Sunday, February 23, 2014

Rahsia

- bismillah -

Ada benda yang rahsia dan akan terus jadi rahsia. Terutamanya rahsia hikmah dan ketentuan yang Allah tulis ke atas kita. 

Rezekinya
Ajalnya
Tempatnya di syurga atau di neraka

Setiap perkara yang berlaku adalah atas pilihan dan kemahuan kita, tapi yang berkuasa memberikan kita pilihan, dan yang berkuasa membenarkan pilihan kita terjadi ialah Allah. 

Beriman dengan qadha dan qadar Allah. 

Boleh jadi kalau kamu sakit wahai si sihat, kamu akan berbuat kufur dan ingkar. Vice versa. 

Samalah kes orang yang terjadi sesuatu ini. Boleh jadi kalau terima, maksiat akan terjadi. Maka sebab itulah tertolak permintaan. Tetiba. 

Dr Uqlah cakap, dan dia pun dapat benda ni dari ulamak2, ialah
Jika kita, tambah tolak bahagi darab semua nikmat yang dapat dan nikmat yang tak dapat, maka semua orang sama sajaaaa sebab Allah maha adil. 

Tapi ingatlah kalau kita menghitung nikmat Allah pasti takkan terbilang lah. So tak payah nak buat research nak kira berapa nikmat orang tu orang ni dapat. Zzz. 

Jagalah hubungan dengan Allah. 
Kita tak hendak sesuatu perkara yang kotor, maka sucikanlah diri sendiri dulu. 

Jodoh aku Allah dah atur. 
Jodoh kau pun Allah dah atur. 

Ingat semula kisah 
Asiah
Maryam
Isteri nabi lut
Aisyah
Rabiatul adawiyah
Dan banyak lagi

Juga jangan lupa untuk includekan nama sendiri untuk wanita muslimah. 
Kerana setiap kita ada kisah kita. 

Tak perlu nak khaskan diri pada mana2 manusia, buat pencemaran saja. 

Trust Allah for the best planning!
:)

Sungguh, boleh jadi kematian itu lebih dekat dari apa yang kamu jangkakan. 
Dan sungguh, kamu sudah bertunang dengan kematian, apa kamu masih leka tidak membuat persediaan?

1 comment:

  1. agreed. angan2 panjang tak ke mana....just make yourself available and flexible for any decision or path yg Allah dah tentukan.

    ReplyDelete

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...