Saturday, November 15, 2014

Allergi ubat, fardu kifayah, ambil medik

- bismillah -

Apabila saya belajar subjek pharmacology (ubat-ubatan) di tahun 2 sekolah perubatan, baru saya tahu bahawa ubat juga boleh menyebabkan tindakbalas sampingan, atau apa yg kita sinonim panggil allergy. Sebenarnya lebih daripada allergy, ubat yang kita makan boleh beri kesan sampingan. Tapi, selagi mengikut dos dan keperluan, beserta doa dan yakin pada Tuhan, tak menjadi masalah pun makan ubat malah akan menyelesaikan masalah kesihatan yang ada. Melalui subjek pharma juga saya tahu batuk kering yang mak alami ialah kesan sampingan dari her antihypertensive drug, saya minta mak beritahu doktor lalu doktor pun menukar jenis ubatnya. Batuk pun hilang. Saya yakin, ramai yang tak pernah terfikir pun utk mengadu pada doktor bahawa batuk ialah kesan sampingan ubat darah tinggi; kerana tak tahu dan tak sangka. Jujurnya, saya tak tahu sbelum diajar oleh doktor. 


Ada juga sahabat yang gatal2 dan naik merah2 setelah makan antibiotik. Cepat2 dia merujuk semua kenalan dan saudara maranya, hingga ke malaysia. Alhamdulillah, stigma takut doktor jika kita hendak mengadu dibuang jauh2. Biar berulang kali kami ke hospital, berdepan dengan sistem pendaftaran yang tidak ada sistem, huhu, namun berkat usahanya maka sahabat saya sembuh sepenuhnya. 


Take home message:

1) jangan salahkan ubat, kerana sifat kimia ubat tidak berubah tapi kita yang berbeza2 antara manusia. 

2) ilmu perubatan itu fardu kifayah, Allah kata kena ada yang tahu dalam kalangan masyarakat sesuatu ilmu2 bidang major, bukan utk kebaikan sendiri saja tapi supaya seluruh komuniti juga terdidik dan tahu ilmu itu. Berusahalah utk mengejar ilmu fardu kifayah juga, jangan hanya cakap, "ah, orang ambik medik ni kejar dunia je!"

3) doktor saya pesan, sebaiknya doktor beritahu kesan sampingan yang akan dialami oleh pesakit lepas beri preskripsi ubatan tertentu. "Kamu kalau perlu buka pamplet ubat dan baca, jangan malu. Itu lebih baik daripada tak beri warning apa2 langsung." Katanya. 

Dan saya akui, prosedur memang akan tanya berulang kali jika ada allergi apa2 pada ubatan. Tapi, saya sendiri tiada jawapan jika ditanya saya ada allergi pada ubat ke tak? Sbb saya tak tahu! Dan agak ajaib kalau doktor expect kita pesakit tahu sendiri...

4) ubat akar kayu vs ubat sintetik makmal. Kedua2 berkesan. Kedua2nya perlu ilmu utk makan dan amal. Cuma satu ada sudah tertulis kajian dan kesannya, satu lagi tidak ada kajian bertulis. Itu kelemahan kita. 

5) RAJINKAN BACA PAMPLET UBAT KALAU ADA.   Tak semua doktor akan beritahu kita. 


Again, knowledge tu penting. Kalau tak, boleh saja kita teraniaya dengan apa yang kita tak tahu. Satu keluarga biar banyak bidang ilmu, tinggi rendah tal payah kisah, janji berguna. Jangan hanya fikir belajar utk kerja dan makan gaji. Itu mentaliti ibu bapa membesarkan anak. Doakan dan didik keluarga menjadi orang yang faqih dan menguasai sesuatu bidang ilmu, utk menjadi agen masyarakat. 


Allah, kurniakan kami ilmu yang bermanfaat. 

1 comment:

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...