Skip to main content

Survey post helwi day

- bismillah -

-
Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Setiap apa yg kita dambakan mungkin bukan semua kita mampu dapat. Andai punya masalah cuba belajar tangani. Nampak seronok bernikah di usia muda, tapi rugi jika tak bijak mengawal emosi. Bukan menyalahkan siapa yang kahwin awal, tapi jika kurangnya ilmu maka kita telah menyusahkan diri sendiri.

Ni hasil copy paste ayat orang lain. 
No offend, xada apa2 signifikan. Tapi this is the most mature response yang i found out. 

May Allah buka jalan menujuNya. Moga tak terleka seperti yang lain. 

Mencari yang pandai potong ayam?
Mencari yang master masak?
Mencari yang tidak terlalu syadid dalam DNT...?

Kita nak menuju syurga ke nak honeymoon di tepi laut?
Apa dan ke mana konsep 'untuk selama-lamanya'?
How can you, help your wife to jannah with her imperfection that she was bornt with?
Dia ditakdirkan ada karekter A, how can you expect she has B?
Bantu dia masuk syurga biarpun dengan karektor A, selagi karektor A itu ada iman dan amal pada Allah, bukan untuk gelapkan masa depannya, dengan hanya bersangka karektor B sahaja boleh masuk syurga as a good wife. 

Boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik buat kamu, boleh jadi apa yang kamu benci itu baik buat kamu. 

Ada yang tulis nak yang tidak berpenyakit. Sungguh, itu haknya memilih. Tapi itu secara tak langsung reflects dia punya tahap kesediaan untuk menanggung kesusahan menjaga pasangan. 
Apa terjadi pada perkahwinan itu pada 10 tahun akan datang? Mutation can happen at any time, sesaat lepas akad nikah terus dapat penyakit pun boleh kalau Allah nak uji (moga Allah lindung). 

Baikilah perception dan baikilah apa yang anda mahu dari Allah sebenarnya. Berhentilah menagih dari manusia untuk memakai topeng yang kau suka. Kembalilah pada Allah. He creates us with variety. Untung siapa yang dapat variety apa pun dia tidak terpesong dari jalannya menuju Allah. 

I'll pray for you the above mister may Allah guide & terjaga dari bunga indah dunia, sifat x matang spt rakan2 sekeliling kau. Moga boleh educate others too, nak minta yang ikut garis panduan masing2 tu tak salah, tapi jangan salahkan Allah dan jangan salahkan isteri kalau apa yang kau minta tu tak dapat / jauh menyimpang. 

Dan aku percaya setiap manusia tak terlepas untuk punyai ciri idaman masing2. Tapi sejauh mana dia meletakkan setinggi-tinggi harapan pada Allah, tawakal dan percaya Allah sudah dan akan menentukan yang terbaik buatnya, itu yang membezakan setiap dari kita sebenarnya. Itu yang membezakan tindakan kita apabila berdepan dengan nikmat dan ujian rumah tangga. 

It hurts kalau sesiapapun tak dihargai. 
Pastinya kita paling nak dihargai oleh Tuhan. Pastinya kita paling nak to be bestowed with blessings from Allah. To have good family and life. Till jannah. 

Kita semua menuju Allah. 
May Allah buka jalan menujuNya. Moga tak terleka seperti yang lain.

Comments

  1. setuju. orang selalu lupa, the first step is always; acceptance :)

    ReplyDelete
  2. Syarat utama nk jd pasangan soleh/solehah is REDHO dgn apa yg ALLAH bg kat kita. REDHO...just a simple word, tp nak hayati bukan senang...ekekeke...kalo dok target tinggi sgt, buat list berjujuk...dapat plak yg met the target only 3 items out of 50 listed items, hah...jenuh laa....

    Just prepare to make ourselves REDHO dengan apa kurniaan ALLAH. Hanya ALLAH yg tahu apa terbaik utk kita dan apa yg DIA dah tetapkan untuk kita.
    As usaha, keep doa and prepare 'diri sendiri' untuk lebih matang. Tak yah dok cemas nak preparekan org lain untuk disesuaikan dengan kita....unless...after u met your spouse.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …