Wednesday, October 1, 2014

Hari ke 4 clinical

- bismillah -

Alhamdulillah. Hari ke-9 tahun 4, bersamaan hari ke-4 baru masuk hospital pusing2 ward. 

Best ke? Pakai kot putih, name tag dan stetoskop.... (letak dlm poket je, tak berani lagi gantung atas leher, jatuh tak pasal). 
Hehe. 

Sebenarnya dah tulis hari tu, tapi internet down and the draft tak sempat save. 

Hari pertama, gerak dalam group lompat2. Basically tak tahu nak buat apa bila kena self learning. 

Hari kedua best, doktor consultant bawa round ward ramai2, dia terang by bedside teaching. Dia bawa masuk conference room lukis2 ecg sikit, then bawa naik ke ward jantung khas from ward internal medicine biasa. 

Hari ketiga, doktor perempuan MO. Very strict and fast. 

Hari ni, hari ke-4, doktor resident juga tapi sangatlah awesome. 
Waktu discussion dia nak semua orang buat bulatan yang nampak muka semua orang satu group. And setiap sorang kena soal. Hehe tu yang best. Bosan asyik dengar groupmates je bercakap. Dan paling best, doktor suruh semua buat auscultation dekat sorang patient ni, a simple one just to hear visible breathing sound from a back of a patient. 

Kononnya, saya tak nak jadi macam nerdy yang lain yang letak stet atas bahu macam doktor betul dah. 

Jadi bila doktor tadi suruh buat auscultation immedietely......semua orang dalam group, ingatkan volunteer je. Maka. 
Gelabah la cari stetoskop dalam bag galas. Double gelabah fikir nak pakai macam mana dalam tudung ni. Haihla haihla muka maintain cool, akhirnya berjaya. Tu pun blur dengar apa ntah belakang patient tu? (errr sebab rasa macam diaphragm tu lupa buka/tutup dia...-.-)

Ok itulah kisah kali pertama guna stetoskop dengan patient. 😪

Dan hari ni ambik history sendiri2 tanpa bantuan kawan arab. Macam terer kan?
Tapi, begini kisahnya...

"Awak pergilah ambil history sendiri. Hari ni awak patut dah master..." Maka aku dan kawan melayuku pun berhenti membontoti. 

In shaa Allah saya takkan tulis pasal patient saya. 

Tapi yang paling best, di luar pintu ward ada sanitiser. Eh. Ada notis kaca yang bertulis doa untuk pesakit. At almost  every room's entrance! Tak nak baca lagi tak tahu la...

اسالك الله العظيم ان يشفيك
Bermaksud, aku memohon pada Allah yang maha Agung supaya menyembuhkan kamu...

Indah kan biah / surrounding yang sentiasa rasa Allah itu dekat?
Allah tu tuhan aku dan tuhan kamu...:')

Esok hari ke-5. Doakan Allah sentiasa bantu, beri rahmat dan petunjuk. Amiin. 

Alhamdulillah alaa kulli hal. 

2 comments:

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...