Tuesday, January 28, 2014

Rainfall

- bismillah -

Hari selasa. 
Hari ini irbid hujan! MasyaAllah. 
:)

Alhamdulillah. Happy. 
Sebabnya, ini winter yang tak sejuk sebab hujan tak turun. Hari2 tak ada awan. Tapi hari ni dah hujan. And i love it. Sejak di malaysia lagi suka bila hujan turun. 

Walaupun kuyup, demam etc. 

Love tanpa syarat. Adeh. 

Hari tu waktu permulaan winter, penduduk sini buat solat minta hujan. Sebab waktu yang patut hujan turun, tapi tak turun2. Sedih pun ada. May Allah bless irbid, bumi syams. 

Hujan 2-3 hari, even salji 2 kali! (Irbid tak pernah salji setiap tahun, selang2. Tapi kali ini dah 2 tahun berturut-turut)... Lepas tu panas macam biasa. Belasan degree. Lama. Masa 1st year dulu, masuk winter saja hari2 hujan. Basah kuyup. Tahun ni tak perlu pakai boot pun. Sport shoes pun ok, sebab hujan tak ada!

Mungkin dosa2 menghalang. Hujan kan rahmat Allah. Walaupun kalendar cakap waktu ni patut turun hujan, tapi still xdapat kalau Allah tak izin. 

Setiap kali sebut pasal rahmat Allah, ingatlah kisah ni. 

Seorang ahli ibadah, dia kata dia confirm masuk syurga dengan ibadah dia. Tapi Allah kata, Allah masukkan siapa yang Dia kehendaki dan dengan rahmat-Nya. Ya, dengan rahmat Allah barulah kita boleh dapat segalanya. Bukan dengan usaha kita yang bongkak. 

Habis tu tak yah beribadah lah ya? Just minta doa nak rahmat? NO. Absolutely misleading. 

Yes, dengan rahmat Allah barulah kita confirm masuk syurga. 
Dan...jadikan amalan dan ibadah yang kita buat itu sebagai jalan mendapat rahmat Allah. :) doa minta rahmat Allah, ketahuilah doa itu pun ibadah. 

Dan usaha jaga diri dari buat dosa dan salah. Sebab benda itupun menghalang rahmat Allah (tapi jangan lupa rahmat Allah sangat luass, Allah beri kepada siapa Dia nak bagi.)

Sebab Allah sayang hamba-hamba-Nya. Unconditional love. Kita tak mampu nak beli atau nak balas pun. Tapi Allah still keep on giving. 

Despite kita buat salah, despite kita kecewa dengan apa yang berlaku,
Allah still limpahkan kasih sayang-Nya. 
Allah kejut kita bangun, Allah bagi surprise, Allah bagi hidayah dan taufik untuk bergerak dan buat amal, dan macam2 lagi. 

Allah dengar. Allah tahu. 
Allah akan beri kepada siapa Dia kehendaki. 

Am crying. May Allah sayang kita semua selalu. 
May Allah izin kita ini orang yang bersyukur. 

P/s am leaving irbid soon for malaysia and it's raining! :'(

Sunday, January 26, 2014

There will be a certain time in your life, 
Where you would find yourself drowning

You watched yourself in the water, drowning. 
You called for help, you run for others to come and help

Yet, you still find yourself drowning
You swim hard
You jerk both your feet to the underlying water
Yet you still gasping for air and fighting from being drowned

Life is cheeky. 
You remember how once that you did learn how to swim
You even taught others!
But when the certain time in life come, 
You found yourself feeling helpless from drowning 

This is very hard. 
A very hard time. 
T.T

Thursday, January 23, 2014

Kematian yang menanti

- bismillah -

Baru baca pasal kematian seorang kakak di malaysia. Tak kenal direct, tapi a friend of friends. 

Dalam entry lepas baru dapat cerita pasal beliau terlantar koma. Sekarang dah dijemput Allah kembali kepada-Nya. 
Alfatihah. 

***
Hidup kita ni ada penghujung. Bukan event atau acara penamat, bukan juga umur sekian sekian penghujung hidup kita. Bukan dah ada anak-cucu maka itu  ialah penamat hidup, bukan umur 60 ialah penamat hidup. Tak, bukan seperti sangkaan kita. 
Entahlah apa penghujungnya, tapi yang pasti hidup akan sampai ke penamatnya. Life will eventually comes to an end. 

Tips study yang deep: minda kena buang distractions. Cara paling best, ingat mati boleh datang bila2. Buang fikiran nak kerja di hospital, nak beli this ansd that, nak bina hidup, nak kumpul itu ini, nak travel, nak buat apa cuti winter break nanti...

Paling utama, kalau ada kerja dan amanah, settlekan dulu. 
Baru boleh study dengan aman tanpa terngiang-ngiang. Baru boleh mati dengan aman tanpa hutang. 
Kalau kesuntukan masa nak settlekan amanah, study lebih prioriti, maka buat nota itulah benda utama nak buat lepas habis exam. Ataupun voice out pada kawan2, mana tahu diorang boleh settlekan, sama ada diorang settlekan waktu kita study ataupun time kita dah tak ada. 

Jangan risau dengan future. Care untuk masa sekarang. 
Sebab the present time is already exists, but the future might be not. Kalaupun pun future tu datang pada kita, dia mengikut acuan yang kita guna pada masa sekarang juga. 

Move on. 

Qalbun salim. Hati kena tenang. 
Nak tenang kena bahagia. 
Nak bahagia kena bersyukur. 
Nak bersyukur kena dapat sesuatu. 
Nak dapat sesuatu kena berusaha. 
Nak berusaha kena berterusan. 
Nak berterusan kenalah tenang...tanpa gangguan. 

Bukan tanpa gangguan, tapi bijak meletakkan gangguan pada tempatnya. 

***
Pandang mata manusia itu cerminan hatinya. 
Dia resah dengan sahabatnya, matanya akan terpancar dengan doa dan harapan kepada sahabatnya. 

Dan saya nampak kerisauan itu pada matanya sewaktu memandang dan bertanya. 

Future is future. Bukan tak kisah, tapi cara saya ialah one after another. Buat kerja serentak memang tak terbawa. 

***
Blog ini dah nak masuk 6 tahun. 
(2008-2014)
Alhamdulillah :)
Moga sentiasa dalam jagaan Allah.
Ini juga harta saya utk ditinggalkan. :)

Monday, January 20, 2014

GERD and me

Me and GERD

- bismillah -

Semalam, saya cepat2 makan sandwhich zinger dalam teksi. Perut berkeroncong tak terkata. Habis separuh, saya simpan semula. Saya dan sahabat saya dalam perjalanan ke EM jordan. 

Saya lihat rakan sebelah saya maintain relax, tak lapar ke dia?

Sampai ke emj, solat dulu. Buat urusan sampai habis. Sebelum balik, kami dipelawa makan nasi arab, kebetulan jamuan untuk ajk meeting. 
"Itulah, saya dah ajak kamu makan dari awal2 tadi...!" Pak cik hasan (kot namanya) tersengih sambil berkata2 kepadaku dalam bahasa arab. Alaa, malulah pakcik. Sebenarnya, time saya cedok nasi tu ialah baki orang ajk meeting makan. Pakcik tu rasa bersalah. Ok what? Imma hungryyy. 
Nopelah, tak desperate pun tapi tadi penuh ajk lelaki, takkan orang luar meeting ni, perempuan pulak, nak pergi duduk makan sekali? Hehehe. 

Habis makan pergi mall kejap, nak tunggu asar then nak balik irbid. Tapi kalau dah pergi mall sebelum asar, ofkos la sampai dekat2 maghrib baru gelabah nak balik. 

Beli aiskrim, makan dalam bas. Sambung makan sandwhich tak habis tadi. 

Balik rumah, ada meal for dinner. Kawan masak. It's a chicken porridge! Yum yum. 

Tengah makan dengan gembira, kawan saya tanya, "awak tak kenyang ke dari tadi?"

Err. 

Then the next morning baru nampak permainannya. I got GERD. Walaupun diagnose sendiri, but this can be one of recurrence. I was dx firstly during my first year here. It was so bad that time!

No, bukan sebab tak makan. But sebab makan banyak. Sebab apa makan banyak? Sebab acid banyak. Sebab apa acid banyak? Sebab makan banyak. Eh. 

I dont know the actual cause is. But memanglah belajar physio, makin high food intake akan stimulate acid secretion. Dan high acid jugak yang buatkan kita kelaparan. 

So today, i take citirizine. Tettt. It's an h-1 blocker! Not h-2 blocker which will relieve my growling tummy. So bad that i feel sleepy afterwards. 

Then i remember that i got some tablets of lansoparazole. And that soothen the stomach a bit. 

But still tiga pinggan jugak dinner lepas tu. Phew. 

And this is what always happen each time i face my final exams. Tak tipu. It always happens this way. Could it because of stress factor?

Back to the recent case,
I got cough since 2-3 days before. I thought because of cold. 
Then my mom tegur in the phone, kenapa suara lain macam? I got hoarseness in my voice! Oh my~ these are what the articles said when it comes to reflux complication. 

Zzzz. 

May Allah permudah. I am studying for my exam..and ironically it is Gastro-intestinal system exam. Guess that i dont have to put extra effort to memorise GERD eh since i can recall the symptoms based on what i'm having? :D

May Allah ease. Worry not, just that hoping for the best. 

And i received a news, a friend of friend's death. Innalillah. She left behind a toddler, still being breastfed, after being pronounced dead after a sudden coma. Suddenly i think as if my sickness might bring me to my death. Who knows better than would Allah do? But yeah, hidup ini akan kematian juga akhirnya.  

Moga diampunkan dosa. 
Moga beroleh pengakhiran yang terbaik. Amiin. 

Monday, January 13, 2014

Bidadari januari

- bismillah -

Aku bukan bidadari 
Jauh lagi tidak memiliki jiwa insani
Tak mungkin bisa selurusnya membuka hati
Itu hanya sifat bidadari

Aku insan manusia
Lebih tinggi martabatnya
Andai taat dan setia ibadahnya. 
Boleh jadi rendah juga letaknya
Ikut pada amalan ketika sedar dan lena

Andai ada sabar sikit lagi
Berkorban hak dan harapan hati
Mungkin ada seribu erti
Mungkin juga terlerai kekusutan kini

Tapi aku tak lupa
Jodoh, ajal maut dan rezeki bukan aturan kita
Biar apapun kata pujangga
Biar bagaimanapun usaha kita
Itu ketetapan di alam nyata

Jangan pernah lupa
Kau dijanjikan bidadari di alam sana
Tak perlu mengimpi bidadari di dunia
Kerana sungguh mereka tidak ada!

Aku baru bermula
Moga akhirnya dalam redha

Wednesday, January 8, 2014

Bina kapal (:)

- bismillah -

Penutup tahun 2012 yang lalu, saya start angau. Lepas tu boleh ignore. Hidup macam biasa. Lalui 2013 dengan jayanya sebagai pelajar yang masih belajar. 
Penutup 2013, got dragged untuk sentuh juga pasal ni. 
Something yang buatkan saya terbuka hati untuk spend masa dan fikir. 
Pergi jumpa kakak naqibah tanya flow orang kahwin macam mana. Yeah. Nak ambil tahu. Alang2 nak fikir, bagilah solid. Buang angan2 letak jauh2. Fikir realiti. 

"Kamu bacalah fatihah. Sedekahkan padanya." Nasihat sorang kakak. (Kalau tak tahu nasihat ni utk apa, bagus. I wont explain pun)

Senyum. Sampai sekarang saya tak berani buat benda tu. Sebab apa? Sebab reason saya nak hidup bersama2 manusia lain masih kabur. Kelabu asap. Dan tak yakin dengan pilihan sendiri. Lebih baik doa pada Allah for the best untuk masa sekarang. Nanti dah halal saya sedekah la hari2. Haha. 

-_- bai. 

Nampak tak 'got dragged' nya. 

Before i start to come back to this point of time, for about two weeks,
everything i did was thinking and thinking.
I cooked and i think of being a wife. 
I did my laundry and i praised myself.
The worst is, while going for shopping,
"Saya tak nak beli barang tu lah. Nak simpan duit nak kahwin."

Terlepas. And i was scolded by my friend! Huhiii. "You think too much la farhana. Because you always ignore about marriage before this. And now when you start you seemed too much into it."

Kitorang cakap melayu lah. But i speak english well when it comes to feeling. Novelsss. ~

And after that moment, i started to realise. Yes, i was being too much. 

And day by day, i try to find answers why and why. (At first i just googled how and how. How to prepare this and that.)

If we only think about give and take in marriage, kita akan penat. Everything will eventually wear out. Cash will run out. Energy will be depleted. Moods will be bored. 

:) cari sendirilah kenapa nak kahwin. Kalau sekadar nak penuhi kehendak dan tampung apa yang kurang, the marriage will be boredddd eventually bila apa yang kita nak dah dapat. 
If you are hunger and you got the food, it will only left you blurp out afterwards. No thanks but i hate blurping and its siblings. -.-

Analogi mudah, nak cruise di laut. 
You boleh pilih nak kapal mewah ke kapal selam, boleh pilih yang serba kekurangan atau mewah melimpah. 
Kalau kurang, you tahu you boleh upgrade later slow2. 
Kalau mewah, you tahu you boleh hidup senang lenang.

Tapi masalahnya, yang usaha kerja keras akan penat dan futur. 
Yang banyak bersenang lenang juga akan futur. Bosan makan tidur. 

CARILAH KAPAL YANG BERGERAK DAN ADA HALA TUJU. 

Cari yang ada aim dan vision. 
Kalau kapal tu bergerak, maksudnya supplynya cukup. Kalau mewah, dia boleh top up bila barang habis. Singgah port do some more marketing ke apa ke untuk upgrade. Kalau serba kekurangan, dia boleh singgah port mana2 tambah apa yang kurang. Asalkan selagi kapal itu belayar, kita yang berada di atasnya tak risau. Dia ada minyak cukup, dia ada map nak pergi mana. 

So jangan fikir nak hidup senang, nak bantu suami isteri, nak cari pelindungan, nak sedia makan minum. Itu bukan hadaf utama! Itu bonus sampingan yang termasuk bila dah belayar. 

Sangat berbeza orang melabur duit naik cruise, 
1) sebab nak melawat dan singgah di ports yang ada
2) sebab nak rasa luxury semua tu

Yang 1) akan sentiasa excited dalam adventure dia. Sentiasa eager nak belayar sebab akan jumpa ports baru. Meeting new people and discoveries. 

Yang 2), hari 2-3 je lah kot yang best. Boleh sunbathing on the deck, some ballroom dance, restaurant hunting, lepas tu bosan bosan bosan. Laut keliling. Tak sabar nak tunggu nak turun. Silap hari bulan, kapal lain lalu dia lompat ke sana sebab nak try luxury dan services yang tersedia di kapal sana pulak. Naya!

Itu cruise. Samalah naik sampan buruk pun. Futur tu ada. Berbalik pada niat dan motivasi. 

Tak apa, memang ini masanya pun. 

Cumanya, jangan lupa why dalam berfikir how to. 

More discoveries to be updated. Hihi. It means i'll keep thinking, but not as hard and deeply like what i did before. 

Let's be more wise. Tawakkal pada Allah for the best. Discover and be glad with Allah mercy :)

Bahang september 2011

- bismillah - Baru baca bab 1 buku puan Roza Roslan, travelog kehidupan abadi. Bab 1 beliau cerita pasal kali pertama jejak ke luar negara....