kenapa jual tudung?
Nak capai niat paling tulus sempurna itu tidak mungkin senang. Tapi janganlah kian hari kita kian longgar pegangan hingga lari dari niat asal. 
Nak mengajak orang rasa supaya fesyen islamik itu tidak bersifat dan beragenda konsumerisme. Itulah perniagaan terbaik. Berlari ke akhirat. Bukan semakin menyeret muslimah hinggap melekat di dunia. Attached.

Tengala bendang

- bismillah -
Balik dari ambik mak balik kerja, ada traktor depan umah! Dok tengala bendang. Excited sebab dah lama tak nampak. Balik rumah pun sekejap2 saja. 
Tiba2 rasa sayu. Mungkin ini kali terakhir? Nak balik pulak entah bila, kalau balik pun sekejap saja..huhu. 
Orang sekeliling mungkin sudah sebati, tapi buat saya yang beberapa tahun sekali baru jumpa proses bajak / tenggala sawah padi ni, sangatlah teruja. Waktu ni, bunyi traktor teran2 haha. tadi tengok ada burung-burung terbang ikut belakang traktor. Tanah sawah yang tinggal tunggul padi kini dah jadi lembik berlumpur. Selut. Kemudian lepas dua-tiga hari mak kata akan naiklah bau legend, nostalgia anak desa, bau selut bendang!
Dunia! Tak habis2 meruntun membuatku teruja. 
Dalam beberapa tahun akan datang, tanah sawah depan umah saya akan didirikan taman perumahan. Cuma sekarang tuan tanah masih tanam padi. Sedih kan bila suatu hari nanti balik kampung dan hanya nampak pemandangan belakang rumah orang? :(
I am secretly wishing yang…