Skip to main content

Sebagai siapa kita waktu bertemu dengan Allah..bujang atau berkahwin?

- bismillah -

Mencuri masa tidur untuk menulis post ini. Bajet busy tapi saya memang sibuk. :) dan lepas saya jawab exam tadi buatkan saya makin sayangkan masa study yang ada, nak guna betul2 hanya untuk study tak berbelah bagi. 
Dah tak nak dua hati waktu study.
(Baca: exam tadi tak rasa macam exam haritu. Hukhuk.)

Selain kena fikir nak cari ajk, fikir nak kerja ikut timeline, fikir orang mentioned dalam facebook tag dan fikir nak belek noti whatsapp beratus setiap hari,
Vs
Fikir nak hafal dan faham dan kunyah material exam dengan jayanya, fikir nak refer buku, nak refer table, nak refer slide, nak baca lecture notes tulis sendiri, nak print lecture notes batchmates buat,

Saya juga perlu fikir hala tuju hidup saya. 
Yeah, perkara yang selama ini saya hanya 'biar masa menentukan...'

Kata mudahnya, keluarga yang bakal saya bina. 

Pendek kata, baitul muslim. 

Yang pasti, untuk meneruskan apa yang saya lalui sekarang, saya tak boleh jadikan perkahwinan dan keluarga sebagai penutupnya. 

***

Pukul 3-4 pagi, 'terpanggil' ke lecture yang perlu dinilai secara matang. Kalau kulit cerah confirm dah merah muka. Bahang panas bukan marah tapi malu. 

'Kalau kalangan kamu yang sampai tahun akhir pun tak ada yang dikhitbah, susahlah, lambat untuk kamu berumah tangga.' 

Tunduk bawah main-main slide di phone. 

Saya sedang ajar diri saya untuk tidak bersifat reaktif tapi cuba untuk jadikan perkara itu sebagai perkara yang perlu saya bagi respons, bukan melatah.

Kes melatah, esok isi borang hantar cari calon nak kahwin. 

Bukan kuasa saya sepenuhnya nak atur kahwin bila dengan sapa, tapi saya dan semua kita ada kuasa memilih dan merancang. 
Dan percayalah sebaik2 pilihan dan sebaik2 perancangan ialah yang disandarkan 'guarantor' nya ialah Tuhan maha Besar, Allah. 

Aku nak buat macam ni macam tu, dengan izin Allah. Tapi kalau aku dapat yang lebih baik dan lebih Allah suka, aku pilih yang Allah pilih itu. 

Bukan dengan cara:
Aku tunggu je masanya tiba. Allah kan ada. 

Betul, tapi sebelum bertawakal ialah berusaha. Dan jangan komplen kalau tak pernah usaha then nak demand tinggi macam orang yang bersusah payah hendak (berusaha memenuhi kemahuan). 

Kalau kita usahakan untuk beli corneto dan kita dapat, itu adalah sesuatu kepuasan.
Tapi kalau apa2 tak usaha, kehendak pun tak ada, then tiba2 orang hulurkan ais krim durian, maka time tu kita tak boleh bising kita nak corneto jugakk. Tiada kepuasan tapi yang ada hanya tak puas hati. 

'Pilihlah kerana agama.'
'Tak apalah kalau dia tak ada rupa di dunia, kat syurga nanti dia hensemlah.'

Haah. Baru terfikir. Perkahwinan ini perlu kita kemudikan hingga ke syurga. Bukan sekadar hingga ke anak cucu. Tapi kita nak hidup dengan orang ini selama2nya. Setelah berpenat lelah di sini, spend hardship nak perjuangkan islam dengan pasangan, kemudian nak sambung hidup lagi dengan dia di sana, tapi dalam keadaan yang paling sempurna. 
So kalau ada masalah pun tak akan putuskan hubungan kalau kita tahu hadaf hingga ke akhirat.

Theoritically speaking. 

Practically, bermulalah dengan berdoa pada Allah. 
Kita doalah Allah buka jalan yang terbaik. Tunjuk kita apa perlu kita buat. Ajar kita apa yang kita tak tahu. Ingatkan kita apa yang kita lupa. Dan paling penting, ajar diri kita untuk rasa perlu kepada Allah di sisi kita, lebih dari rasa mahu dan perlunya kita kepada pendamping yang halal itu. 

Sebab siapapun kita, itu semua Allah yang izinkan. 
Ada pendamping yang faham, tapi kalau Allah tak izin kita bekerja untuk masyarakat dan islam, still tak memberi kebaikan.
Dapat pendamping yang tak faham lagi susah. Moga Allah lindungi. 

Dalam fasa menjadi 'golongan muda', apa yang penting ialah setkan minda bahawa penamat kita adalah untuk bertemu dan kembali kepada Allah. 
Ada yang pendek jalannya, maka kisahnya di atas muka bumi ini tak lama. 
Siapapun kita, marilah berusaha akhiri perjalanan ini dalam keadaan yang Allah redha. 

Jika perjalanan hidup ini berakhir dalam keadaan sebagai bujang, maka berangkatlah sebagai bujang yang terjaga. 
Jika sebagai isteri, moga sebagai isteri yang amanah.  
Jika sebagai ibu kita dijemput mengakhiri dunia ini, maka anak2 yang ditinggalkan itu cukup bekalannya hingga menjadi penerus amalan ibu ayah. 

Wah, besar cita2 dalam menuju kematian dan kehidupan abadi ini sebenarnya!

Moga Allah izin kita beroleh syurga. :) Amiin. Moga Allah perkenankan. 

P/s Allah maha Pemberi dan Pemilik kurniaan yang luas. Alhamdulillah. Astagfirullah. 

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …