Thursday, March 13, 2014

Indahnya memaafkan

- bismillah -

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. 
Dulu2, kecik2, kalau rosakkan atau jatuhkan apa2, mesti kena marah. 

Tapi suatu hari, saya pecahkan pasu. Retak ja. Pasu tu pulak hadiah birthday mak kalau tak salah. Lama, saya simpan dlm kotak bawah katil. Masa ni tadika kot. Tapi yang pasti bukan sekolah menengah. 

Takut mak marah. Nanti kena rotan. Sebab dua tiga tahun sebelum tu ada main penapis santan dan ntah apa jadi lepaa tu kena rotan. Hihihi. Takpe, kenangan tu pun dah samar2. 

Balik kepada cerita pasu, one day saya beranikan diri bagitau mak pasal tu. 

Dan mak tak marah!

Dan sejak tu saya melalui satu fasa perubahan. Orang yang tak sengaja buat salah memang tak salah! Sejak itu, saya tak pernah takut kena hukum bila kesalahan yang dibuat tak sengaja. Dari kanak2 penakut dengan kesalahan kepada mentaliti up sikit, berani. 

Dari ibu kepada anak kecil kepada ibu kepada anak awal remaja. 
Pandai mak guna psikologi. :) kecik2 garang tapi dah besar sangat penyayang!

Begitu juga ketika masuk ke darjah 5 dan 6. Orang kata, cikgu matematik garang. Tapi bila masuk kelas, cikgu suka buat lawak dan sangat baik. Pelik bila orang kata cikgu garang. Rupa2nya, hanya orang tak siap homework saja selalu kena cubit!

Dan psikologi saya berubah lagi, orang takkan garang atau marah tak bertempat kalau kita jadi baik. Cikgu bukan untuk ditakuti, tapi untuk jadi strong support system kita. 

Masuk tingkatan 4 & 5 pun sama. Orang kata cikgu2 saya paling garang dalam perlis. Hehe. Tapi alhamdulillah, mereka banyak buat lawak, banyak berkongsi pengajaran dan nasihat. Cuma ada jugalah ketika tak hantar nota (homework saya suka buat, nota jammed), cikgu marah. 

Masa zaman anak2, kalau dimarahi kita akan menangis sedih atau sakit. 
Tapi bila masuk zaman lewat remaja, bila cikgu marah kita rasa bersalah pulak. Mereka dah semangat nak mengajar, sekali anak2 murid tak siap homework pulak...

Masuk zaman awal dewasa, persepsi marah itu berubah lagi. Kali ini, marah kita lebih banyak terpendam. Kita tak boleh sembur orang sesuka hati. 

Kadang, marah itu kembali ke zaman budak2. Marah = menangis. Cuma zaman kanak2, kita dimarah lalu kita menangis. Tp zaman dah besar, kita marah orang maka kita pula yang menangis. Pedih dalam hati. 

Entahlah. Orang kata bila dah jadi doktor nanti akan selalu kena marah. 

Kitaran. Dan persepsi akan terus berubah. Percaya pada Allah atas segala takdir terbaik. InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...