Skip to main content

Itqan manusia & Perancangan Allah

- bismillah -

Alhamdulillah. Dah berlalu satu jumaat. 
Hari barakah, kadang kita celik, kadang kita buta lalu tak merasa apa2 istimewanya hari ini. 

Percayalah, setiap apa yang berlaku, hatta imbasan / glimpse of thought pun semua itu dalam kawalan dan keizinan Allah. 

Nabi bersabda, maksud, sesungguhnya Allah suka pada orang yang apabila buat satu kerja dia bersungguh-sungguh (itqan). 

Saya nak kongsikan satu kisah.
Saya bekerja sebagai setiausaha untuk satu badan organisasi pelajar di sini. Pertama kalinya saya belajar buat sijil. 

Ingatkan taip, print, siap. Rupanya panjang dan rumit. 

Kerja bermula dengan pengumpulan data. Bosan. Tunggu orang submit nama penuh dan i/c. 

Kemudian taip satu2. Tapi sebelum tu, kena siapkan template sijil terlebih dahulu. Kena hubungi kakak s/u yang lebih besar. 

Bila dah siap, kena print. 
Pinjam printer kawan. Peluang ini jugalah belajar inject ink sendiri......satu kerja yang sebelum saya tahu, impression saya ialah sangat leceh dan buang masa. 
Pernah sekali pergi kelas nampak kawan yang jari2nya warna-warni. 
Kat rumah dulu pun abang yang buatkan. 
=_____=
Tapi lepas buat sendiri, impression tu dah bertukar. Mula dengan google dan youtube, tgk cara nak tebuk etc. 
mudah je pun ha. 
Dan alhamdulillah tak ada sebarang kecomotan! :) tapi tissue, air dan paper banyak la yang digunakan. 

Hidup tak boleh manja. Huhuhu. 

Okay, lepas print kena travel 2 jam perjalanan ke ibu kota. Serius. Naik bas dan teksi ke embassy. Huhuhu. Dapat pakcik baik, alhamdulillah. Dapat pak cik kapak duit tambang teksi, menangis la semalaman sebab bergaduh tak berjaya. 

Dulu, reaksi saya bila orang buat jahat ialah ....(adalah yg xboleh cakap). 
Lepas tu, Dr Uqlah ada ingatkan hadis ni...perempuan banyak masuk neraka sebab banyak menyumpah/melaknat dan tak bersyukur.

So yeah, despite macam mana geram pun, dan walaupun tahu doa orang teraniaya makbul, still kena jaga diri daripada menyumpah seranah pemandu teksi itu eksiden/meninggal/kerugian etc.  Huhuhuhuhu. Gunakan peluang ni untuk doa yang lebih baik!

Sampai di pejabat, cop mohor pulak atas ribbon merah. Patutnya pegawai di sana yang copkan, tapi mantan s/u cakap better kita buat sendiri....sijil tu telampau banyak beratus + mudah kerja orang + cepat! That is a priceless investment!

Then tinggalkan pada prof untuk beliau sign. 

Well, above all, easy peasy boleh buat sehari/seminggu. But then, saya ada kelas 11-2. Which mean, kalau pergi embassy kena tuang kelas. Hari cuti pulak office tutup. Fiqh awlawiyat nya, saya pilih untuk menuntut ilmu....jadi the obstacle nya ialah, korbankan satu hari dalam study leave....

Dalam bas rasa sedih, ini sebab dosa ke bila orang lain boleh belajar, tapi aku kena travel buat kerja lain pulak... Tapi alhamdulillah, i enjoyed every moment. 

Baru nak masuk bab itqan. Bukan saya watak itqannya. 
Tapi bila mengumpul data, ada satu mantiqah hantar paling awal dan paling lengkap. Tak perlu saya minta 2-3 kali. Alhamdulillah masyaAllah. 

Bila saya hantar first batch ke emj, hantar awal sem, ambil semula di akhir sem...about 3 bulan jugak la....
S/u kecil yang pergi ambilkan. (We got no time.....kirim orang pun deal tak menjadi). 
Tak cukup satu mantiqah. Errrkkk. Dah la beratus keping. 

Mantiqah tu yang hantar data paling awal pula tu. Sedih juga kalau sijil tak sampai ke tangan tuannya. 

"Akak dapat sijil tu lama dah... Ada orang hantarkan ke rumah. Ingatkan organisasi awak yang hantar...." Seorang kakak balas. 

Allahhhh. 

Rupa2nya Allah dah settlekan lamaaaa dah.
Berkat itqannya mereka berusaha mudahkan urusan. Sekecil2 hantar data tepat masa, tapi Allah permudah urusan sijil2 tu sampai kepada tuannya dalam masa yang cepat. Mantiqah lain saya baru nak distribute sbb baru ambil. 

Allah. 
Hanya Allah yang tahu. 
Derapan kaki yang pergi ambil dan pergi hantar ke rumah2, moga Allah balas mereka dengan sebaik2nya. 

Emo.

Jangan ingat Allah tak buat apa2. Tapi Allah sentiasa tolong kita. Sentiasa mudahkan urusan kita. 
T_T. 

Itqanlah. 
Mudahkan urusan orang lain. 
Pertolongan Allah sentiasa bersama2 kita. 

Moga dosa2 saya tukang buat sijil tidak menyebabkan terhalangnya sijil itu utk sampai kepada tuannya. Moga sijil itu Allah berkati, diizinkan berguna utk temuduga dan syahadah depan Allah untuk khidmat/kerja/pencapaian yang tertulis di atas sijil itu! Amiin. 

Maafkan salah silap saya andai tersalah bahasa. Tiada sebarang kelebihan pada diri ini, melainkan semuanya milik Allah. 

Jom menuju Allah! :') dengan sabar dan redha. Tak lama pun hidup susah, kat akhirat nanti selamanya. Moga kita amanah dan mampu menjalankan tugas sementara yang tergalas di bahu ini. Biarpun kerja teknikal, bukan pencetus idea, semua itu kita doakan sebagai wasilah untuk bina iman dan amal.

Disclaimer: saya ada s/u kecil. Dia lebih banyak sengkang mata menaip dan check i/c satu2, for about 300 people. May Allah bless her. May she always bestowed with itqan. Amiin. 

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …