Wednesday, April 2, 2014

Jangan bersedih wahai daie ila Allah

- bismillah -

Ramai orang sedar apa itu tugas dakwah.
Bukan sekadar solat, bukan sekadar tutup aurat.
Dulu, sebelum kenal dakwah, kita hanya jaga diri sendiri. Baca quran, solat, puasa.
Tapi rupanya, kita ada juga tugasan menyebarkan, yakni dakwah.

Fenomena lazim pelajar yang melangkah keluar dari alam persekolahan, mereka akan didedahkan dengan 'usrah'. Masuk juga jargon-jargon ganjil dan janggal seperti 'bulatan gembira', 'adik beradik', 'ukhti akhi' dan banyak lagi.

Melalui kakak-kakak naqibah, kita mula merasakan diri diambil berat, disayangi, tambah-tambah apabila tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Saya tak nak menulis untuk artikel ini sebagai mad3u, walaupun hakikatnya saya ini juga mad3u, tapi biarlah artikel ini berada pada sudut pandang seorang da3ie.

Apabila baca blog A, kita merasakan 'wah, hebatnya dia kendalikan usrah!'
dan apabila membaca artikel tulisan si B, 'masyaAllah seronoknya buat halaqah atas padang rumput.'
si C pula berkongsi gambar dia menyambut birthday bersama-sama anak usrah.
si D pula mendapat panggilan telefon dari anak usrahnya mengucapkan selamat dan tahniah.
si E pula masak-masak di hari minggu dengan usrahnya
dan banyak lagi momen indah yang membuatkan pembacanya tersenyum dan membuak-buak mahukan momen itu untuk berlaku kepada diri juga....

tapi, realitinya, dalam melalui perjalanan ini, banyak kali hati akan tersiat, banyak kali air mata panas merembes, hingga akhirnya seluruh susuk tubuh membeku dalam keputusasaan.

Tak percaya? inilah realiti dakwah atas tanah.
Kalau dakwah anda karpet merah, dan ianya wujud saya mengaku, segalanya kelihatan menjadi.
Pengisian yang disampaikan terkesan di hati, aktiviti yang dirancangkan berjalan, anak-anak usrah memberikan sokongan, segalanya nampak tersusun. saya pernah jumpa usrah begini, tapi bukan saya da3ie nya.

Untuk situasi da3ie atas tanah yang lain, menangis itu biasa. Kecewa itu biasa. Marah itu biasa.

Naqibah sampai, dan tiada seorang pun anak usrah kelihatan.
Naqibah ambil cuti dari kerja, tiba-tiba usrah batal.
Anak-anak usrah tiba-tiba pergi hadir usrah lain pada masa yang sama.

Saya tak nak cerita kisah saya, tapi saya suka berkongsi bagaimana merawat kekecewaan... :)

1. Kalau rasa diri dah cukup ikhlas, maka itu tandanya anda merasa ujub dengan diri. Sangat halus, tapi ini jarum yang kena buang.

2. Kalau rasa dah cukup penat, maka kenang semula tempat rehat yang kita mahu. Nak rehat-rehat sambil berusrah atau lebih mengimpikan tempat rehat abadi di akhirat?

3. Letakkan erti bahagia itu dalam memberi dan pergi (give and go). Sebab kalau kita ada sifat menunggu balasan (give and wait), maka kita akan mengambil masa untuk bahagia. - kawan saya pesan ni

4. Fokus apa yang usrah kita kuat, apa yang usrah kita ada.
Kalau usrah kita ada ukhwah, kenang dan simpanlah memori ukhwah yang bahagia. Kalau usrah kita ukhwah tak rapat sangat tapi komitmen mantap, senyum dan hargailah hati-hati mereka yang datang menadah ilmu itu. Biarpun seorang yang muncul.
Habis sangat kalau tak ada kualiti langsung dalam usrah, fokuslah pada pembinaan naqibah yang berusaha mencari dan memberi yang terbaik. :) pasrah.
Jangan fokus 'usrah aku tak ada masak2, tak ada gelak2, tak ada itu ini macam orang lain....' buat sakit perasaan saja.

5. Tawakal pada Allah, moga amanah ini tertanggung, pemberat mizan kebaikan, bukan menjadi hujah ke atas kita tak cekap buat kerja dan lain2.

Kalau mad3u buat sesuatu yang kita tak suka sebagai tanda protes, kenanglah Rasulullah yang dibaling batu di Taif dulu. Banyak ibrah dari kisah itu.

Siapalah kita kalau kita rasa hanya kita yang diuji....

Dan tidak salah mengambil inspirasi dari naqibah lain yang berjaya. Cumanya, peganglah bahawa ujian ini bukan untuk buat kita lemah dari mereka yang lain, dan bukan juga ujian ini untuk buat kita bangga diri kerana 'lebih diuji dari yang lain...'

Simpanlah keyakinan dalam hati, bahawa ujian ini bukan sia-sia Allah beri.
InsyaAllah nikmat yang tidak kita rasa di dunia, Allah akan gantikan yang lebih baik di akhirat.

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...