Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Itqan manusia & Perancangan Allah

- bismillah -
Alhamdulillah. Dah berlalu satu jumaat.  Hari barakah, kadang kita celik, kadang kita buta lalu tak merasa apa2 istimewanya hari ini. 
Percayalah, setiap apa yang berlaku, hatta imbasan / glimpse of thought pun semua itu dalam kawalan dan keizinan Allah. 
Nabi bersabda, maksud, sesungguhnya Allah suka pada orang yang apabila buat satu kerja dia bersungguh-sungguh (itqan). 
Saya nak kongsikan satu kisah. Saya bekerja sebagai setiausaha untuk satu badan organisasi pelajar di sini. Pertama kalinya saya belajar buat sijil. 
Ingatkan taip, print, siap. Rupanya panjang dan rumit. 
Kerja bermula dengan pengumpulan data. Bosan. Tunggu orang submit nama penuh dan i/c. 
Kemudian taip satu2. Tapi sebelum tu, kena siapkan template sijil terlebih dahulu. Kena hubungi kakak s/u yang lebih besar. 
Bila dah siap, kena print.  Pinjam printer kawan. Peluang ini jugalah belajar inject ink sendiri......satu kerja yang sebelum saya tahu, impression saya ialah sangat leceh dan buang masa.  Pernah sekali …

Mari baiki hubungan yang retak.

- bismillah -
Atas dasar iman, Manusia melabuhkan cinta, Memadamkan ego kerana ingin ke syurga...
Sahabat kita memerlukan Allah lebih dari kita, Tapi andai kita ialah pembuka jalan mencapai redha Allah, Maka dia juga perlukan kita....
Atas nama perjuangan, Kita sentiasa dituntut berkorban, Agar hidup ini dapat diteruskan...
Kadang langkah ini salah di atur, Hingga ada masalah yang timbul, Maka pada ketika ini janganlah ego, Berhenti seketika untuk mengundur...
Atas dasar ukhwah, Kita sedih jika berpisah, Dalam keadaan saling berbalah. 
Biarlah atas dasar aqidah,  Atas ketentuan qada' dan qadar Allah,  Biarlah itu caranya kita terpisah. Biarpun dengan kematian, atau lain2 perpisahan yang dalam redha Allah....
*** Maafkan saya sahabat.  Andai kamu deman dan tiada siapa mengubat. 
Maafkan saya teman. Andai kamu sering keseorangan. 
Maafkan saya rakan.  Kalau kamu saya harap tiada perasaan.
Maafkan saya wahai hamba Allah, Andai kemarahan saya juga melimpah.
Maafkan saya, Andai terlupa. 
Kita saling memerlukan.  Biar…

Survey post helwi day

- bismillah -
- Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Setiap apa yg kita dambakan mungkin bukan semua kita mampu dapat. Andai punya masalah cuba belajar tangani. Nampak seronok bernikah di usia muda, tapi rugi jika tak bijak mengawal emosi. Bukan menyalahkan siapa yang kahwin awal, tapi jika kurangnya ilmu maka kita telah menyusahkan diri sendiri.
Ni hasil copy paste ayat orang lain.  No offend, xada apa2 signifikan. Tapi this is the most mature response yang i found out. 
May Allah buka jalan menujuNya. Moga tak terleka seperti yang lain. 
Mencari yang pandai potong ayam? Mencari yang master masak? Mencari yang tidak terlalu syadid dalam DNT...?
Kita nak menuju syurga ke nak honeymoon di tepi laut? Apa dan ke mana konsep 'untuk selama-lamanya'? How can you, help your wife to jannah with her imperfection that she was bornt with? Dia ditakdirkan ada karekter A, how can you expect she has B? Bantu dia masuk syurga biarpun dengan karektor A, selagi karektor A itu ada iman dan amal pada Allah, buka…

Si pungguk, pipit, enggang dan helang

- bismillah -
Si pungguk.  Di ajak ke angkasa, dia menolak.  Katanya takut dan tak bersedia.  Apabila ramai sudah ke angkasa, dia pula tak senang duduk.  Memikirkan dia paling awal di ajak ke angkasa, tapi rakan2 pula yang terlebih dahulu sampai. 
Tabahlah. Bulan bukan milik kau. Kau akan berlepas ke angkasa, tapi bukan dengan bulan. 
Berhenti menjadi pungguk. 
Belajarlah menjadi pipit, kerana tiada kebaikan menjadi enggang.  Biar jadi rendah diri, bukan menyombong dalam kebanggaan. 
Terbanglah biarpun hingga ke penghujung dunia,  tapi awaslah dengan helang yang berlegar di udara,  luas dikembangkan sayapnya, dengan mata tajam mencari mangsa. 
Jika burung boleh berbeza watak, manusia apatah lagi. 
Kesian kau pungguk, malammu berjaga, siang kau terlena.

Rezeki menjadi melayu

- bismillah -
Rezeki. Di news feed, semua update tentang isu ke-bangsa-an. 
Ini pandangan peribadi saya. Walau siapapun yang keluarkan kenyataan, bukan peribadinya hujah ini ditujukan. 
Lahir sebagai melayu, itu rezeki. Tapi adakah maknanya lahir sebagai bangsa lain tu bukan rezeki? Bukan kurniaan Allah? Bukankah kita berasal dari pencipta yang sama?
Kita pegang agamaku untuk agamaku, agama kamu untuk agama kamu, hanya boleh berlepas diri dari soal agama, tapi keharmonian masyarakat itu mana boleh lepas tangan. Kita tak diajar bangsaku untukku, bangsa kau untuk kau. Asimilasi (campur aduk) budaya itu bukan dosa. Nak hidup sendiri2 pun bukan dosa, tapi saling menyakiti fizikal dan mental itu, islam tak ajar. 
Aku dan kau, hidup sama2 atas muka bumi ini. Untuk apa? Sebagai ibadah kepada Allah. Supaya aku lunaskan tanggungjawab aku untuk berikan kefahaman islam kepada kamu yg berlainan bangsa. Dan kamu pula? Supaya kamu dalam perjalanan mencari kebenaran, juga ibadah (tujuan, perkara tuntutan…