Friday, September 12, 2014

sambutan pelajar baru dan perkaderan

- bismillah -

Alhamdulillah. 

Saya niatkan pada awal tahun nak kerja spb. 
Pertengahan tahun macam tu, dapat ganti tempat sahabat saya yang balik malaysia. 
Minggu pertama sebelum tarikh official spb, saya kena penyakit herpes zoster. It was very painful in the beginning. Rasa nak balik malaysia. Tapi kalau saya balik, rasa sangat tak bertanggungjawab sebab lepas tu akan humban kerja yang sangat banyak pada pengganti. (Masa saya ganti kawan tu, kerja tak mula lagi.)

Hari demi hari, alhamdulillah berjaya lalui sebagai biro program. 

Ada sahabat cakap saya berani. Ada sahabat cakap saya strict. Ada yang boleh terima saya buat kerja, ada yang tak boleh dan paling teruk berpura-pura terima cara saya buat kerja. 

Cara saya, saya tak suka orang langgar peraturan dan buat-buat tak reti nak faham kehendak spb. Saya yakin budak2 yang ambik 18 kredit hour satu semester takkan la tak faham. Ajaib. 
Tapi tulah, Allah maha berkuasa memberi kefahaman. 

Awal2 lantik mentor, ada yang call kenapa tak dilantik. 
*senyum sumbing*

Oklah, mereka nak minta penjelasan. Tapi very disturbing okay cakap denga orang yang tak leh terima kenyataan dirinya tak terpilih. Bukan sorang, dan saya tak kutuk peribadi tapi mengutuk perbuatan yang menganggu privasi. Dah la aku tengah sakit. Hurmmm. 

Saya juga berpantang dari makan ayam dan daging. Turun 4kg dalam seminggu. 
So, ada hari yang tak jumpa nasi langsung. 
"Makan pun boleh survive, spb apatah lagi." Kata kawan saya. Means that, paham2 lah sendiri. 

Saya faham pasal perkaderan ni. 
Kerja dakwah. Dan berlumba dalam kebajikan. 

Tapi bila ajak qiyam dalam keadaan adik2 tak boleh keluar malam, apakah itu? I cannot brain this! Langgar peraturan yang wajib dan dapat pahala sebab patuhi, utk solat sunat dan kader? 

Tidur rumah adik2. 
Tidur tak ada masalah, tapi kalau membebankan tuan rumah, penatlah.

Paling tak tahan, menipu. 
Saya call tanya betul tak awak mentor yang adik ni kata nak bawa jumpa senior? Tak mengaku oh. Siap call semula cakap tak. 
Act innocent depan saya. Tu tak campur lagi yang masuk sakan unauthorised access. Menipu lah tu. 

Peh. Fiqh tawazun hancur. 

Refleksi untuk saya. 
Saya taknak dosa2 saya menggelapkan hati. Kalau ada masalah akademik, moga bukan sebab dosa dengan manusia banyak.
Kadang masalah yang kita hadapi sebab Allah nak ampunkan dosa. 
Pendek kata, lagi banyak dosa dan sikit taubat, maka banyak la balasan di dunia sebab Allah nak ringankan siksaan di akhirat

Buat yang dah banyak bicara pasal spb dan saya terutamanya, saya bukan nabi untuk maafkan semudahnya. 

Cukuplah dikatakan seorang itu mengumpat apabila dia memperkatakan sesuatu di belakang saudaranya. 

Dan berhenti pandang kesian cakap saya tak ada tarbiah. I dont need that. Itu hanya akan tambah riak dan ujub dalam diri kalian. 'Aku ada usrah, kau tak ada..maka aku tak hairan apa kau cakap.'

Kesian naqibah saya. Anak usrahnya orang cakap tak ada tarbiah. 

Kalau saya salah, moga Allah betulkan langkah saya. 
Kalau saya benar, moga Allah thabatkan jalan saya. 
Saya berlepas diri dari tak menegur tentang perihal berbohong kalian, kerana berbohong itu satu dosa, dan siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan kuasa, lisan dan membenci perbuatan itu. Semua ini untuk iman. 

Laa ilaha illa Allah. 
Muhammad rasulullah. 

2 comments:

  1. nak tanya kader dan perkaderan tu apa?

    ReplyDelete
  2. bongok ingat balik ada orang dok ajak dakwah itu ini tapi dalam cara paksa yang buatkan aku rasa nak lari balik rumah benci habis...sampai tatau buat gena nak lari tatau camna jumpa senior minta tlg halau...sbb benci...haish....jgn laa paksa2...tak dak nya datang ikhlas kalau terpaksa....(pengalaman as budak nak kena paksa kader)....

    ReplyDelete

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...