Skip to main content

Memaknakan fesyen muslimah

- bismillah -

Satu ketika dahulu, ada satu kata2 yang buatkan saya bangga dengan fesyen muslimah. 
"Seorang muslimah tidak risau dengan fesyennya akan ketinggalan zaman, tenggelam dengan perubahan musim, terpaksa mengejar trend. Kerana fesyen muslimah ini yang jadi ikutan, bukan terikut2. Juga kerana selagi megikut syariat Tuhan, apa lagi perlu dirisaukan?"

Tapi apa sudah jadi sekarang?

Alhamdulillah perkara positifnya,
adalah apabila pakaian makin longgar.
Makin labuh.  
Tudung makin tebal. 
Orang yang tak bertudung pun mudah untuk bertudung. 
Muslimah rasa lebih trendy. 
Muslimah bangga dengan pakaiannya.
Muslimah rasa mendapat tempat dalam masyarakat. 
Muslimah jadi tempat rujukan fesyen. 
Suri rumah boleh cari pendapatan lebih jual pakaian muslimah.
Malah ramai jutawan boleh lahir dengan bawa 'pakaian muslimah'!

Tahukah kita, satu hadis, bahawa sangat beruntung kita kalau kita boleh jadi agen pembawa hidayah. 
Kalau kita penyebab seseorang mendapat hidayah. 

Kerana hidayah hanya dari Allah, manusia bukan pengurnianya. 

Maka, hidayah itu adakah hanya untuk mereka yang belum islam?
Apa kita yang sudah islam bukan lagi golongan yang perlu hidayah?

Salah. Bukan begitu. 
Mari ingat kembali solat kita, dalamnya ada surah al-fatihah yang kita baca. 
Ayat ke-6, kita doakan moga Allah kurniakan hidayah kepada kita!

اهدنا الصّراط المستقيم
Berilah hidayah kepada kami kepada jalan yang lurus!

Ini doa kita seharian. Sedarlah, kita ini golongan yang perlu hidayah Allah.
Kerana dengan hidayah Allah lah kita tergerak hati nak jadi baik, nak pergi kerja cari duit, nak beri makan anak isteri, nak solat bila masuk waktu, nak baca bismilah bila makan...
Nak baca quran. Nak dalami hadis Nabi. Nak bagi sedekah. Nak call tanya khabar ibu ayah. Nak sayangi keluarga. Dan banyak lagi amal soleh yang kita nak buat. 

Hadis, kalau kita jadi agen kepada seseorang mendapat hidayah, maka amal yang orang itu buat juga mengalir sahamnya kepada kita, macam MLM gitu. Begitu juga dosa! Kita tunjuk cara buat dosa, orang tiru, orang lain tiru, maka berganda2 juga aliran saham dosa itu. Nauzubillah min zalik (kita mohon perlindungan Allah daripada itu). 

Jadi, apa kaitan fesyen muslimah dengan hidayah dan dosa?

Pertama, kena faham bahawa di medan ini, mad3u (orang sasaran) ialah orang islam. Mereka juga perlukan hidayah. Jika orang bukan islam kita boleh bawakan penekanan kepada tauhid, maka kepada orang muslim kita boleh bawakan kepada iman dan amal. 

Benar, dengan fesyen muslimah, ramai orang beramal soleh dengan menutup aurat! Tapi, kenapa fesyen muslimah mendera fizikalnya? Mendera iman si pemakai?

Dirinya jadi tontonan si mata jahat.  Dirinya jadi pujian si mulut murai. 
Dirinya jadi satu kedengkian di si hati sakit. 
Dengan pakaian yang berlabel muslimah. 

Hidupnya tidak senang. 

Walhal orang beriman itu hatinya tenang. Dia sentiasa ingat Allah. 

Kedua, kritikan saya kepada fesyen muslimah. 
Islam mengajar supaya kita memaknakan setiap perbuatan. Buat sesuatu biar bermakna. Bukan buat sekadar buat. Sebab itu kita diajar niat dalam beribadah. Mengapa nak buat? Supaya ada tujuan. 

Di mana tujuan bertudung, kalau sekadar menyarung dan bergaya?
Tak salah bergaya. Tapi di mana tujuan di sebalik sebuah tudung yang menyebabkan orang tahu kita pakai rantai emas di tengkuk? Orang tahu kita ambil masa lama memakainya? Orang tahu kita berasa susah memakainya? Orang tahu kita belanja besar untuknya? 

Apa tujuan orang tahu kita pakai tudung sebenarnya?

Kenapa islam syariatkan pakai tudung? (Tutup aurat). 
Supaya muslimah lebih terjaga. 
Supaya muslimah lebih selesa. 
Supaya muslimah sentiasa confident. 
Supaya muslimah tidak diganggu. 

Tapi ke mana hilangnya semua tujuan itu?
Kenapa yang bertudung masih bebas bergaul dengan lelaki? Kenapa yang bertudung masih berjalan dalam ketakutan? Kenapa masih berasa tak selesa dipandang2?

Kerana tudung itu sudah hilang tujuan asalnya. Bukan syariat islam yang tidak berkesan, tapi pelaksanaannya. 

Mungkin pakaian muslimah itu menarik perhatian, menyebabkan orang tidak menundukkan pandangan, menyebabkan orang sekeliling tidak malu dan tidak segan, atau boleh jadi juga itu ujian Tuhan, apabila bergelar muslimah masih menjadi tatapan...

Ketiga, fesyen muslimah seharusnya menyedarkan si pemakai bahawa dia duta islam. Orang melihat dia sedang membawa islam bermula dengan shawlnya, baju labuhnya, kain pakainya, jubahnya. Malah hingga ke kakinya!

Tapi apabila memakai fesyen muslimah hanya sekadar mahu memakai gelaran ratu majlis makan malam, maka hilanglah kesediaan dan kesedaran diri bahawa dia duta islam. 

Fesyennya sudah muslimah, tapi cakapnya kasar. Marahnya menengking kuat. Arahnya itu ini. Sombongnya meninggi. Ah, inilah islam, kata si pemerhati. 

Seharusnya, aku memakai begini, maka aku membawa nama adik kakak islam seluruh dunia. Jika aku menjatuhkan diriku dengan pakaian ini, berakhlak tidak baik dengan pakaian yang baik, maka orang lain yang berpakaian seperti ini juga akan dipandang salah. 

Aku sudah berpakaian muslimah, tingkah lakuku harus juga muslimah! 
Muslimah tidak membuang masa berbual kosong. 
Muslimah tidak keluar berdua-duaan tanpa tujuan kukuh dengan lelaki lain. 
Muslimah tidak update segala info remeh dalam facebook. 

Akhir, fesyen muslimah bukan mengajar si pemakai untuk riak. 
Bukan untuk menyuntik sombong dan bangga. 
Fesyen muslimah tidak mengajar boros. 
Fesyen muslimah seharusnya mengajarkan si pemakainya dengan nilai dan etika islam. 
Bersikap sederhana, bersifat bersyukur, bersifat tawaduk. Sentiasa ingat Allah memerhati dan menilai. 
Ke mana hilangnya semua itu kalau si pemakai fesyen muslimah diharapkan jadi paling cantik dalam majlis?
Ke mana akhlak itu kalau make up masih untuk menarik perhatian? Warna dan bling2? Upload masuk internet untuk jadi tontonan? Muslimah kah itu...

Kenapa disatukan satu yang islam larang dengan satu perkara yang islam suruh? Kita nak cakap pada dunia bahawa islam itu mix and match? Islam itu flexible, tapi bukan untuk kita main-mainkan. 

Berpakaian muslimah, maka bawalah islam dalam diri. Jangan bawa islam kosong, tapi bawa islam makna. 

Maka, janganlah merajuk dengan fesyen muslimah jika kita rasa kita tidak layak memakai fesyen muslimah. Jangan berhenti berpakaian muslimah hanya kerana kita belum bersikap muslim. Tapi bermulalah bersikap muslim. 

Kerana muslimah sebenar sudah banyak rajuknya dengan kita yang menconteng imej mereka. 

Tapi, percayalah, kita masih punya kesempatan untuk memaknakan pakaian2 kita. 

Bermula dengan niat :)

Aku niatkan hari ini memakai ini untuk menutup aurat, moga tercatat amalan baik, moga dipandang di sisi Allah. 

Kemudian diteruskan dengan membaiki akhlak. 
Aku berfesyen muslimah, maka akulah sebenarnya muslimah!
Kenapa lepaskan peluang yang sudah datang ini?
Bila lagi nak jadi muslimah sedang sudah hari2 masuk dalam costume dan prop sebagai muslimah?

Percayalah, orang lebih menghormati pendirian kita. 
"Kenapa kau baik tiba2 hari ni?"
"Sebab aku jadi muslimah hari ni."

Jika susah, bermula dengan hipokritkan diri di hadapan orang, tapi sucikan niat di hati di hadapan Tuhan. 
Aku islam. Aku beriman. Aku beramal. Kerana Allah. 

Kemudian, setelah settle niat, settle cara pembawakan diri, teruskan dengan menginspirasikan orang lain. :)

Bila kita dah start pakai baik, kenapa kita nak teruskan sikap lama yang tak islamik dan malah dilarang oleh islam?

Dan akhir sekali,
Menjadi tanggungjawab si pengeluar, penjual, pemakai dan pemerhati untuk memaknakan sebuah fesyen muslimah. 

Ambil peluang belajar ayat Quran tentang fesyen dan etika pemakaian muslimah. 
Semak hadis Nabi berkaitan aurat. 
Ikhlaskan hati menyarung pakaian kerana untuk dipersembahkan kepada Allah. 

Dan buat kaum pemerhati, tundukkan pandangan, 'dia sudah menutup dirinya, dengan isyarat memakai pakaian muslimah, kenapa aku tak sedar lagi bahawa ini juga peringatan perempuan ini kepada ayat Allah dalam surah annur supaya aku menundukkan pandangan?'
'Kenapa aku tidak malu bersiul dan menegurnya sedangkan dia sudah menutup peluang itu sebaik mungkin?'

Boleh juga si penjual, mengambil kesempatan memaknakan fesyen muslimah, dengan menyebarkan dakwah ini. Cari makna, dan jualkan pakaian itu dengan makna! Bukan sekadar mencari nama dan harta. 
Biar bertambah iman si pembeli dan penjual. 
Boleh juga selitkan nasihat dan kata2 ringkas kepada si pembeli, moga dengan pakaian muslimah itu, saham amal solehnya juga mengalir kepada si penjual. 
Dengan pakaian muslimah itu pelanggan boleh bersolat, menutup aurat etc. 

Duit mengalir pun penuh barakah in syaa Allah. 

Segala puji bagi Allah pemilik segala hidayah. 
Moga diberi kefaqihan dalam beragama. 
Moga Allah ampunkan salah silap dan tidak diuji dengan kata2 yang menjadi hujah dakwaan. 

Mari memaknakan sebuah kehidupan kita. Hanya sebuah. Tiada lebih. 

:)

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …