Monday, August 25, 2014

Relationship is a dynamic matter

- bismillah -

What is seemed to be strong may be fragile inside, 
What is seemed to be confidence may be very anxious inside,
What is seemed to be gentleman may be typical inside. 

It is what we see,
It is what we potray,
That characters do evolve over time.
A person you know now maybe somebody you dont even know a decade later...

Relationship is a dynamic matter 
:) 

irbid - 25.8.14

***
Wrote this on my facebook status update.

And my sis commented the following:
all these 'duniawi'. bahan utk ujian yg disediakan utk ukur kelayakan kemasukan syurga atau neraka. even syurga pun ada a few based on taqwa diri. sometime Allah uji dgn apa yg kita 'tiada', most of the time Allah uji dengan apa yang kita 'ada' kerana kadang2 kita lupa apa yg kita 'ada' itu hanyalah sekadar pinjaman. may our journey to jannah will be easier....love our relationship

betullah. dapat hubungan yang baik sekarang ialah pinjaman, bila sampai masa hubungan tu jadi kurang baik/terputus hubungan maka nikmat tadi itu pinjaman yang dah pulang kepada Peminjamnya...

it is a matter of being grateful sementara masih ada :)
juga being grateful waktu 'tak ada' kerana itu juga satu nikmat...

***
am sorry sis Teterbang...i cant reply in my previous post..something is wrong with the coding for comment form. haiyah.

thanks anyway :D


Saturday, August 23, 2014

Sudikah kau menerimaku dalam hidupmu?

- bismillah -

Sudikah kau menerimaku dalam hidupmu?

zzz. cut the drama.

The truth is, one should bear in mind like this,
"Sudikah kau menerimaku ketika hayatku, dan sudikah kau memulangkanku kepada Penciptaku apabila tiba masanya?"

Hanya pasangan yang kuat dan tahu matlamat akhirat, akan merasa kasih sayang Allah di sebalik kehilangan pasangan halal dunianya.

Beberapa kisah sedih dan 'tidak sangka' berkaitan rumah tangga berlaku dengan orang sekeliling baru-baru ini. Hinggakan saya terfikir, masa kahwin dulu mesti tak expect perkara-perkara macam ni akan terjadi...

Ada yang selepas hampir sedekad, timbul masalah.
Ada yang belum masuk ulang tahun kedua perkahwinan, sudah berpisah.

Itu semua takdir tuhan.
Ada yang berpisah, sakit kerana dipukul.
Ada yang berpisah, sakit kerana ditipu.
Ada yang berpisah, sakit kerana diambil kesempatan.
Ada juga... yang berpisah, sakit kerana ditinggalkan...
Ada juga yang berpisah, merasa sakit kerana pasangannya telah kembali kepada Tuhan.

Aku tak tahu antara semua itu, manakah yang paling dalam sakitnya.
Tapi aku percaya, berpisah untuk kebaikan adalah yang paling baik.
Berpisah dengan kaki pukul, adalah untuk hidup lebih dihormati.
Berpisah dengan pasangan yang baik, adalah kerana syurga menanti.
Berpisah dengan pasangan yang jahat, adalah kerana Allah mahu melindungi.
:)

Ada yang berpisah kerana Allah mahu membawanya ke syurga.
Ada yang berpisah kerana dia jahat lalu Allah mahukan pasangannya ke syurga.
Ada juga yang berpisah kerana Allah mahukan mereka berdua pasangan itu ke syurga.

Mengambil ibrah surah kahfi, setiap apa yang Allah buat itu untuk kebaikan, jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada hamba-Nya.
Kematian, kehilangan harta, kena bekerja, semua itu untuk mendapatkan perkara yang lebih baik di masa hadapan.
Dalam satu kisah, dicabutnya nyawa seorang anak kerana Allah mahu menjaga kedua-dua ibu bapanya daripada menjadi hamba yang berdosa kerana anaknya akan membawa masalah di masa mendatang, malah Allah akan menggantikan kepada mereka dengan anak yang soleh.

Sebuah perahu dirosakkan, milik seorang nelayan miskin. Jika baik keadaan perahu itu, maka perahu tersebut akan dirampas oleh raja negeri itu yang zalim. Maka, membaiki perahu yang dirosakkan adalah lebih baik daripada kehilangan perahu selamanya.

Sungguh, ibrah surah al-kahfi amat luas. Supaya kita tidak persoal terhadap apa yang berlaku dalam hidup ini.

Kembali kepada persoalan ini,
"Sudikah kau memulangkanku kepada Penciptaku apabila tiba masanya, sesudah kau memilikiku?"

Mampukah aku menjadi pasangan yang faham dan redha bahawa aku dan pasanganku adalah milik Tuhan? akan kembali kepada-Nya pada bila-bila masa.

Maka sungguh absurd rasanya melihat sweetness yang ditayangkan di instag.
Sungguh sempit pemikiran kalau fikir kahwin mesti hingga berpuluh tahun lamanya.
Biarpun sehari, perkahwinan itu tetap mampu mengecap bahagia.
Asalkan kita tahu mensyukuri.
Asalkan kita tahu menyimpan memori.
Asalkan kita tahu, menghargai.

Appreciating, is an act of sincerity.
It is not for the most like-receiving in instag, nor never it is for the most share of sweetness in facebook.
All i know, appreciating is to be glad when our partner is around, and appreciating is to be strong when he has gone. To be able to practice good roles as husband and wife, to be able to stick to Allah no matter what.

Apabila seorang lelaki meninggalkan isterinya yang sedia baik untuk seorang perempuan lain, maka dia leka dan lupa bahawa ramai balu ditinggalkan oleh mereka syahid dalam pekerjaan.

Ada yang diuji, pasangan berpisah lalu si suami kembali kepada kekasih lama
Ada yang diuji, pasangan berpisah lalu si suami kembali kepada ibu dan keluarganya
Ada yang diuji, pasangan berpisah lalu si suami kembali bertemu Tuhan-Nya

maka berbahagialah para isteri yang kehilangan :')
moga hidup di dunia sementera ini tidak menggoyahkan iman
bahawa jannah itu ada disediakan oleh Tuhan

jika dia pasangan kita meminjamkan kenangan indah ketika hidup bersama-samanya, maka itu satu nikmat yang sangat berharga Allah hadiahkan
dan hadiah itu akan kembali semula, in shaa Allah akan dihadiahkan lebih baik lagi di akhirat

jika dia pasangan kita meminjamkan kenangan tidak indah ketika hidup bersama-samanya, maka masih ada nikmat yang sangat berharga menunggu kita, menunggu di sana
dan hadiah itu akan kembali semula, in shaa Allah akan dihadiahkan lebih baik lagi di akhirat
bertemu dengan penerima yang benar-benar mengimpikannya

moga Allah terus bantu, buat kalian pada pasangan yang diuji!

Thursday, August 21, 2014

Final shot

- bismillah -

Hari ni pengakhiran summer semester. Alhamdulillah. 

Telinga saya dari pagi asyik dengan sayup2 azan, tak berhenti, padahal tiada pun. 

Doakan beroleh pengakhiran yang terbaik. 

Saturday, August 9, 2014

Sesungguhnya bersama-sama susah itu ada senang

- bismillah -

Semester musim panas, tahun 3, 2014.

Permulaan sem ini, ramadan.
Cabaran fizikal dan mental. Berada di Malaysia, terlepas tasjil, pulang ke Jordan sendiri, ulang alik ke deanships, sampai jatuh sakit lalu demam. Housemate saya offer untuk temankan pada minggu seterusnya, alhamdulillah selesai.

Pertengahan sem, cabaran fizikal juga, 15 minit untuk berkejar ke kelas merentas beberapa fakulti. Alhamdulillah cukup, dan pada awalnya saya tak percaya saya mampu. Doktor juga jadikan saya reference untuk marah budak lain yang lewat ke kelas. Adeh. Laa haula wala quwwata illa billah.

Sekarang hampir pengakhiran.
Alhamdulillah, mendapat berita baik bahawa saya akan mula bercuti 10 hari dari tarikh sepatutnnya, kerana exam akan diawalkan.

Hakikatnya, saya pernah menerima kata-kata sebegini....bahawa pilihan subjek yang saya daftar pada sem ini adalah pilihan pelajar tahun 1 saja, tidak menarik dan sebagainya. Malah, subjek ini selalunya akan ada exam pada hari terakhir semester.

Hakikatnya, Allah mengizinkan kombinasi subjek 'tahun 1' yang hampir sama pengajarannya, iaitu Environmental Protection dan Natural Resources. Pendek kata, pasal bumi dan sekitanya. Dengan kuasa Allah, hampir sama saja apa yang perlu difahami dan dihafal. Jika tidak faham di kelas ini, maka pengajaran tajuk yang hampir sama di kelas B akan cover. Alhamdulillah.

Sesungguhnya bersama-sama susah itu ada senang.
Biarpun saya tak boleh skor 100 markah seperti mereka yang mendaftar subjek lain, tapi ada bahagia di sebalik semuanya. Demam pada bulan ramadan, tangisan dan kerisauan, semua itu yang menjadikan semester ini bermakna.

Sungguh, Allah merancang yang terbaik.
Bersangka baiklah.

Semester ini masih belum berakhir. Maka wajiblah ke atas saya untuk bertawakal, bukan gembira buta.

Hal kedua selain akademik,
Susahnya untuk menerima sesuatu yang saya tak jangka.
Memenuhi expectation orang.
Bahawa umur sekian sekian kena mencapai sekian sekian dan menguasai sekian sekian.
Dan susah juga kalau saya terus menerus 'menghentikan' perjalanan pembinaan diri sedangkan masa terus menerus berlari.

Jangan letak pengharapan yang tinggi. Tiada manusia sempurna. Dan tidak mudah juga untuk menerima seadanya.

Sudah beberapa kali rakan menegur bahawa saya perfectionist. Dan saya tahu saya tak boleh terima kritikan. Jadi most of the time, hidup ini banyak skema dan ikut peraturan, untuk ikut expectation ramai supaya saya tak terima kritikan di akhirnya.

Penat kan?

Kalau hidup nak semua betul. Tiada salah. Hanya senang.
Padahal Allah dah ajar, ada bahagia dalam susah.
Lebih baik beroleh pengakhiran yang bahagia.

*emotionally disturbed*
Adik bilik saya mungkin tahu how bad this is...that i act the way i shouldnt do as a student who has exams around the corner.
Pray for me.
I want to be the strong farhana as before.

till then, thank u.
T_T

Monday, August 4, 2014

Move on

- bismillah -

Hidup, kena selalu bersemangat. Termotivasi. Kalau tak, dunia akan terasa sangat sempit.

Semalam pergi ke satu program. Menuntut pengorbanan masa dan waktu makan la jugak. 
Penat letih, namun gembira bila dah semua selesai. 

Kemudian, ada sahabat ingatkan. 
Surah addhuha. Bahawa sesungguhnya di akhirat itu lebih utama dari dunia. 

Barulah terfikir. Masa yang terlepas tu dah sangat berharga, tapi kalau kita jaga niat dan keikhlasan, maka balasan di akhirat nanti lebih2 lagi berharga dari apa yang kita terlepas sebab menguruskan sesuatu perkara tadi. 

Percaya tak, dalam sekelip mata seseorang bertambah hartanya? Bertambah rezekinya? Bertambah tanggungjawabnya?

Maka sungguh, Allah maha pemberi. Maha mengetahui. Sebaik2 perancang. 

Jadi haruslah kita persiapkan diri untuk berlapang dada dengan pemberian Allah. 

***
Saya masih tak selesa bersembang2 dengan tanpa sebab kerja. 

Sungguh. Dulu masa sekolah confident pun sbb jumpa di kursus, kem, pertandingan... kenalah cakap sebab nak bagi team menang. Dan lepas sekolah di plkn dan dgn orang2 yg jumpa di tempat2 temuduga. 

Dan sekarang susah nak terima bahawa saya ada kawan2 lain jantina seramai itu (batch). Dulu mak cakap kawan lain jantina penting sebab diorang lah orang yang kita nak minta tolong. (I was in an all-girls school before). So saya apply no business no talking. 

But sekarang dah lain. Tahun satu dulu sangat syadid, sekarang rasa dah flexible, tapi still rasa uncomfortable. 
Still rasa ok with no business no talking.. tapi lama2 rasa, eh sombongnya aku?
Nak minta tolong baru nak bertegur sapa?

Masyarakat kenalah bertegur sapa. 
Tapi...

21 yo and feeling kanak2. Hehe. 
Dont worry, i talk a lottt with my halal mates. Hehe. 

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...