Skip to main content

Rezeki menjadi melayu

- bismillah -

Rezeki. Di news feed, semua update tentang isu ke-bangsa-an. 

Ini pandangan peribadi saya. Walau siapapun yang keluarkan kenyataan, bukan peribadinya hujah ini ditujukan. 

Lahir sebagai melayu, itu rezeki. Tapi adakah maknanya lahir sebagai bangsa lain tu bukan rezeki? Bukan kurniaan Allah? Bukankah kita berasal dari pencipta yang sama?

Kita pegang agamaku untuk agamaku, agama kamu untuk agama kamu, hanya boleh berlepas diri dari soal agama, tapi keharmonian masyarakat itu mana boleh lepas tangan. Kita tak diajar bangsaku untukku, bangsa kau untuk kau. Asimilasi (campur aduk) budaya itu bukan dosa. Nak hidup sendiri2 pun bukan dosa, tapi saling menyakiti fizikal dan mental itu, islam tak ajar. 

Aku dan kau, hidup sama2 atas muka bumi ini. Untuk apa? Sebagai ibadah kepada Allah. Supaya aku lunaskan tanggungjawab aku untuk berikan kefahaman islam kepada kamu yg berlainan bangsa. Dan kamu pula? Supaya kamu dalam perjalanan mencari kebenaran, juga ibadah (tujuan, perkara tuntutan) kenapa kamu diciptakan. Bukan satu perkara sia-sia kalau dilahirkan bukan islam (dan apatah lagi bukan melayu). 

Semua yang mendapat hidayah dan taufik, akan bertemu jalan mentauhidkan diri pada hanya Allah. 

Kerana rezeki Allah, kamu lahir sebagai melayu. Kerana rezeki dan kurniaan Allah, kamu tinggal di tanah air sendiri. Kerana Allah yang menentukan, kamu diangkat di posisi yang tinggi dalam masyarakat. 
Tapi bukankah Allah juga yang mentakdirkan orang lain lahir sebagai bukan melayu? Kalau kamu salahkan kerana mereka bukan melayu, kamu sedang menyalahkan Pencipta. 
*kamu = sesiapa saja

Kata mudahnya, apa salah diorang lahir sebagai bukan melayu??
Apa salah diorang berhijrah ke tanah lain dan cari kerja cari makan untuk tampung hidup?

Sunnatullah rakyat negara cina banyak bilangannya, sejak dulu sampai sekarang. Negara yang besar, kadar kelahiran juga tinggi. 
Malah, di merata dunia mereka ada. 
Apa ini satu kesalahan hukum alam? Bumi ke yang salah kalau benua2 tertentu didiami kaum tertentu?

Adalah dituntut dalam islam, jika berlaku penindasan di kawasan sendiri, kita perlu berhijrah. Allah akan buka rezeki lebih luas. Dan orang yang ditindas tapi tak nak berhijrah, biarkan diri ditindas hingga tak boleh beriman dan beribadah pada Allah, mereka itu akan diazab. Ironi kan? Jadi, janganlah ingat satu muka bumi ini hanya untuk satu kaum. 

An-nisa' 97-100. Checklah terjemahannya dan kita renungkan. Bukan tafsir sendiri2.  

Tak check Quran jangan proceed. Sila close window. 

Boleh jadi, mereka yang berpindah ke tanah melayu ketika itu ialah mereka yang mencari kehidupan yang lebih baik. Mungkin berdasarkan situasi masyarakat, survival rate di tanah besar ketika itu sangat rendah. Jadi, sebagai hukum alamnya, apa salah mereka untuk merebut peluang yang dibuka british untuk berpindah ke tanah melayu? Mencari pekerjaan dan membina hidup baru? Bukan atas dasar suka2, kerana semua orang tidak akan berpindah dari bumi sendiri dengan rela. Biarpun papa kedana biarpun kaya raya, kita semua ada instinct untuk hargai kampung halaman sendiri, sedih dan berat hati untuk pindah. 

Dalam hal ini, mereka datang bekerja. Sedang british pada ketika itulah yang jadi boss. Tapi hingga hari ini british tidak pernah disalahkan! Yang salah ialah mereka yang dinukilkan dalam buku sejarah tingkatan dua. Ironik. 

Kembali kepada topik asal, di mana silapnya hinggakan kita tak boleh terima mereka? Hendak salahkan siapa kalau banyak bangsa wujud di muka bumi ini?

Sedangkan, Allah dah sebut. 
Dalam surah hujurat, ayat 13. 

Jangan samakan, agama dengan bangsa. 
Jangan sinonimkan, nanti akan wujud label dan perasaan izzah (besar) pada sesuatu. 
Arab - islam. 
Melayu - islam. 
Cina - bukan islam. 
Jangan sinonimkan secara pukul rata. 

Ketahuilah,
Bukan semua arab itu islam, masih ada arab beragama kristian. Jiran saya. 

Orang bertaqwa, tidak akan terhisab atas amalan orang kafir, tapi orang bertaqwa diberikan amanah untuk mengingatkan agar mereka yang lain juga bertaqwa. 

Akhir kata, surah saba' ayat 25,26,36. 

Exercise otak: Surah al-Qasas 71 dan 85. What if kita semua satu bangsa satu agama satu satu satu satu semua sama tanpa khilaf.....you will find imperfection and nuisance. 

Jomlah. Jangan jadi racist. Allah tak suka kita sakiti makhluk yang lain. Bukan kita diajar untuk mengungkit. Mukmin diajar untuk meminta ampun kepada Tuhan dan memaafkan manusia lain. Mukmin tidak diajar untuk ego. Mukmin diperingatkan dengan sejarah assobiah yang tidak memajukan umat langsung!
Mukmin tidak memandang melainkan penegakkan agama.

Wallahu a3lam. 

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …