Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

The day that i dont have to fly alone

- bismillah -
The day that i dont have to fly alone. 
I remember once, a sister asked if there is anyone flying back to amman on a certain date with a certain flight. She is searching for a partner. 
Well, i sent her a message saying that we could be together during the journey. 
That time, my parents sent me to KLIA for check in and then they had to rush back to Alor Setar with another flight. It was okay, i just proceed check in and wait a couple of hours until boarding. 
This kakak, contacted me. Surprisingly, very surprising, she had her family there and her in laws too there waiting until boarding time. I, who was at first thought that I am the one who would accompany her, had mixed feeling. It turned out to be that I, the lone girl was the one being accompanied. T.T  i got instant families to accompany me at the KLIA. 
We prayed and the families yang tolong tengokkan my luggages. Some photos and words of advices, ma shaa Allah, Allah is very kind. He showered His loves to anybody thro…

Love is... learning from Siti Hajar a.s.

- bismillah -

I happened to hear a ceramah from youtube this morning. The ustazah mentioned about Siti Hajar, the wife of Nabi Ibrahim and her perseverance with finding ways to survive in the bare open desert.

Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim ialah ikon kesabaran, ikon juhud.

the significant Safa and Marwah saie, is for us to reflect that we shouldnt complain much. find ways for the solution of any problem we are facing, dont just sit, sleep and hoping that food and water will come to us after waking up.

i learnt that there are many types and definitions of love.
we hear about our Nabi Muhammad and his wives, Sulaiman, Yusuf and other Nabi.

as for the love that ties Nabi Ibrahim and Hajar, it's about sacrifice, trust, and patience. the family moved from Palestine to Makkah, (estimatedly from this part of earth that i'm living now, full of rocks and mountains, elevations, to a far far away land with no airplanes!), this can only be done with a great effort that is strengthen by …

Living the best of your life

- bismillah -
Assalamualaikum. :)
It's winter here now in irbid. Alhamdulillah. House is cold, we got no heater, just water heater. What a very immature attitude of being afraid of high-cost electiricity usage. Hehs. Just wait till we got into families, house will just have to be warm. Kaitan?
How to live our life to the fullest?
We have always been in a low mood, for some reasons as days pass by. How can we achieve the feeling of satisfaction and 'fullness' everyday?
Simply let us imagine these: "A child who dreamt of a toy car, will forget his dream once he got into an adult life, where he will eye for a ferrari instead at that time.  A girl who has always wanted a barbie house, would smile widely once she becomes a lady who stands in front of her dream house."
Simply, we fill our life with 'wants' and 'needs'. Life will always become dull and uninteresting whenever 1) we have nothing to achieve, and 2) we cant get what we want
So the first step to lead …

Jangan malu menjadi orang yang ada ilmu

- bismillah -
Pukul 1 pagi, dari bumi irbid, jordan.   26 Nov 2014
Hujan renyai-renyai di luar. Bunyi hujan menimpa zink dan bunyi air ditindih setiap kali kereta lalu lalang. Bilikku punyai balkoni, aku paling awal mengetahui keadaan di luar berbanding dari ruang lain di rumah ini. 
Ironinya hidup, kita membuat persediaan untuk terus hidup. Realiti itu ada, tapi kita menjadikan kematian sebagai fantasi pula. Terus-menerus membina legasi untuk hari esok, hingga lupa bahawa kematian mungkin sahaja tibanya sebelum esok. 
Untuk setiap saat, bersyukurlah. 
Tarbiah Melihat diri sendiri, keluarga, dan sekeliling. Apa yang Allah izinkan selama bertahun-tahun ini adalah terbaik untuk kita. Kalau kita tak ada tarbiah di sekolah, boleh saja Allah menghalakan langkah kita untuk menerima tarbiah selepas bekerja. Bahkan, tarbiah di tempat kerja adalah lebih lekat berbanding tarbiah di sekolah dulu!
Harta Satu masa dulu, generasi yang membanting padi itu kaya. Punyai jelapang itu kaya. Setelah zaman berubah…

Rindu perlu diurus

- bismillah -
Perasaan perlu diurus. Entah apa jadi, tiba-tiba rindu mak ayah. Homesick agaknya perasaan ni. Rasa nak cakap dengan mereka setiap masa, rasa nak peluk sekarang, tak sabar cari tarikh cuti semester. 
Oh, cuti semesterku 7 bulan akan datang!
Dan makin berat rasa bila ada orang boleh balik dalam masa terdekat. Baik sebab kos pengajian mereka ada cuti mahupun mereka cuti sendiri. Huhuhu. Boleh bayang tak perasaan orang yang nak balik tak boleh tapi orang sekeliling ada peluang cuti panjang tapi tak hendak balik....huhuhu
Jujurnya, saya dah tawar hati untuk pergi bercuti melancong. Zaman awal2 pengajian dulu setiap kali cuti minta nak jalan2. Tapi sekarang saya tak kisah kalau nak balik malaysia ziarah mak ayah setiap kali cuti pun. 
Menangis. 
Sebab i read a lot, catatan ibu ayah yang sibuk hingga tak sedar anak dah besar, juga catatan anak2 yang sibuk hingga tak sedar ibu ayah sedang dan sudah meniti hari2 tua. 
Masa lepas spm dulu nak datang luar negara tak fikir macam ni. Huhuh…

Pain and cure

- bismillah -
Orang hebat, ujiannya hebat.  So, tak nak jadi hebatlah...nanti banyak kena uji. JANGAN fikir begitu. 
Tapi percayalah, banyak atau beratnya satu-satu ujian, bukan dinilai dari mata orang luar. :) diri yang merasa lebih tahu adakah ujiannya berat atau ringan. 
Orang hebat, ujiannya hebat.  Orang lemah, ujiannya tak seberapa. 
TAPI, pernah tanya mereka bagaimana perasaan mereka selepas diuji?
Orang hebat, akan melalui ujiannya dengan tenang dan mendapat petunjuk jalan keluar dari kesusahan yang dihadapinya. Dia mendapat ketenangan berdepan ujian. Biarpun tidak mendapat tempat di sisi manusia, dia diangkat tinggi tempatnya di pandangan penduduk langit, kerana hatinya tidak putus bertasbih dan berdoa kepada Tuhannya. 
Sementara orang lemah pula, sudahlah ujiannya sikit dan tak seberapa, dia pula banyak mengeluh! Banyak berduka banyak menangis. Aduh kasihan. 
Jadi, jangan takut diuji. Tapi takutlah menjadi lemah ketika diuji. Takutlah hati yang tidak lapang dan tidak tenang. 
Kerana A…

Langkah baru

- bismillah -
Hakikat bahagia. 
Tak terlambat untuk aku bermula Selepas semua selindung cerita Kini masanya untukku membuka mata Bahawa bahagia itu nantinya ada Cuma aku yang pejam melihatnya. 
Aku lebih sebenarnya selesa  Tika ruang hati ini ditutup serapatnya Hingga Tiada yang berupaya membuka Sehinggalah Tuhan membenarkannya. 
Kunjungan mithali yang menjadi inspirasi, Kubersama mereka menjamah hidangan refleksi.  Suapan dan tegukan udara perjuangan Berulam harapan dan motivasi Untuk aku terus bertahan Bahawa Beratnya peranan, besarnya pengorbanan. 
Bismillah atas langkah ini Sungguh aku getar, rasa sangsi Aku rindu saat hati sejuknya bagai besi Saat lapang tidak mencemburui. 
Atas langkah ini,  Ku lepaskan biar berlayar mengikut alir Biarkan semua kemungkinan hadir Pasti terpadam dengan ketentuan takdir. 
Sudah setahun rupanya aku keluar Entah kini aku sudah pulang, Atau  aku sedang berhijrah lagi Entah aku masih sama Atau  aku sudah berubah diri
Tapi hanya satu. 
Ku tinggalkan secebis bahagia di tempat lama Kini aku…

Allergi ubat, fardu kifayah, ambil medik

- bismillah -
Apabila saya belajar subjek pharmacology (ubat-ubatan) di tahun 2 sekolah perubatan, baru saya tahu bahawa ubat juga boleh menyebabkan tindakbalas sampingan, atau apa yg kita sinonim panggil allergy. Sebenarnya lebih daripada allergy, ubat yang kita makan boleh beri kesan sampingan. Tapi, selagi mengikut dos dan keperluan, beserta doa dan yakin pada Tuhan, tak menjadi masalah pun makan ubat malah akan menyelesaikan masalah kesihatan yang ada. Melalui subjek pharma juga saya tahu batuk kering yang mak alami ialah kesan sampingan dari her antihypertensive drug, saya minta mak beritahu doktor lalu doktor pun menukar jenis ubatnya. Batuk pun hilang. Saya yakin, ramai yang tak pernah terfikir pun utk mengadu pada doktor bahawa batuk ialah kesan sampingan ubat darah tinggi; kerana tak tahu dan tak sangka. Jujurnya, saya tak tahu sbelum diajar oleh doktor. 
Ada juga sahabat yang gatal2 dan naik merah2 setelah makan antibiotik. Cepat2 dia merujuk semua kenalan dan saudara maranya,…

Tidur Lebih Baik........sungguh

- bismillah -
Dikisahkan, ada satu majlis keraian atau apa yang saya faham, pesta. Tapi (betulkan kalau salah) Nabi kita tertidur lalu Allah memelihara baginda daripada pergi ke situ. 
Dan jika direfleksi, sebagai penyokong, kita banyak menjerit ketika di pesta/party/konsert dll. Aduh, andai nyawa diambil saat itu bagaimana? Saat melayangkan slogan dan sepanduk 'gila-gila'...kau mahu mati dalam keadaan itu?
Dan apabila masuk waktu solat, utamakanlah. Sebab itu solat itu diistilahkan sebagai 'didirikan' dan agama  'ditegakkan'. Bermakna, ia tidak sedia berdiri @ sentiasa perlu ada yg mendirikan. 
Dan sungguh, dosa itu ada dosa masa lalu dan dosa masa hadapan.  Solat itu menjadi benteng, kepada dosanya kita berada di majlis sebegitu.  Jeritan, mentertawakan kesalahan, lagha. 
Ah, lagha itu membawa kepada dosa!
Belum lagi masuk bab ikhtilat dan perihal menjaga pandangan. 
Allah, banyaknya salah langkah kita!
Biarpun dia kita lihat berpengalaman, dia kita lihat berjaya dalam…

manis

- bismillah -

"farhana kalau orang tanya pasal tu mesti sengih2..."

luls. tak sangka jadi drama.

hidup ini berubah selepas kehadirannya. biarlah apa persepsi pun, asalkan kerja lebih mudah berjalan, hati lebih lapang, jiwa makin tenang. tipu lah, jiwa masih macam dulu.

ada lah tu. kekurangan hari ini akan terus menjadi kekurangan hinggalah kita berubah!

siapa berusaha, dia berjaya! siapa minta dari Allah, itulah sebenar-benar tempat meminta. ingat tu farhana. :)

cerita klinikal di bumi asing

- bismillah -

Alhamdulillah. segala puji bagi Allah.

Masuk tahun baru pengajian ni, makin 'susah' jika nak dibandingkan dengan tahun sebelum-sebelumnya. Sebab, masuk alam klinikal ni, kena banyaaaak interaksi dengan ramai orang. Rasa pelik kalau tak bercakap. heh.

Rutin saya, pukul 8 pagi jumpa pesakit, ambik dia punya maklumat, tanya apa sakit? sakit kat mana? dan explore la apa lagi maklumat yang dia ada. seronok kalau jumpa pesakit yang suka bercerita. serius, kepada sesiapa yang jadi pesakit, kalau nak cakap banyak, carilah medical student...doktor betul too busy to hear you hehe. i as a medical student, found that lagi banyak patient cakap lagi i sukaaa sbb boleh tulis banyak2. hehe. intro la kot. nanti dah terer, pandailah nak discard maklumat yang kurang penting.

hurm.
macam mana klinikal di dunia asing? di bumi asing? bahasa asing?

jawapannya, hehe. saya jawab setakat tahu je lah, baru sebulan pengalaman. mungkin masa depan2 akan beroleh ulasan dan pengalaman yang leb…

:) kembali

- bismillah -

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
[al-maaidah:90-91]


astaghfirullah. alhamdulillah.
terima kasih atas segala yang berlaku.
salah faham, salah sangka, salah itu ini,
yang melibatkan rakan2 yang dekat dan jauh,
sahabat2 dan teman2.
kakak2 dan adik2.
mohon dimaafkan salah silap dari diri saya.
sebarang kesusahan dan ketidakselesaan yang terjadi.
sebarang gangguan emosi dan rohani.
sebarang tak puas hati.
itu dari saya dengan hujah saya.…

If i cant find any happiness, at least it is in my name...

- bismillah -
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. 
Apabila seorang muslim ditimpa ujian, itu tanda Allah mahu mengampunkan dosanya. Juga sebagai tanda dia telah banyak buat dosa, maka ujian itu boleh jadi juga balasan untuknya. 
Secara fizikal, sakit ialah ujian.  Secara rohani, manefestasi ujian pada emosi dan iman. 
Everything was smooth and perfect for me. 
Not until i got herpes zoster at such a young age, which indicates a weak immunity. 
And some works undone. 
Some meetings cant be attended due to health concerns. 
Some house chores procastinated. 
Some cliques back bitting. Which i dont even know not until they ask for apologizes. 
Some new ikhtilat here and there. 
Some tasks entrusted to others instead of me. 
Some fiqh classes missed. 
Tears flown everyday. 
Everything just went wrong. I cant get what i want just like i used to before. 
Seriously this is what i think how adult transition is. I can no longer be a spoiled child who shows emotions easily. 
I hope i have the courage…

Muamalat lagi...3 dimensi

- bismillah -
I see you rising I want to be by your side
Oh, le cupcakes.  Zzz. 
Ada banyak penyebab cinta. Cinta pada harta, jawatan, budi, amalan...dan list nya panjang. Banyak penyebab jatuh cinta. 
Cinta pada orang hebat, dikhuatiri apabila dia melalui fasa kelemahan maka cinta padanya juga pudar. 
Orang cakap bagaimana kita begitulah juga cerminan pasangan. 
Dulu i was khazinatul asrar wanna be. Or also anna althafunnisa. And even sakinah(?). (Those are novel heroins). 
And at times i also considering to become rabiatul adawiyah. 
K.asrar is a very syadid character. She dont tolerate any flirts. Anna is strict. She is a conflict avoider. And very obey to her parents. Just follow the flow.  Sakinah (xingat nama salju sakinah's main character) is strong when facing the fate. And she believes that following what Allah has ordered will bear its fruits at last. She repeated her course of study to end up staying longer in cairo and it's a door to her marriage actually. While rabiatul adawi…

Hari ke 4 clinical

- bismillah -
Alhamdulillah. Hari ke-9 tahun 4, bersamaan hari ke-4 baru masuk hospital pusing2 ward. 
Best ke? Pakai kot putih, name tag dan stetoskop.... (letak dlm poket je, tak berani lagi gantung atas leher, jatuh tak pasal).  Hehe. 
Sebenarnya dah tulis hari tu, tapi internet down and the draft tak sempat save. 
Hari pertama, gerak dalam group lompat2. Basically tak tahu nak buat apa bila kena self learning. 
Hari kedua best, doktor consultant bawa round ward ramai2, dia terang by bedside teaching. Dia bawa masuk conference room lukis2 ecg sikit, then bawa naik ke ward jantung khas from ward internal medicine biasa. 
Hari ketiga, doktor perempuan MO. Very strict and fast. 
Hari ni, hari ke-4, doktor resident juga tapi sangatlah awesome.  Waktu discussion dia nak semua orang buat bulatan yang nampak muka semua orang satu group. And setiap sorang kena soal. Hehe tu yang best. Bosan asyik dengar groupmates je bercakap. Dan paling best, doktor suruh semua buat auscultation dekat sorang patie…

Hari pertama tahun 4

- bismillah -
Alhamdulillah. 4th year school of medicine starts today. 
Dari semalam berdebar, tak boleh lelap mata. Nervous excited bagai. 
And today dalam lecture hall baru i got the idea of how 4th year would be like. 5 lectures sehari untuk 5 hari pertama (seminggu). 8am till 4pm. And akan sampai rumah lebih kurang pkul 4.30pm. Keluar rumah 7pg, balik pkul 5pm. 
Oh please jangan mengeluh. Ni belum masuk round ward lagi, tu minggu depan. 
Penat. Baru hari pertama. 
Kerja sampingan 1- forum spb (september) 2- laporan biro program (oktober) 3- konvesyen hewi (november) 4- goal (november)
Aaaa penat. Cant expect others to understand how busy life is. But being the person who left home early in the morning and come back in the evening, dont expect me to update and send some files during the daylight. 
And can you think of my study time?
Ada dua jenis bos.  Satu ialah yang pekerjanya buat kerja kerana disuruh, Satu lagi ialah yang pekerjanya buat kerja kerana dia mahu. 
Ikat hati dulu, baru bagi arahan.…

sambutan pelajar baru dan perkaderan

- bismillah -
Alhamdulillah. 
Saya niatkan pada awal tahun nak kerja spb.  Pertengahan tahun macam tu, dapat ganti tempat sahabat saya yang balik malaysia.  Minggu pertama sebelum tarikh official spb, saya kena penyakit herpes zoster. It was very painful in the beginning. Rasa nak balik malaysia. Tapi kalau saya balik, rasa sangat tak bertanggungjawab sebab lepas tu akan humban kerja yang sangat banyak pada pengganti. (Masa saya ganti kawan tu, kerja tak mula lagi.)
Hari demi hari, alhamdulillah berjaya lalui sebagai biro program. 
Ada sahabat cakap saya berani. Ada sahabat cakap saya strict. Ada yang boleh terima saya buat kerja, ada yang tak boleh dan paling teruk berpura-pura terima cara saya buat kerja. 
Cara saya, saya tak suka orang langgar peraturan dan buat-buat tak reti nak faham kehendak spb. Saya yakin budak2 yang ambik 18 kredit hour satu semester takkan la tak faham. Ajaib.  Tapi tulah, Allah maha berkuasa memberi kefahaman. 
Awal2 lantik mentor, ada yang call kenapa tak dilantik.…

Relationship is a dynamic matter

- bismillah -

What is seemed to be strong may be fragile inside, 
What is seemed to be confidence may be very anxious inside,
What is seemed to be gentleman may be typical inside. 

It is what we see,
It is what we potray,
That characters do evolve over time.
A person you know now maybe somebody you dont even know a decade later...

Relationship is a dynamic matter :) 

irbid - 25.8.14

***
Wrote this on my facebook status update.

And my sis commented the following:
all these 'duniawi'. bahan utk ujian yg disediakan utk ukur kelayakan kemasukan syurga atau neraka. even syurga pun ada a few based on taqwa diri. sometime Allah uji dgn apa yg kita 'tiada', most of the time Allah uji dengan apa yang kita 'ada' kerana kadang2 kita lupa apa yg kita 'ada' itu hanyalah sekadar pinjaman. may our journey to jannah will be easier....love our relationship

betullah. dapat hubungan yang baik sekarang ialah pinjaman, bila sampai masa hubungan tu jadi kurang baik/terputus hubungan…

Sudikah kau menerimaku dalam hidupmu?

- bismillah -

Sudikah kau menerimaku dalam hidupmu?

zzz. cut the drama.

The truth is, one should bear in mind like this,
"Sudikah kau menerimaku ketika hayatku, dan sudikah kau memulangkanku kepada Penciptaku apabila tiba masanya?"

Hanya pasangan yang kuat dan tahu matlamat akhirat, akan merasa kasih sayang Allah di sebalik kehilangan pasangan halal dunianya.

Beberapa kisah sedih dan 'tidak sangka' berkaitan rumah tangga berlaku dengan orang sekeliling baru-baru ini. Hinggakan saya terfikir, masa kahwin dulu mesti tak expect perkara-perkara macam ni akan terjadi...

Ada yang selepas hampir sedekad, timbul masalah.
Ada yang belum masuk ulang tahun kedua perkahwinan, sudah berpisah.

Itu semua takdir tuhan.
Ada yang berpisah, sakit kerana dipukul.
Ada yang berpisah, sakit kerana ditipu.
Ada yang berpisah, sakit kerana diambil kesempatan.
Ada juga... yang berpisah, sakit kerana ditinggalkan...
Ada juga yang berpisah, merasa sakit kerana pasangannya telah kembali kepada Tu…

Final shot

- bismillah -
Hari ni pengakhiran summer semester. Alhamdulillah. 
Telinga saya dari pagi asyik dengan sayup2 azan, tak berhenti, padahal tiada pun. 
Doakan beroleh pengakhiran yang terbaik.

Sesungguhnya bersama-sama susah itu ada senang

- bismillah -

Semester musim panas, tahun 3, 2014.

Permulaan sem ini, ramadan.
Cabaran fizikal dan mental. Berada di Malaysia, terlepas tasjil, pulang ke Jordan sendiri, ulang alik ke deanships, sampai jatuh sakit lalu demam. Housemate saya offer untuk temankan pada minggu seterusnya, alhamdulillah selesai.

Pertengahan sem, cabaran fizikal juga, 15 minit untuk berkejar ke kelas merentas beberapa fakulti. Alhamdulillah cukup, dan pada awalnya saya tak percaya saya mampu. Doktor juga jadikan saya reference untuk marah budak lain yang lewat ke kelas. Adeh. Laa haula wala quwwata illa billah.

Sekarang hampir pengakhiran.
Alhamdulillah, mendapat berita baik bahawa saya akan mula bercuti 10 hari dari tarikh sepatutnnya, kerana exam akan diawalkan.

Hakikatnya, saya pernah menerima kata-kata sebegini....bahawa pilihan subjek yang saya daftar pada sem ini adalah pilihan pelajar tahun 1 saja, tidak menarik dan sebagainya. Malah, subjek ini selalunya akan ada exam pada hari terakhir semester.

H…

Move on

- bismillah -
Hidup, kena selalu bersemangat. Termotivasi. Kalau tak, dunia akan terasa sangat sempit.
Semalam pergi ke satu program. Menuntut pengorbanan masa dan waktu makan la jugak.  Penat letih, namun gembira bila dah semua selesai. 
Kemudian, ada sahabat ingatkan.  Surah addhuha. Bahawa sesungguhnya di akhirat itu lebih utama dari dunia. 
Barulah terfikir. Masa yang terlepas tu dah sangat berharga, tapi kalau kita jaga niat dan keikhlasan, maka balasan di akhirat nanti lebih2 lagi berharga dari apa yang kita terlepas sebab menguruskan sesuatu perkara tadi. 
Percaya tak, dalam sekelip mata seseorang bertambah hartanya? Bertambah rezekinya? Bertambah tanggungjawabnya?
Maka sungguh, Allah maha pemberi. Maha mengetahui. Sebaik2 perancang. 
Jadi haruslah kita persiapkan diri untuk berlapang dada dengan pemberian Allah. 
*** Saya masih tak selesa bersembang2 dengan tanpa sebab kerja. 
Sungguh. Dulu masa sekolah confident pun sbb jumpa di kursus, kem, pertandingan... kenalah cakap sebab nak bagi t…

Salam Aidilfitri 1435H

- bismillah -
Selamat hari raya aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

Kullu 3am wa entum bikhair....(wartawan marah wish dalam arab ni...baca awani ye)
Moga setiap tahun kamu beroleh kebaikan :) ini maksudnya...

Alhamdulillah. Sudah tahun ke-3 berada di negara ini.
Bumi syams yang menyaksikan kerajaan islam awal.
Damsyik di utara, mekah di timur, turki di barat laut.
Semangat dan ibrah yang melimpah, namun sentiasa diancam dengan virus hedonisme.

Moga diampunkan dosa-dosa lalu dan yang akan datang.
Moga dipermudah urusan mendatang, hidup dan mati.

Buat keluarga di tanah air, salam perantauan dari anakmu dan adikmu ini...
Segala puji bagi Allah yang mengizinkan 2 hari pertama Ramadan untuk kita berpuasa bersama-sama.
Moga segala amal dan ihsan kalian kepadaku dilipatgandakan oleh Allah.
Terima kasih atas segalanya :)
Juga pada ramadan kali ini berpeluang menyambut ulang tahun hari lahir hijri bersama2.

Inilah adat berada di luar.
Segala peluang ialah harapan,
Segala kurniaan adalah kesyuk…

psych-logy

- bismillah -

Dulu zaman sekolah, saya suka tulis pasal event yang kalau sekarang boleh dinilai sebagai 'reaction formation'. Ini bahasa psychology. Sebab semm kali ni ambik clinical psychology...heh.

'Reaction formation' - transforming an unacceptable impulse into a diametrically opposed thought, feeling, attitude or behavior;
denying unacceptable feelings and adopting opposite attitudes. (unconscious hypocrisy)

Dan saya tahu sekarang masih tak hilang that perangai.

Pernah tak nampak, orang yang tiba2 cakap2, animated, belagak cute...itu reaction formation la kot? Sbb crush dia baru lalu dalam radius 5 meter. Hehe.

Funny to look back those days. :-)
But that's what make me today.

'Surpression' - deliberately pushing anxiety-provoking or personally unacceptable material out of conscious awareness.

Hati kata: makin kerap jumpa makin ada petanda baik.

Defense mechanism pun bertindak untuk mewaraskan hati:
Pergilah iftar 4 kali pun, kalau bukan jodoh bukan ju…

Catatan Ramadan 1435H 19th: mh17

- bismillah -

Ramadan yang pilu. bulan yang sayu.
Saya dikejutkan dengan berita mh17 melalui kakak. ketika itu, saya dalam perjalanan ke sebuah rumah hartawan arab untuk berbuka puasa.

sebuah pesawat ditembak tanpa penjelasan. akal seolah tidak boleh mencerna, apa yang sebenarnya berlaku? kaca yang jatuh terhempas lagikan pecah berkecai, ini pula sebuah pesawat yang tingginya beribu-ribu kaki di udara.

entah apa pertimbangan mereka yang melakukannya...

kesedihan ini tidak dapat mengundur semula masa. namun, sungguh, perasaan empati ini sangat menyesakkan dada. takziah pada keluarga. entah bagaimana hebatnya amal mereka hingga diuji hebat sebegitu rupa. masyaAllah.

segalanya sudah tertulis. dalam ketentuan dan keizinan Allah. bukan untuk menganiaya sesiapa melainkan Allah lah pembela mereka yang beriman.

Dialah Allah, tiada Tuhan selain Dia. baginya segala puji di dunia dan di akhirat, dan kepada-Nya kita kembali.
- tak ingat surah apa -

Apakah kamu merasa aman, sedangkan bila-bila ma…

Catatan Ramadan 1435: Palestin diserang lagi [4:75-79]

- bismillah -

Keberadaan saya di jordan sedikit sebanyak memberi tempias gambaran keadaan di timur tengah.

masyarakat kebanyakannya masih berdepan dengan isu etika dan moral, bukan seperti komuniti di negara maju yang sudah tinggi pembinaan common sense mereka. sebaliknya, masyarakat di sini masih ada yang struggle untuk mencari sesuap nasi, masih ada yang menyorong troli untuk mengutip sampah / barang terpakai. dan paling sayu untuk diketahui semua, budaya meninggalkan plastik roti yang sudah luput tarikh di bawah pokok atau di atas pagar itu wujud kerana ada orang yang akan mengambilnya untuk dijadikan sebagai hidangan!

menurut teori piramid maslow, jika kita masih tidak selesai memikirkan hal keperluan asas, maka tiada ruang sebenarnya untuk kita memikirkan perkara lain selain itu. pendek kata, pembinaan moral dan etika yang tinggi hanya akan terjadi selepas seseorang sudah selesai menguruskan keperluan asasi. jadi, tak hairanlah, negara dunia ke-3 digambarkan sebagai kotor, tingg…

Jangan sedih.

- bismillah -
Hidup ini ada naik turunnya. Yang penting, jangan fall dengan iman yang kering. Allah. 
Faced some difficulties before. But alhamdulillah miracles happened. Minta tolong dengan orang yang tak pernah, terima surprises, semua tu yang sangat unexpected. 
And again, summer semester untuk third year akan mula hari ahad ini. 
Prinsip saya, kalau saya face kesusahan dalam hidup, maknanya ada something yang saya buat salah sebelum itu.
Summer semester kali ini for the first time susah tasjil. 
Kelas mula hari ahad. Saya tak suka ponteng kelas dengan sengaja, alhamdulillah. Tapi kali ini, hari rabu baru akan ke kelas. 
Hanya kerana saya takut nak balik seorang diri, saya pilih tarikh balik lewat. 
Daie ke kalau ikut orang buat salah kita pun buat salah?
Hanya kerana nak puasa awal ramadan dengan keluarga, saya pilih tarikh balik lewat. 
Amanah belajar dengan sentimen keluarga; dah banyak tahun tak berpuasa bersama. 
Daie ke kalau tak tahu professional? Bezakan emosi dan tanggungjawab?
Apa2pu…

GB

- bismillah -
Because He knows me best. 
At this very time of the year, on the last year, i wrote a story. Of which, didnt happen at all in the reality.  I wrote about attending graduation ceremony for my seniors, but then here i am in malaysia, not irbid. 
I didnt plan anything He planned all those  I bought flight tickets without any careful planning But Allah has make it an ease. 
I might be sad in irbid that Allah has channelled me back to hometown
There were seniors graduating Leaving only us to lead the organisation I might not see them again If i were ever to, we might not know each other anymore in three years to come. 
There were hopes in irbid That i am here to face reality instead
Because He knows me best. 
I need my family.  I need Him.  More than anything else.  At this very time of the year.  That's why i am here in malaysia. 
This is a very tough time.  Am going to clinical years Am going to face ramadhan In syaa Allah
Am also going to face death Of which only Allah knows it well. 
I build so…

Memaknakan fesyen muslimah

- bismillah -
Satu ketika dahulu, ada satu kata2 yang buatkan saya bangga dengan fesyen muslimah.  "Seorang muslimah tidak risau dengan fesyennya akan ketinggalan zaman, tenggelam dengan perubahan musim, terpaksa mengejar trend. Kerana fesyen muslimah ini yang jadi ikutan, bukan terikut2. Juga kerana selagi megikut syariat Tuhan, apa lagi perlu dirisaukan?"
Tapi apa sudah jadi sekarang?
Alhamdulillah perkara positifnya, adalah apabila pakaian makin longgar. Makin labuh.   Tudung makin tebal.  Orang yang tak bertudung pun mudah untuk bertudung.  Muslimah rasa lebih trendy.  Muslimah bangga dengan pakaiannya. Muslimah rasa mendapat tempat dalam masyarakat.  Muslimah jadi tempat rujukan fesyen.  Suri rumah boleh cari pendapatan lebih jual pakaian muslimah. Malah ramai jutawan boleh lahir dengan bawa 'pakaian muslimah'!
Tahukah kita, satu hadis, bahawa sangat beruntung kita kalau kita boleh jadi agen pembawa hidayah.  Kalau kita penyebab seseorang mendapat hidayah. 
Kerana hidayah hanya …

Itqan manusia & Perancangan Allah

- bismillah -
Alhamdulillah. Dah berlalu satu jumaat.  Hari barakah, kadang kita celik, kadang kita buta lalu tak merasa apa2 istimewanya hari ini. 
Percayalah, setiap apa yang berlaku, hatta imbasan / glimpse of thought pun semua itu dalam kawalan dan keizinan Allah. 
Nabi bersabda, maksud, sesungguhnya Allah suka pada orang yang apabila buat satu kerja dia bersungguh-sungguh (itqan). 
Saya nak kongsikan satu kisah. Saya bekerja sebagai setiausaha untuk satu badan organisasi pelajar di sini. Pertama kalinya saya belajar buat sijil. 
Ingatkan taip, print, siap. Rupanya panjang dan rumit. 
Kerja bermula dengan pengumpulan data. Bosan. Tunggu orang submit nama penuh dan i/c. 
Kemudian taip satu2. Tapi sebelum tu, kena siapkan template sijil terlebih dahulu. Kena hubungi kakak s/u yang lebih besar. 
Bila dah siap, kena print.  Pinjam printer kawan. Peluang ini jugalah belajar inject ink sendiri......satu kerja yang sebelum saya tahu, impression saya ialah sangat leceh dan buang masa.  Pernah sekali …