Skip to main content

Jangan sedih.

- bismillah -

Hidup ini ada naik turunnya. Yang penting, jangan fall dengan iman yang kering. Allah. 

Faced some difficulties before. But alhamdulillah miracles happened. Minta tolong dengan orang yang tak pernah, terima surprises, semua tu yang sangat unexpected. 

And again, summer semester untuk third year akan mula hari ahad ini. 

Prinsip saya, kalau saya face kesusahan dalam hidup, maknanya ada something yang saya buat salah sebelum itu.

Summer semester kali ini for the first time susah tasjil. 

Kelas mula hari ahad. Saya tak suka ponteng kelas dengan sengaja, alhamdulillah. Tapi kali ini, hari rabu baru akan ke kelas. 

Hanya kerana saya takut nak balik seorang diri, saya pilih tarikh balik lewat. 

Daie ke kalau ikut orang buat salah kita pun buat salah?

Hanya kerana nak puasa awal ramadan dengan keluarga, saya pilih tarikh balik lewat. 

Amanah belajar dengan sentimen keluarga; dah banyak tahun tak berpuasa bersama. 

Daie ke kalau tak tahu professional? Bezakan emosi dan tanggungjawab?

Apa2pun, pelaburan utk keluarga ialah priceless. 
Moga priceless tu bukan saja di dunia. 

Ijtihad apa pun yang kita buat, tak ada salah. Dapat satu atau dua ja. 

Nak tukar tiket. Nak balik awal, nak settlekan register manually. Nak masuk kelas yang best!
Tapi ayah pujuk, tak apalah. Jangan tukar tiket. Itu sudah pilihan saya sejak mula, kata ayah. Be firm. 

Sudah takdir. Allah yang izin semuanya. Hari tasjil saya buat kerja lain. Siap tertidur lagi. Padahal hari lain tak pernah tidur lepas mandi lagi tu. 

Nabi kata, ada 70 ribu orang dari umatnya yang masuk syurga tanpa hisab, sebab mereka itu orang yang bertawakal pada Allah. 

Sedih memang sedih. 

Masuk kelas yang belajar arab, tengok orang score 90++ kita pulak entah bagaimana nak faham arahan soalan pun tak pasti lagi bagaimana. 

Tapi, Hadis nabi ada sebut, 
Tak cium bau syurga orang yang belajar satu ilmu hanya untuk dapatkan ketinggian dunia. 

Mungkin hati saya dah keras, nak 90 sangat2 hingga lupa, ada manis di sebalik pahit. 

Mari straightkan hati. 

Bayaran syurga bukan main2. Sungguh, tak cium bau syurga itu lebih azab daripada bersusah untuk belajar!

Bukalah hati farhana. 
Taatlah pada Allah. 
Jangan banyak emosi!

***
Biarpun jarak dipisahkan 8000km,
Biarpun banyak perkara menyatukan,
Biarpun selalu timbul halangan dalam pertemuan, 
Biarpun hanya Allah tahu,

Itu semua takdir. 

Bertemu untuk tiga tahun, itu sudah rezeki. 

Selamat berpisah. 

Moga makin utuh dengan Allah. 

"Sesungguhnya bersama2 susah itu ada senang. Bukan cliche. Dua kali diulang dalam quran. Believe in it!"  

Moga tak hanyut terleka dengan kehidupan dunia yang sudah memenuhi hati!

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …