Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Living the best of your life

- bismillah -
Assalamualaikum. :)
It's winter here now in irbid. Alhamdulillah. House is cold, we got no heater, just water heater. What a very immature attitude of being afraid of high-cost electiricity usage. Hehs. Just wait till we got into families, house will just have to be warm. Kaitan?
How to live our life to the fullest?
We have always been in a low mood, for some reasons as days pass by. How can we achieve the feeling of satisfaction and 'fullness' everyday?
Simply let us imagine these: "A child who dreamt of a toy car, will forget his dream once he got into an adult life, where he will eye for a ferrari instead at that time.  A girl who has always wanted a barbie house, would smile widely once she becomes a lady who stands in front of her dream house."
Simply, we fill our life with 'wants' and 'needs'. Life will always become dull and uninteresting whenever 1) we have nothing to achieve, and 2) we cant get what we want
So the first step to lead …

Jangan malu menjadi orang yang ada ilmu

- bismillah -
Pukul 1 pagi, dari bumi irbid, jordan.   26 Nov 2014
Hujan renyai-renyai di luar. Bunyi hujan menimpa zink dan bunyi air ditindih setiap kali kereta lalu lalang. Bilikku punyai balkoni, aku paling awal mengetahui keadaan di luar berbanding dari ruang lain di rumah ini. 
Ironinya hidup, kita membuat persediaan untuk terus hidup. Realiti itu ada, tapi kita menjadikan kematian sebagai fantasi pula. Terus-menerus membina legasi untuk hari esok, hingga lupa bahawa kematian mungkin sahaja tibanya sebelum esok. 
Untuk setiap saat, bersyukurlah. 
Tarbiah Melihat diri sendiri, keluarga, dan sekeliling. Apa yang Allah izinkan selama bertahun-tahun ini adalah terbaik untuk kita. Kalau kita tak ada tarbiah di sekolah, boleh saja Allah menghalakan langkah kita untuk menerima tarbiah selepas bekerja. Bahkan, tarbiah di tempat kerja adalah lebih lekat berbanding tarbiah di sekolah dulu!
Harta Satu masa dulu, generasi yang membanting padi itu kaya. Punyai jelapang itu kaya. Setelah zaman berubah…

Rindu perlu diurus

- bismillah -
Perasaan perlu diurus. Entah apa jadi, tiba-tiba rindu mak ayah. Homesick agaknya perasaan ni. Rasa nak cakap dengan mereka setiap masa, rasa nak peluk sekarang, tak sabar cari tarikh cuti semester. 
Oh, cuti semesterku 7 bulan akan datang!
Dan makin berat rasa bila ada orang boleh balik dalam masa terdekat. Baik sebab kos pengajian mereka ada cuti mahupun mereka cuti sendiri. Huhuhu. Boleh bayang tak perasaan orang yang nak balik tak boleh tapi orang sekeliling ada peluang cuti panjang tapi tak hendak balik....huhuhu
Jujurnya, saya dah tawar hati untuk pergi bercuti melancong. Zaman awal2 pengajian dulu setiap kali cuti minta nak jalan2. Tapi sekarang saya tak kisah kalau nak balik malaysia ziarah mak ayah setiap kali cuti pun. 
Menangis. 
Sebab i read a lot, catatan ibu ayah yang sibuk hingga tak sedar anak dah besar, juga catatan anak2 yang sibuk hingga tak sedar ibu ayah sedang dan sudah meniti hari2 tua. 
Masa lepas spm dulu nak datang luar negara tak fikir macam ni. Huhuh…

Pain and cure

- bismillah -
Orang hebat, ujiannya hebat.  So, tak nak jadi hebatlah...nanti banyak kena uji. JANGAN fikir begitu. 
Tapi percayalah, banyak atau beratnya satu-satu ujian, bukan dinilai dari mata orang luar. :) diri yang merasa lebih tahu adakah ujiannya berat atau ringan. 
Orang hebat, ujiannya hebat.  Orang lemah, ujiannya tak seberapa. 
TAPI, pernah tanya mereka bagaimana perasaan mereka selepas diuji?
Orang hebat, akan melalui ujiannya dengan tenang dan mendapat petunjuk jalan keluar dari kesusahan yang dihadapinya. Dia mendapat ketenangan berdepan ujian. Biarpun tidak mendapat tempat di sisi manusia, dia diangkat tinggi tempatnya di pandangan penduduk langit, kerana hatinya tidak putus bertasbih dan berdoa kepada Tuhannya. 
Sementara orang lemah pula, sudahlah ujiannya sikit dan tak seberapa, dia pula banyak mengeluh! Banyak berduka banyak menangis. Aduh kasihan. 
Jadi, jangan takut diuji. Tapi takutlah menjadi lemah ketika diuji. Takutlah hati yang tidak lapang dan tidak tenang. 
Kerana A…

Langkah baru

- bismillah -
Hakikat bahagia. 
Tak terlambat untuk aku bermula Selepas semua selindung cerita Kini masanya untukku membuka mata Bahawa bahagia itu nantinya ada Cuma aku yang pejam melihatnya. 
Aku lebih sebenarnya selesa  Tika ruang hati ini ditutup serapatnya Hingga Tiada yang berupaya membuka Sehinggalah Tuhan membenarkannya. 
Kunjungan mithali yang menjadi inspirasi, Kubersama mereka menjamah hidangan refleksi.  Suapan dan tegukan udara perjuangan Berulam harapan dan motivasi Untuk aku terus bertahan Bahawa Beratnya peranan, besarnya pengorbanan. 
Bismillah atas langkah ini Sungguh aku getar, rasa sangsi Aku rindu saat hati sejuknya bagai besi Saat lapang tidak mencemburui. 
Atas langkah ini,  Ku lepaskan biar berlayar mengikut alir Biarkan semua kemungkinan hadir Pasti terpadam dengan ketentuan takdir. 
Sudah setahun rupanya aku keluar Entah kini aku sudah pulang, Atau  aku sedang berhijrah lagi Entah aku masih sama Atau  aku sudah berubah diri
Tapi hanya satu. 
Ku tinggalkan secebis bahagia di tempat lama Kini aku…

Allergi ubat, fardu kifayah, ambil medik

- bismillah -
Apabila saya belajar subjek pharmacology (ubat-ubatan) di tahun 2 sekolah perubatan, baru saya tahu bahawa ubat juga boleh menyebabkan tindakbalas sampingan, atau apa yg kita sinonim panggil allergy. Sebenarnya lebih daripada allergy, ubat yang kita makan boleh beri kesan sampingan. Tapi, selagi mengikut dos dan keperluan, beserta doa dan yakin pada Tuhan, tak menjadi masalah pun makan ubat malah akan menyelesaikan masalah kesihatan yang ada. Melalui subjek pharma juga saya tahu batuk kering yang mak alami ialah kesan sampingan dari her antihypertensive drug, saya minta mak beritahu doktor lalu doktor pun menukar jenis ubatnya. Batuk pun hilang. Saya yakin, ramai yang tak pernah terfikir pun utk mengadu pada doktor bahawa batuk ialah kesan sampingan ubat darah tinggi; kerana tak tahu dan tak sangka. Jujurnya, saya tak tahu sbelum diajar oleh doktor. 
Ada juga sahabat yang gatal2 dan naik merah2 setelah makan antibiotik. Cepat2 dia merujuk semua kenalan dan saudara maranya,…

Tidur Lebih Baik........sungguh

- bismillah -
Dikisahkan, ada satu majlis keraian atau apa yang saya faham, pesta. Tapi (betulkan kalau salah) Nabi kita tertidur lalu Allah memelihara baginda daripada pergi ke situ. 
Dan jika direfleksi, sebagai penyokong, kita banyak menjerit ketika di pesta/party/konsert dll. Aduh, andai nyawa diambil saat itu bagaimana? Saat melayangkan slogan dan sepanduk 'gila-gila'...kau mahu mati dalam keadaan itu?
Dan apabila masuk waktu solat, utamakanlah. Sebab itu solat itu diistilahkan sebagai 'didirikan' dan agama  'ditegakkan'. Bermakna, ia tidak sedia berdiri @ sentiasa perlu ada yg mendirikan. 
Dan sungguh, dosa itu ada dosa masa lalu dan dosa masa hadapan.  Solat itu menjadi benteng, kepada dosanya kita berada di majlis sebegitu.  Jeritan, mentertawakan kesalahan, lagha. 
Ah, lagha itu membawa kepada dosa!
Belum lagi masuk bab ikhtilat dan perihal menjaga pandangan. 
Allah, banyaknya salah langkah kita!
Biarpun dia kita lihat berpengalaman, dia kita lihat berjaya dalam…

manis

- bismillah -

"farhana kalau orang tanya pasal tu mesti sengih2..."

luls. tak sangka jadi drama.

hidup ini berubah selepas kehadirannya. biarlah apa persepsi pun, asalkan kerja lebih mudah berjalan, hati lebih lapang, jiwa makin tenang. tipu lah, jiwa masih macam dulu.

ada lah tu. kekurangan hari ini akan terus menjadi kekurangan hinggalah kita berubah!

siapa berusaha, dia berjaya! siapa minta dari Allah, itulah sebenar-benar tempat meminta. ingat tu farhana. :)