Saturday, May 17, 2014

Si pungguk, pipit, enggang dan helang

- bismillah -

Si pungguk. 
Di ajak ke angkasa, dia menolak. 
Katanya takut dan tak bersedia. 
Apabila ramai sudah ke angkasa, dia pula tak senang duduk. 
Memikirkan dia paling awal di ajak ke angkasa, tapi rakan2 pula yang terlebih dahulu sampai. 

Tabahlah. Bulan bukan milik kau. Kau akan berlepas ke angkasa, tapi bukan dengan bulan. 

Berhenti menjadi pungguk. 

Belajarlah menjadi pipit, kerana tiada kebaikan menjadi enggang. 
Biar jadi rendah diri, bukan menyombong dalam kebanggaan. 

Terbanglah biarpun hingga ke penghujung dunia, 
tapi awaslah dengan helang yang berlegar di udara, 
luas dikembangkan sayapnya,
dengan mata tajam mencari mangsa. 

Jika burung boleh berbeza watak, manusia apatah lagi. 

Kesian kau pungguk, malammu berjaga, siang kau terlena. 

No comments:

Post a Comment

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...