Tuesday, April 22, 2014

Mahligai dakwah?

- bismillah -

My laptop keyboard got a problem. I got a problem actually. -,-

Saya dapat ni dari usrah.
"Kalau dari awal membuat pilihan yang salah, jangan bermimpi hendak melakukan dakwah".

Perbincangan yang kami kupaskan adalah lebih besar, perlukan keyboard yang sempurna untuk menaipnya.

Balik pada kata2 di atas, sebenarnya hidup ini rugi kalau sekadar mengikuti lumrah alam. Maksudnya, hanya ikut apa orang lain buat, sampai masa kahwin, ada anak, ada cucu, lalui hari2 berkeluarga.

Sebagai penggerak islam, bukan sekadar menjadi beban kepada gerakan islam, kita kena take part juga, untuk masyarakat. Orang yang tak faham islam, kita fahamkan. Kanak2 yang tak ada pendidikan, kita beri didikan. Rakan2 yang kekosongan, kita isikan dengan apa sebenarnya potensi yang ada dalam diri mereka untuk mengambil bahagian dalam menyumbang kepada islam.

Sebagai ibu, sumbangan mereka pada masyarakat sangat besar biarpun hanya duduk di rumah, dengan syarat mereka mendidik anak2 menjadi contoh dan berguna kepada masyarakat. Kalau bekerja lagilah lebih banyak target orang yang kita boleh sebarkan islam, biarpun hanya dengan akhlak baik, tak perlu ceramah2.
Sebagai ayah pula?

Di sini peranan isteri memberi kesan besar. Kalau si ayahnya berkemamuan mengajar dengan ilmu yang dimilikinya, maka perkara itu jangan menjadi ungkitan kenapa suaminya tidak boleh lepak2 di mall pada hujung minggu. Kalau si suami itu mandom pula, hehe, maka peranan si isteri menggerakkan suami dari futur.

Tapi semua itu hanya mimpi dan amat janggal kalau hidup sebelum berkahwin tidak pernah menyumbang pada masyarakat, tidak pernah bekerja untuk persatuan, tidak pernah meeting sehingga sakit2.

Jalan dakwah ini bukan hanya sekadar mengisi apa yang kosong dalam hidup kita.

"Kamu kahwin kerana nak kuatkan dakwah, kalau ditimpa ujian berat di tengah2 perkahwinan, maka kembali semula kepada niat asal kamu. Kamu tak akan menyesal dan menyerah." Kata kakak naqibah.

Itulah, kalau tak jumpa niat, jangan mulakan sebarang ikatan. Takut nanti putus hanya meninggalkan kelukaan dan penyesalan.

Saya hanya mengangguk, tak nak komen lebih sebab diri sendiri masih kelompongan.

Tapi betul, kalau hanya fikir, lepas kerja nak beli beg Michael Kors, heh kenapa saya tak fikir apa agenda dakwah yang saya boleh buat lepas bergaji nanti?

Kalau rasa best marriage seorang public figure yang Allah limpahkan rezeki melalui peluang dan wang, maka seharusnya saya mengimpikan perkara yang sama, tapi, bukan sekadar untuk keluarga sendiri. Perlu ada sesuatu yang keluarga yang bakal saya bina sumbangkan pada masyarakat. Hurmm. Baru tak sia2 duit kita, tak sia2 masa kita, tak sia2 keluarga kita.

Ya, sepertinya cakap ku kencang. Ah, haruslah utk punyai teman yang highly motivated jugak nih.
Tidak jalan kalau geraknya sendiri-sendiri.

Usrah petang itu berakhir setelah azan maghrib bekumandang. Pulang ke rumah dalam keadaan, i want a wedding or a marriage?

Konklusinya, setiap dari kita diuji. Futur itu simpang yang ada di setiap jalan. Kalau dapat suami baik, gerakkan islam, alhamdulillah, maka janganlah menjadi isteri yang menghalang. Kalau dapat sebaliknya, itu ujian juga, supaya jangan leka dan lalai dari kesedaran menjadi tenaga kepada islam.

Ah, betapa berharganya nikmat usia muda (youth) kerana pada waktu ini kita paling bersemangat! Cubalah lihat page misi kemanusiaan, mereka yang nendekati golongan miskin, banduan dan mat2 rempit, semua ini kerana darah muda, yang pastinya tinggi lalu disalurkan ke jalan sebaiknya. Anak muda sekarang hanya bercakap soal charity, charity, charities everywhere.

Alhamdulillah.

Banyak hikmah nya kita mendekati masyarakat. Kalau tak kenal orang yang serba kekurangan, kita tak tahu kita ada kelebihan yang boleh disumbangkan. Kalau tak kenal orang lebih dari kita, maka entah bila rasa tunduk dan humble dan sedar utk tingkatkan potensi diri akan menjelma.

Akhir kalam, let's pray moga Allah sentiasa ilhamkan pemikiran dan gerak kerja kita ke arah memberi dan menyumbang. Apabila sudah memilih jalan islam, maka luruskan niat ke syurga. Jika belum memilh islam sebagai jalan hidup, biarpun niat kita lurus untuk charity, kembalilah bermuhasabah, moga tiada apa2 yang sia2.

Peringatan diri dan semua, dari Allah taala, alkahfi ayat last2, tentang kesia2an dalam beramal. Moga sentiasa dalam jagaan Allah. 

No comments:

Post a Comment

Selamat hari raya aidilfitri 1438H

- bismillah - Alhamdulillah. Tahun ni beraya di kampung halaman dengan mak dan ayah. Bertiga sahaja. Hehe. Ok lah kadar kemeriahannya wala...