Tuesday, April 29, 2014

21 tahun

- bismillah -

A: kita dah 21 tahun kan.....
B: kita baru 21 tahun.....

Persepsi. 

Si A sudah bersedia menempuh kehidupan bergelar dewasa. 
Sementara si B masih terawang-awang menikmati usia muda. 

Si A sudah memberatkan kepalanya merancang gerak kerja.  
Si B masih selesa berjalan-jalan di taman bunga. 

:)
Tak ada masalah bagaimana persepsi kita. Asalkan kita tahu mati itu bila-bila masa. Sedangkan tarikh lahir tak sama, kenapa kita nak harapkan kematangan yang sama antara manusia?

Tak salah, asalkan menjadi matang kena pada tempatnya, menjadi kurang matang pun biar kena pada tempatnya. 

Apabila memilih untuk berpersepsi B, jangan kita tidak senang melihat A melangkah ke alam dewasa. 

Apabila memilih untuk berpersepsi A, jangan kita cemburu melihat kelapangan hidup si B.  

Jangan menyesal membuat pilihan. 

P/s rakan2 sekeliling dah mula mengorak langkah. Errr. I am B. 

Sunday, April 27, 2014

Mengharap manusia membalas rasa

- bismillah -

Dengan harapan kita menipu, 
Dengan harapan juga kita tertipu. 
Menipu diri sendiri menongkah logik,
Tertipu dengan masa yang sentiasa berdetik. 

"Perkara paling sedih dalam minggu ini ialah...."
Seorang sahabat memulakan bicara. 

Dan perkara yang diluahkan itu juga satu bentuk harapan, yang telah sampai ke penghujungnya. Pendek kata, harapan tinggal harapan. 

Saya belum jumpa kunci menghilangkan sedih andai menaruh harapan namun perkara sebaliknya pula timbul. 
Hendak dikatakan hafal quran kuncinya, ah sama saja saya lihat bagaimana sahabat2 huffaz tidak terkecuali untuk kecewa dengan harapan yang tak kesampaian. 

Menjadi diri yang satu ini, banyak menjadikan saya berasa kerdil. Betapa perasaan sendiri juga tidak mampu ditahan, apatah lagi menahan perihal orang lain. 

Kita diuji dengan sekecil-kecil perkara, hati dan perasaan sendiri, hinggalah sebesar-besar perkara. Tiada orang yang dapat memboloskan diri. Jika dia kuat melawan ujian besar, boleh jadi dia paling lemah berdepan ujian kecil. 

Pernahku terbaca,
"Wahai jibril, kirimkan ujian buat hamba-Ku ini, kerana Aku rindu mendengar pengaduannya."

Bersyukurlah. Kau dirindui oleh Tuhan yang maha Tinggi. Buangkan rindu kau pada manusia yang tidak bersahut itu. 

Perempuan. 
Lelaki. 
Semuanya tidak lepas diuji. 

Berdoalah moga rumah tangganya dinaungi Allah. 
Jika bukan takdirmu menjadi pendampingnya, hingga ke syurga, maka bawalah pendampingmu nanti berjiran dengannya di syurga. 
Di syurga tiada dendam, tiada khianat. 
Sama2 menikmati bahagia, sama2 menjadi ahli syurga. 
Dia dengan pasangannya, kamu dengan pasanganmu. 

Bawalah cinta yang disemai di dunia ini bersambung di akhirat. 

Kerana cinta adalah menginginkan kebaikan, biarpun tidak memiliki. 
Dan cinta Allah kepada hamba-Nya, melebihi cinta kita. Kerana kita sememangnya milik Allah. 

Sungguh, kesedihan dan kekecewaan itu hanya sehari dua. Lenyapkanlah marah dan cemburu. Biar dia tenang menghadapi hari bahagianya, kita tenang mendoakannya. 
Yang pasti, kita sentiasa mahukan kesudahan terbaik buat dua2 pihak. 

Berdoalah. Letakkan yakin dan setinggi harapan pada rahmat Allah, melebihi yakinnya kita pada amalan yang tak seberapa, untuk membeli cinta dan syurga Allah. 

:) mohonlah syurga Allah, lebih dari memohon dia untukmu. 


Tuesday, April 22, 2014

Mahligai dakwah?

- bismillah -

My laptop keyboard got a problem. I got a problem actually. -,-

Saya dapat ni dari usrah.
"Kalau dari awal membuat pilihan yang salah, jangan bermimpi hendak melakukan dakwah".

Perbincangan yang kami kupaskan adalah lebih besar, perlukan keyboard yang sempurna untuk menaipnya.

Balik pada kata2 di atas, sebenarnya hidup ini rugi kalau sekadar mengikuti lumrah alam. Maksudnya, hanya ikut apa orang lain buat, sampai masa kahwin, ada anak, ada cucu, lalui hari2 berkeluarga.

Sebagai penggerak islam, bukan sekadar menjadi beban kepada gerakan islam, kita kena take part juga, untuk masyarakat. Orang yang tak faham islam, kita fahamkan. Kanak2 yang tak ada pendidikan, kita beri didikan. Rakan2 yang kekosongan, kita isikan dengan apa sebenarnya potensi yang ada dalam diri mereka untuk mengambil bahagian dalam menyumbang kepada islam.

Sebagai ibu, sumbangan mereka pada masyarakat sangat besar biarpun hanya duduk di rumah, dengan syarat mereka mendidik anak2 menjadi contoh dan berguna kepada masyarakat. Kalau bekerja lagilah lebih banyak target orang yang kita boleh sebarkan islam, biarpun hanya dengan akhlak baik, tak perlu ceramah2.
Sebagai ayah pula?

Di sini peranan isteri memberi kesan besar. Kalau si ayahnya berkemamuan mengajar dengan ilmu yang dimilikinya, maka perkara itu jangan menjadi ungkitan kenapa suaminya tidak boleh lepak2 di mall pada hujung minggu. Kalau si suami itu mandom pula, hehe, maka peranan si isteri menggerakkan suami dari futur.

Tapi semua itu hanya mimpi dan amat janggal kalau hidup sebelum berkahwin tidak pernah menyumbang pada masyarakat, tidak pernah bekerja untuk persatuan, tidak pernah meeting sehingga sakit2.

Jalan dakwah ini bukan hanya sekadar mengisi apa yang kosong dalam hidup kita.

"Kamu kahwin kerana nak kuatkan dakwah, kalau ditimpa ujian berat di tengah2 perkahwinan, maka kembali semula kepada niat asal kamu. Kamu tak akan menyesal dan menyerah." Kata kakak naqibah.

Itulah, kalau tak jumpa niat, jangan mulakan sebarang ikatan. Takut nanti putus hanya meninggalkan kelukaan dan penyesalan.

Saya hanya mengangguk, tak nak komen lebih sebab diri sendiri masih kelompongan.

Tapi betul, kalau hanya fikir, lepas kerja nak beli beg Michael Kors, heh kenapa saya tak fikir apa agenda dakwah yang saya boleh buat lepas bergaji nanti?

Kalau rasa best marriage seorang public figure yang Allah limpahkan rezeki melalui peluang dan wang, maka seharusnya saya mengimpikan perkara yang sama, tapi, bukan sekadar untuk keluarga sendiri. Perlu ada sesuatu yang keluarga yang bakal saya bina sumbangkan pada masyarakat. Hurmm. Baru tak sia2 duit kita, tak sia2 masa kita, tak sia2 keluarga kita.

Ya, sepertinya cakap ku kencang. Ah, haruslah utk punyai teman yang highly motivated jugak nih.
Tidak jalan kalau geraknya sendiri-sendiri.

Usrah petang itu berakhir setelah azan maghrib bekumandang. Pulang ke rumah dalam keadaan, i want a wedding or a marriage?

Konklusinya, setiap dari kita diuji. Futur itu simpang yang ada di setiap jalan. Kalau dapat suami baik, gerakkan islam, alhamdulillah, maka janganlah menjadi isteri yang menghalang. Kalau dapat sebaliknya, itu ujian juga, supaya jangan leka dan lalai dari kesedaran menjadi tenaga kepada islam.

Ah, betapa berharganya nikmat usia muda (youth) kerana pada waktu ini kita paling bersemangat! Cubalah lihat page misi kemanusiaan, mereka yang nendekati golongan miskin, banduan dan mat2 rempit, semua ini kerana darah muda, yang pastinya tinggi lalu disalurkan ke jalan sebaiknya. Anak muda sekarang hanya bercakap soal charity, charity, charities everywhere.

Alhamdulillah.

Banyak hikmah nya kita mendekati masyarakat. Kalau tak kenal orang yang serba kekurangan, kita tak tahu kita ada kelebihan yang boleh disumbangkan. Kalau tak kenal orang lebih dari kita, maka entah bila rasa tunduk dan humble dan sedar utk tingkatkan potensi diri akan menjelma.

Akhir kalam, let's pray moga Allah sentiasa ilhamkan pemikiran dan gerak kerja kita ke arah memberi dan menyumbang. Apabila sudah memilih jalan islam, maka luruskan niat ke syurga. Jika belum memilh islam sebagai jalan hidup, biarpun niat kita lurus untuk charity, kembalilah bermuhasabah, moga tiada apa2 yang sia2.

Peringatan diri dan semua, dari Allah taala, alkahfi ayat last2, tentang kesia2an dalam beramal. Moga sentiasa dalam jagaan Allah. 

Tuesday, April 15, 2014

Summer break to-be

- bismillah -

Exam is around the corner. 
Another system will come after that, the urogenital system. 
And summer break is aproaching fast!

But... i have no destination to go. 
No, no partners to go with. 
How bad it is kan. 

I'm not really that determine to go alone anywhere in the estranged place. Never in my mind that i've come across with such immature decision. Mak ayah pun will never let me. Balik malaysia alone pun diorang risau hari tu. Luckily ada kawan last minit naik flight tarikh sama. Luckily. 

But guess what? I found no clue. 

Am i that lone ranger or what?

Peeping into my social life, i enjoy meeting people. 
I have a lot of acquaintances, but i dont really consider them close friends. While some other people elsewhere may know lil amount of people yet they stick together firmly. 

And recently my i-consider-close friends and i planned to spend our holiday somewhere in the arab world. And i have even tell my parents about it. 

Yet today, we talked about it again, and guess what... :)

Zzz. 

That is why i dont like to have close friendships. It hurts the most when you least expect it. 

"We want to contribute to the society...so we are not going anywhere."

So, i guess my holiday project will be something self-planned. Playing the piano, cooking, reading, writing. 

Happy contributing my friends. But please straight oneself tu dulu before nak buat amal jamaie. 

Janji, bukan abu kayu bakar suka2 hati boleh terbang.
Plan sama2, buat keputusan ikut kepentingan diri sendiri. 
My bad jugak kot placing high hope on this. False hope rupanya. 

So, anybody nak pergi holland this summer? Turkey maybe? 

Poor naive little girl as if.

***
"Mana tahu boleh pergi umrah...adik kan nak pergi mekah." My lovely mom once said this. 

:')
I have always have Allah as my true Companion. 

Thursday, April 3, 2014

Membina keikhlasan

- bismillah -

Tahun tiga. Alhamdulillah. 
Hari ni kelas physio terakhir untuk sistem kali ini. Doktor physio ialah doktor terbaik setakat ini. Sooo fatherly. So humble yet he stands out as the best in his field. 

And saya terfikir untuk jadi macam beliau juga one day. 
"Usually, in the last lecture i will take some pictures with my students...." lalu doktor pun keluarkan digital camera beliau dari poket white coat. Comel benor. 

Hurm, jadi lecturer pun best jugak nih. 

Haihlaa haihlaa. Ke mana hilang jiwa raga dulu yang nak jadi doktor dan bekerja di hospital? Klinikal?

"Ramai doktor perempuan pilih untuk kerja selain bidang klinikal. Padahal kamu diperlukan di ward..." Saya pernah dengar seorang doktor pesan begini. 

Betul. 

Belajar medik best. Sangat best. 
Jadi doktor best ke? Tak tahu lagi sbb tak masuk hospital lagi. 

:) 
Now i have a strong reason why i take medicine course. Not just to become a doctor. 

And i said in my batch group just now, "i wont recommend others to become a doctor..." 

Why? Sebab you have to sacrifice a lot. And that hanya akan bahagaikan you bila your iman is strong. Heh. Tak kuat iman, kau takkan percaya effort kau ini balasan dia syurga. 

Sacrifice. 
I am not the same like others.
Busy, working, tired. Studying till the rest of my life amiin. 
May all these are sebati sampai i dont feel i want to live ordinarily. 
May virus dunia tak melekat. 

Goal-oriented. 
And might be a problem-oriented life. 
There's always a case to solve. 

This is medicine, it is not merely just about a hospital and its content. 

InsyaAllah pray for me ;)

Wednesday, April 2, 2014

Jangan bersedih wahai daie ila Allah

- bismillah -

Ramai orang sedar apa itu tugas dakwah.
Bukan sekadar solat, bukan sekadar tutup aurat.
Dulu, sebelum kenal dakwah, kita hanya jaga diri sendiri. Baca quran, solat, puasa.
Tapi rupanya, kita ada juga tugasan menyebarkan, yakni dakwah.

Fenomena lazim pelajar yang melangkah keluar dari alam persekolahan, mereka akan didedahkan dengan 'usrah'. Masuk juga jargon-jargon ganjil dan janggal seperti 'bulatan gembira', 'adik beradik', 'ukhti akhi' dan banyak lagi.

Melalui kakak-kakak naqibah, kita mula merasakan diri diambil berat, disayangi, tambah-tambah apabila tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Saya tak nak menulis untuk artikel ini sebagai mad3u, walaupun hakikatnya saya ini juga mad3u, tapi biarlah artikel ini berada pada sudut pandang seorang da3ie.

Apabila baca blog A, kita merasakan 'wah, hebatnya dia kendalikan usrah!'
dan apabila membaca artikel tulisan si B, 'masyaAllah seronoknya buat halaqah atas padang rumput.'
si C pula berkongsi gambar dia menyambut birthday bersama-sama anak usrah.
si D pula mendapat panggilan telefon dari anak usrahnya mengucapkan selamat dan tahniah.
si E pula masak-masak di hari minggu dengan usrahnya
dan banyak lagi momen indah yang membuatkan pembacanya tersenyum dan membuak-buak mahukan momen itu untuk berlaku kepada diri juga....

tapi, realitinya, dalam melalui perjalanan ini, banyak kali hati akan tersiat, banyak kali air mata panas merembes, hingga akhirnya seluruh susuk tubuh membeku dalam keputusasaan.

Tak percaya? inilah realiti dakwah atas tanah.
Kalau dakwah anda karpet merah, dan ianya wujud saya mengaku, segalanya kelihatan menjadi.
Pengisian yang disampaikan terkesan di hati, aktiviti yang dirancangkan berjalan, anak-anak usrah memberikan sokongan, segalanya nampak tersusun. saya pernah jumpa usrah begini, tapi bukan saya da3ie nya.

Untuk situasi da3ie atas tanah yang lain, menangis itu biasa. Kecewa itu biasa. Marah itu biasa.

Naqibah sampai, dan tiada seorang pun anak usrah kelihatan.
Naqibah ambil cuti dari kerja, tiba-tiba usrah batal.
Anak-anak usrah tiba-tiba pergi hadir usrah lain pada masa yang sama.

Saya tak nak cerita kisah saya, tapi saya suka berkongsi bagaimana merawat kekecewaan... :)

1. Kalau rasa diri dah cukup ikhlas, maka itu tandanya anda merasa ujub dengan diri. Sangat halus, tapi ini jarum yang kena buang.

2. Kalau rasa dah cukup penat, maka kenang semula tempat rehat yang kita mahu. Nak rehat-rehat sambil berusrah atau lebih mengimpikan tempat rehat abadi di akhirat?

3. Letakkan erti bahagia itu dalam memberi dan pergi (give and go). Sebab kalau kita ada sifat menunggu balasan (give and wait), maka kita akan mengambil masa untuk bahagia. - kawan saya pesan ni

4. Fokus apa yang usrah kita kuat, apa yang usrah kita ada.
Kalau usrah kita ada ukhwah, kenang dan simpanlah memori ukhwah yang bahagia. Kalau usrah kita ukhwah tak rapat sangat tapi komitmen mantap, senyum dan hargailah hati-hati mereka yang datang menadah ilmu itu. Biarpun seorang yang muncul.
Habis sangat kalau tak ada kualiti langsung dalam usrah, fokuslah pada pembinaan naqibah yang berusaha mencari dan memberi yang terbaik. :) pasrah.
Jangan fokus 'usrah aku tak ada masak2, tak ada gelak2, tak ada itu ini macam orang lain....' buat sakit perasaan saja.

5. Tawakal pada Allah, moga amanah ini tertanggung, pemberat mizan kebaikan, bukan menjadi hujah ke atas kita tak cekap buat kerja dan lain2.

Kalau mad3u buat sesuatu yang kita tak suka sebagai tanda protes, kenanglah Rasulullah yang dibaling batu di Taif dulu. Banyak ibrah dari kisah itu.

Siapalah kita kalau kita rasa hanya kita yang diuji....

Dan tidak salah mengambil inspirasi dari naqibah lain yang berjaya. Cumanya, peganglah bahawa ujian ini bukan untuk buat kita lemah dari mereka yang lain, dan bukan juga ujian ini untuk buat kita bangga diri kerana 'lebih diuji dari yang lain...'

Simpanlah keyakinan dalam hati, bahawa ujian ini bukan sia-sia Allah beri.
InsyaAllah nikmat yang tidak kita rasa di dunia, Allah akan gantikan yang lebih baik di akhirat.

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...