Saturday, November 1, 2014

Tidur Lebih Baik........sungguh

- bismillah -

Dikisahkan, ada satu majlis keraian atau apa yang saya faham, pesta. Tapi (betulkan kalau salah) Nabi kita tertidur lalu Allah memelihara baginda daripada pergi ke situ. 

Dan jika direfleksi, sebagai penyokong, kita banyak menjerit ketika di pesta/party/konsert dll. Aduh, andai nyawa diambil saat itu bagaimana? Saat melayangkan slogan dan sepanduk 'gila-gila'...kau mahu mati dalam keadaan itu?

Dan apabila masuk waktu solat, utamakanlah. Sebab itu solat itu diistilahkan sebagai 'didirikan' dan agama  'ditegakkan'. Bermakna, ia tidak sedia berdiri @ sentiasa perlu ada yg mendirikan. 

Dan sungguh, dosa itu ada dosa masa lalu dan dosa masa hadapan. 
Solat itu menjadi benteng, kepada dosanya kita berada di majlis sebegitu. 
Jeritan, mentertawakan kesalahan, lagha. 

Ah, lagha itu membawa kepada dosa!

Belum lagi masuk bab ikhtilat dan perihal menjaga pandangan. 

Allah, banyaknya salah langkah kita!

Biarpun dia kita lihat berpengalaman, dia kita lihat berjaya dalam hidupnya, jangan turuti langkah dan katanya jika membawa kepada dosa! Biarkan kau terlepas nikmat dunia kerana tidak mengikut jejak mereka. Sungguh, tiada apa yang rugi!

No comments:

Post a Comment

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...