Saturday, November 22, 2014

Rindu perlu diurus

- bismillah -

Perasaan perlu diurus. Entah apa jadi, tiba-tiba rindu mak ayah. Homesick agaknya perasaan ni. Rasa nak cakap dengan mereka setiap masa, rasa nak peluk sekarang, tak sabar cari tarikh cuti semester. 

Oh, cuti semesterku 7 bulan akan datang!

Dan makin berat rasa bila ada orang boleh balik dalam masa terdekat. Baik sebab kos pengajian mereka ada cuti mahupun mereka cuti sendiri. Huhuhu. Boleh bayang tak perasaan orang yang nak balik tak boleh tapi orang sekeliling ada peluang cuti panjang tapi tak hendak balik....huhuhu

Jujurnya, saya dah tawar hati untuk pergi bercuti melancong. Zaman awal2 pengajian dulu setiap kali cuti minta nak jalan2. Tapi sekarang saya tak kisah kalau nak balik malaysia ziarah mak ayah setiap kali cuti pun. 

Menangis. 

Sebab i read a lot, catatan ibu ayah yang sibuk hingga tak sedar anak dah besar, juga catatan anak2 yang sibuk hingga tak sedar ibu ayah sedang dan sudah meniti hari2 tua. 

Masa lepas spm dulu nak datang luar negara tak fikir macam ni. Huhuhu. 

No, saya tak menyesal. Tapi saya akan ambil setiap peluang yang ada. 

Dan sekarang saya belajar mengurus perasaan ini. 

Sayang. Rindu. Kasih. 

Doa. 

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...