Skip to main content

W.S.K.L

- bismillah -

Been to the most beautiful place i've ever known. Alhamdulillah. 
But, i dont bring any camera nor phone there. Tertinggal di dewan. Tanda bahawa dunia ni bukan utk kekal, stay dalam memori then vanish. 

Di situ ada bukit2, ada tanah lapang. Bukit batu, bukan bukit hutan rimba. Sekarang hampir musim sejuk, jadi angin pun kuat. Pokok fir banyak sangat. Daun2 dia halus tapi meneduhkan. 
Matahari hari tu tak terik. Tapi cukup untuk beri haba dan cahaya. 

Ada satu batu besar, dan siapa yang bercakap akan berdiri di atas tu. Dan yang lain dengar sambil dongak, duduk ramai2 di bawah. 

Time tengah hari, saya take part masak. 
Kami ada arang, lighter, periuk, air, maggi dan telur. Outdoor activity namapun. Takkan nak masak kari. :). 
Mula2 cari batu besar buat tungku, lepas tu ramai2 pergi cari kayu api. Ambik daun pokok fir, lagi mudah terbakar. Masa tu dah xfikir atas tanah ada soil bacteria dan macam2. Hehe. Main cekau je tarik daun2 kering dengan ranting kayu. 

Bila air dah panas, biarpun tak menggelegak, rasa macam sangat bahagia sebab usaha panaskan tu berhasil. Arang dah jadi berbara, daun2 terbakar, semua tu tak ada sia2 ulang alik angkut bahan bakar. 

Asap? Dari awal mula sampai api padam. Habislah baju dan jaket :) 
Kenangan yang melekat. 

"Farhana, dah asingkan telur?" Ramai pakat tanya macam ni. Sbb saya xmakan telur. Dan sebenarnya saya pun bukan orang yang makan maggi. Tp makan jugak kat sini sbb rasa indah dan tahu kebaikan utk makan tu lebih besar dari mudaratnya. Maggi ukhwah lillah wa fillah gitu. :)

Cuaca yang sejuk, tapi duduk dekat api tu sangat memberi ketenteraman. 

Alhamdulillah. Tiba2 dalam episod hidup ni ada outdoor activity macam tu. Allah yang plan dan Allah yang izin. Kalau ikut nak rancang sendiri, tak akan pernah ada kelapangan :')

Alhamdulillah. Di sebalik sibuk, Allah hadiahkan gateway yang indah. Pergi dengan member2 yang kita percaya dia boleh tidur satu bangunan dengan kita, solat satu sejadah. 

Btw, lepas makan kitorang solat. Atas tanah. Lapik jaket. Hanya orang yang tinggi ithar akan buka jaket dan bentang untuk sama2 guna. 
Tapi untuk saya, menjaga tudung daripada ditiup terangkat dek angin kena lebih utama sbb terbuka aurat boleh batal solat. Jadi tak dapat rasa apa yang orang lain rasa bila jaket kotor dengan debu tanah. Moga Allah ganti lebih indah. 

Sebelum tu, kena ambik wuduk dulu. Tak ada paip air :)
Kawan saya cedokkan air dari satu tempat yang indah yang tiba2 Allah wujudkan air di situ :) sebab saya tak berani turun. I got no confidence with my feet. Alhamdulillah. Banyak pertolongan Allah melalui sahabat2. Ada yang setia pegang handphone sebab gelap. Terlalu detail nak cerita semua benda yang indah2 dalam atmosfera ukhwah islamiah dengan orang2 yang faqih dan sodiq. InsyaAllah moga ini juga menjadi doa. 

Musim sejuk ni mudah untuk kena asma. Kena jadi doktor yang Allah redha, moga dilengkapi ilmu dalam beramal. Moga ketinggian di akhirat lebih disimpan cita2. 
Moga rasa happy di akhirat lebih besar daripada rasa happy orang panggil gelaran kita. 

Mendaki, tidak boleh berseorangan. Perlu berteman. Agar tidak berhenti di pertengahan jalan.

"Doakan, moga Allah izin kita beraktiviti lagi di syurga sama2."

Amiin. 

Ukhwah yang halal. 
Kalau tak kahwin, tak ada pintu untuk kita saja2 berinteraksi sesedap hati. 
Tapi atas satu jalan, Allah izinkan ada kerja dan tanggungjawab utk kita selesaikan bersama2 dengan yang lain, tak terbuat sorang2. 

Saling menjaga, kerana Allah. 
Hingga hilang cinta pada mereka kerana nafsu. 
Berukhwah kerana cinta kepada Allah lebih dari berukhwah kerana cinta pada mereka. 

Tanda halawatul iman,
-Mencintai Allah dan rasul lebih dari orang lain dan diri sendiri.
-Mengasihi seseorang kerana Allah. Bertemu berpisah kerana Allah. 
-Benci untuk kembali kepada perkara mungkar sepertimana bencinya kita terhadap api neraka. 

Alhamdulillah.
Doakan moga Allah izin syurga buat hamba2Nya dalam cerita ini. Amiin. 

Jom doa selalu,
"Allah, tempatkanlah aku dalam golongan soleh."
Moga Allah izin segalanya diredhai. 

Camping dengan para soleh solehah, jaga solat jaga akhlak jaga disiplin jaga agama, bila pula kita nak usaha jadi soleh? :)

Comments

  1. semoga Allah tunjukkan hikmahhh utk saya..amennn *rinduthemomentoftestingouritsar*

    ReplyDelete
  2. :) amiin. Takpa, setiap apa yg kita pilih sebab Allah, takkan ada rugi. InsyaAllah yakin dgn pilihan yg terbaik dan tunggu Allah ganti yng lebih baik atas apa yg kita lepaskan kerana Allah. Hikhik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …