Wednesday, November 26, 2014

Jangan malu menjadi orang yang ada ilmu

- bismillah -

Pukul 1 pagi, dari bumi irbid, jordan.  
26 Nov 2014

Hujan renyai-renyai di luar. Bunyi hujan menimpa zink dan bunyi air ditindih setiap kali kereta lalu lalang. Bilikku punyai balkoni, aku paling awal mengetahui keadaan di luar berbanding dari ruang lain di rumah ini. 

Ironinya hidup, kita membuat persediaan untuk terus hidup. Realiti itu ada, tapi kita menjadikan kematian sebagai fantasi pula. Terus-menerus membina legasi untuk hari esok, hingga lupa bahawa kematian mungkin sahaja tibanya sebelum esok. 

Untuk setiap saat, bersyukurlah. 

Tarbiah
Melihat diri sendiri, keluarga, dan sekeliling. Apa yang Allah izinkan selama bertahun-tahun ini adalah terbaik untuk kita. Kalau kita tak ada tarbiah di sekolah, boleh saja Allah menghalakan langkah kita untuk menerima tarbiah selepas bekerja. Bahkan, tarbiah di tempat kerja adalah lebih lekat berbanding tarbiah di sekolah dulu!

Harta
Satu masa dulu, generasi yang membanting padi itu kaya. Punyai jelapang itu kaya. Setelah zaman berubah, generasi yang bangga dengan padi itu dicemuh dihina. 

Anehnya dunia, sedangkan kitalah paling kaya jika memiliki jati diri dan ilmu. Tidak akan mampu dihina. 

"Kamu patut tahu dan bangga, dalam banyak2 orang dalam dunia, hanya kamu yang tahu menanam padi, menoreh getah, menjala ikan, mendulang emas dan lain2...." Dr Alinor once beliau datang mafraq dulu. 

Apabila aku selingkari lipatan sejarah, ah, akulah generasi yang rugi itu kerana ilmu menoreh, menamam padi, membela lembu kambing itu terhenti di generasiku!

Aku hanya mendengar cerita, menanam padi begitu begini, membela lembu pula begitu begini...

"Ah, anak ibu mahu belajar ke luar negara, buat apa disuruhnya menjadi petani/penoreh/nelayan!" - ini dialog rekaan. Tapi sungguh sebenarnya ada. 

Pandanglah dari sudut baru. Belajar ilmu warisan. Nak kerja tinggi tak ada masalah, selagi tidak memandang rendah ilmu lain. 
Tak salah menguasai ilmu, biarpun tidak bekerja dalam bidang itu. 
Ada professor yang mengkaji bidang tanam padi. Dan dia tak pernah berjaya tanam padi......

Maafkan aku anak watan, aku gagal mewariskan 'harta warisan' itu......

P/s ada org cakap saya isma sbb suka cakap pasal anak bangsa. Hihi. 

No comments:

Post a Comment

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...