Sunday, November 16, 2014

Pain and cure

- bismillah -

Orang hebat, ujiannya hebat. 
So, tak nak jadi hebatlah...nanti banyak kena uji. JANGAN fikir begitu. 

Tapi percayalah, banyak atau beratnya satu-satu ujian, bukan dinilai dari mata orang luar. :) diri yang merasa lebih tahu adakah ujiannya berat atau ringan. 

Orang hebat, ujiannya hebat. 
Orang lemah, ujiannya tak seberapa. 

TAPI, pernah tanya mereka bagaimana perasaan mereka selepas diuji?

Orang hebat, akan melalui ujiannya dengan tenang dan mendapat petunjuk jalan keluar dari kesusahan yang dihadapinya. Dia mendapat ketenangan berdepan ujian. Biarpun tidak mendapat tempat di sisi manusia, dia diangkat tinggi tempatnya di pandangan penduduk langit, kerana hatinya tidak putus bertasbih dan berdoa kepada Tuhannya. 

Sementara orang lemah pula, sudahlah ujiannya sikit dan tak seberapa, dia pula banyak mengeluh! Banyak berduka banyak menangis. Aduh kasihan. 

Jadi, jangan takut diuji. Tapi takutlah menjadi lemah ketika diuji. Takutlah hati yang tidak lapang dan tidak tenang. 

Kerana Allah kan maha Adil. Jangan mengeluh kalau tak ada manusia kesian pada kita, biarlah mereka pentingkan diri sendiri. Tenanglah dalam hidup kita sendiri. Allah kan ada. Quran kan ada. 

Kalau Allah nak hina mereka, sekelip mata saja boleh. 

Ada orang live a perfect and painless life. 
Ada orang solehah di mata sekeliling. 
Biarlah. Jaga hati jangan dengki. 

Tenang dalam imperfection, painful life ini. Tenanglah menjadi orang yg tak solehah sangat, terkeluar sifat true colour nya. 
Semua tu Allah izin. Selagi hati straight mahu menjaga, okay ja. 

Jangan katakan bahawa orang yang memperolehi semua dikehendaki itu paling disayangi Allah. 
Hanya Allah tahu.

Kita kena positif, minta doa moga Allah sayang kita, so that every pain and cure are from Him for us to love Him even more. 

Alhamdulillah. 
Keep calm and run to Allah's  guidance. :)

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...