Tuesday, December 24, 2013

Relax lah

- bismillah -

Alhamdulillah. 

Heh. Pesanan penaja, apa2 pun jangan kuatkan keperasanan anda. 

Oh my farhana...

:)

Alhamdulillah. Dah berpijak di bumi nyata. Tahu, tapi tak tahu. 

A friend once said, "mostly boys tak perlukan details. Tapi kalau among girls, farhana je yang tak perlukan details."

Luls. So i guess that was right after all. 
Suka hidup dalam keperasanan sorang, so tak payah ambik tahu sangat. 

Tak, tak saya bukanlah kaki perasan setiap masa. 

Tapi, ada benda yang kita tak perlu ambil tahu mendalam pun. Itu lebih baik. 
Just jawab apa yang orang tanya. 
Jadi, mostly orang akan fikir saya tak suka bagitahu details diri. Nak keluar rumah pun, i assume housemates dah tahu ke mana, kelas apa. Tak pernah bagitau tempat, jumpa siapa, belajar apa etc. Tahu saya keluar itu dah cukup. Hehe. Freedom of bujangss. 

Tapi itulah, mostly girls ni dia nak tahu details. 
So minta maaf kalau saya x cakap all the details. But you can always ask :) 
(And i'll find it hard to speak more details)

And kadang2 saya biar ja curiosities berlalu. 
Lama2 akan lupa sendiri. 
Bergaduh masam muka pun, kalau esok orang tu boleh senyum dengan saya, insyaAllah saya dah lupa apa yang tak bestnya tentang dia. 

Bukan ambil lepas, bukan juga carefree. Bukan tak pernah kisah. Kisah je. Tapi entahlah, buat apa nak panjangkan benda yang tak patut. Kita bina memori baru. 

Acting and acting as if i dont care. 
And eventually it went out well, blank. 
Jimat space memory. 

Point of this post is, 
Jangan buat teruk. Maksudnya, jangan telalu ambil kisah (too into) dalam satu2 perkara. 
Do some consultations, Nabi2 selalu mengadu pada Allah, sahabat2 selalu jumpa Nabi, maka kita pun carilah ruang dan peluang. Mengadu pada Allah, cari orang yang berpengalaman untuk mengadu (maksudnya, dia bukan sekadar mendengar). 

Kalau cari orang biasa2, cakap dengan bantal pun sama ja end resultnya. 

Oklah, selamatlah wahai diri. 
Jangan over confident. 
Be humble dengan Allah. 
Expect the best. 
Matangkan diri. 
Be the best. 
:)
InsyaAllah

Saturday, December 21, 2013

Mencari dia si syahid

- bismillah -

Alhamdulillah. 

Kita ni, bila dah penat nak urus kehidupan dunia, barulah fikir nak cari syahid. Nak kematian yang baik, nak berehat dari penat lelah dunia. 

Time senang lenang dapat nikmat, terlupa pula nak fokus 'mencari syahid'. 

Hidup ini penuh ujian. 
Tulis pasal akhlak, lepas tu akhlak kita pula teruji. 
Tulis pasal azam, semangat kita pula diuji. 
Dan banyak lagi. 

Ingatan buat diri. 
Segalanya adalah untuk kembali pada Allah dalam keadaan terbaik. 

Liqa' dengan Allah. 

T-T moga dilimpahi thabat. 

Penat sebenarnya. Dunia ini tak pernah cukup. Ada sahaja kelompongan. Kita berpuas hati dengan satu perkara, didatangkan pula satu perkara lain yang tidak sempurna. 

Segala nikmat, segala kecukupan, segala kurniaan, segala rehat dan segala-galanya ada dalam kuasa Allah. 
Terus meminta. 

Jangan rasa hidup seorang. 
Segalanya Allah pantau. 
Minta nasihat dari Allah.
Mengadu pada Allah. 

Dan yakinlah, tiada apa yang dapat sayangi kita, jaga kita, melebihi kasih sayang dan rahmat Allah ke atas hamba-Nya. 

Allah sentiasa ada. 
Di sisi, pada masa lalu, pada masa depan, pada masa sekarang. 
Setiap masa tuntutlah perhatian Allah. 

T-T

catatan:
22 disember 2013
membuat keputusan besar dalam hidup.
insyaAllah.

(keputusan ter-besar adalah untuk mencari syahid di jalan Allah)
(selain darinya adalah bukan ter-besar)

Allahuakbar.

Thursday, December 12, 2013

._. bila orang lain boleh dapat, kita terkorban

- bismillah -

tarik nafas.
alhamdulillah hari ni turun salji.

"awak kita buat kelas pukul 4.30ptg ye"
"alamak saya ada hal.." nak iftar dengan pintar sebenarnya.
"ok kalau macam tu pukul 1 ye."
tiba2 pintar ajak buat pukul 12. tapi jawapan muktamad belum ada.
"tak boleh juga akak..." terpaksa balas.

"ok kita buat pintar pukul 1.30 ye"

nampak x saya dah missed kelas? patut ok je 4.30.

banyak sebab ditukar waktu tu. tapi, tak best lah. banyak kepentingan diri.

lagipun saya tak pernah tinggal kelas penting tu.

macam rasa dosa yang menghalang saya pergi kelas quran.

***
lately banyak attend programs and meetings.
rasa banyak sangat attachments dengan perkara luar (duniawi, tp insyaAllah membawa kepada ukhrawi juga)

but then, i have to discard this hate.

nk beruzlah lepas ni.

Monday, December 9, 2013

Sebagai siapa kita waktu bertemu dengan Allah..bujang atau berkahwin?

- bismillah -

Mencuri masa tidur untuk menulis post ini. Bajet busy tapi saya memang sibuk. :) dan lepas saya jawab exam tadi buatkan saya makin sayangkan masa study yang ada, nak guna betul2 hanya untuk study tak berbelah bagi. 
Dah tak nak dua hati waktu study.
(Baca: exam tadi tak rasa macam exam haritu. Hukhuk.)

Selain kena fikir nak cari ajk, fikir nak kerja ikut timeline, fikir orang mentioned dalam facebook tag dan fikir nak belek noti whatsapp beratus setiap hari,
Vs
Fikir nak hafal dan faham dan kunyah material exam dengan jayanya, fikir nak refer buku, nak refer table, nak refer slide, nak baca lecture notes tulis sendiri, nak print lecture notes batchmates buat,

Saya juga perlu fikir hala tuju hidup saya. 
Yeah, perkara yang selama ini saya hanya 'biar masa menentukan...'

Kata mudahnya, keluarga yang bakal saya bina. 

Pendek kata, baitul muslim. 

Yang pasti, untuk meneruskan apa yang saya lalui sekarang, saya tak boleh jadikan perkahwinan dan keluarga sebagai penutupnya. 

***

Pukul 3-4 pagi, 'terpanggil' ke lecture yang perlu dinilai secara matang. Kalau kulit cerah confirm dah merah muka. Bahang panas bukan marah tapi malu. 

'Kalau kalangan kamu yang sampai tahun akhir pun tak ada yang dikhitbah, susahlah, lambat untuk kamu berumah tangga.' 

Tunduk bawah main-main slide di phone. 

Saya sedang ajar diri saya untuk tidak bersifat reaktif tapi cuba untuk jadikan perkara itu sebagai perkara yang perlu saya bagi respons, bukan melatah.

Kes melatah, esok isi borang hantar cari calon nak kahwin. 

Bukan kuasa saya sepenuhnya nak atur kahwin bila dengan sapa, tapi saya dan semua kita ada kuasa memilih dan merancang. 
Dan percayalah sebaik2 pilihan dan sebaik2 perancangan ialah yang disandarkan 'guarantor' nya ialah Tuhan maha Besar, Allah. 

Aku nak buat macam ni macam tu, dengan izin Allah. Tapi kalau aku dapat yang lebih baik dan lebih Allah suka, aku pilih yang Allah pilih itu. 

Bukan dengan cara:
Aku tunggu je masanya tiba. Allah kan ada. 

Betul, tapi sebelum bertawakal ialah berusaha. Dan jangan komplen kalau tak pernah usaha then nak demand tinggi macam orang yang bersusah payah hendak (berusaha memenuhi kemahuan). 

Kalau kita usahakan untuk beli corneto dan kita dapat, itu adalah sesuatu kepuasan.
Tapi kalau apa2 tak usaha, kehendak pun tak ada, then tiba2 orang hulurkan ais krim durian, maka time tu kita tak boleh bising kita nak corneto jugakk. Tiada kepuasan tapi yang ada hanya tak puas hati. 

'Pilihlah kerana agama.'
'Tak apalah kalau dia tak ada rupa di dunia, kat syurga nanti dia hensemlah.'

Haah. Baru terfikir. Perkahwinan ini perlu kita kemudikan hingga ke syurga. Bukan sekadar hingga ke anak cucu. Tapi kita nak hidup dengan orang ini selama2nya. Setelah berpenat lelah di sini, spend hardship nak perjuangkan islam dengan pasangan, kemudian nak sambung hidup lagi dengan dia di sana, tapi dalam keadaan yang paling sempurna. 
So kalau ada masalah pun tak akan putuskan hubungan kalau kita tahu hadaf hingga ke akhirat.

Theoritically speaking. 

Practically, bermulalah dengan berdoa pada Allah. 
Kita doalah Allah buka jalan yang terbaik. Tunjuk kita apa perlu kita buat. Ajar kita apa yang kita tak tahu. Ingatkan kita apa yang kita lupa. Dan paling penting, ajar diri kita untuk rasa perlu kepada Allah di sisi kita, lebih dari rasa mahu dan perlunya kita kepada pendamping yang halal itu. 

Sebab siapapun kita, itu semua Allah yang izinkan. 
Ada pendamping yang faham, tapi kalau Allah tak izin kita bekerja untuk masyarakat dan islam, still tak memberi kebaikan.
Dapat pendamping yang tak faham lagi susah. Moga Allah lindungi. 

Dalam fasa menjadi 'golongan muda', apa yang penting ialah setkan minda bahawa penamat kita adalah untuk bertemu dan kembali kepada Allah. 
Ada yang pendek jalannya, maka kisahnya di atas muka bumi ini tak lama. 
Siapapun kita, marilah berusaha akhiri perjalanan ini dalam keadaan yang Allah redha. 

Jika perjalanan hidup ini berakhir dalam keadaan sebagai bujang, maka berangkatlah sebagai bujang yang terjaga. 
Jika sebagai isteri, moga sebagai isteri yang amanah.  
Jika sebagai ibu kita dijemput mengakhiri dunia ini, maka anak2 yang ditinggalkan itu cukup bekalannya hingga menjadi penerus amalan ibu ayah. 

Wah, besar cita2 dalam menuju kematian dan kehidupan abadi ini sebenarnya!

Moga Allah izin kita beroleh syurga. :) Amiin. Moga Allah perkenankan. 

P/s Allah maha Pemberi dan Pemilik kurniaan yang luas. Alhamdulillah. Astagfirullah. 

Thursday, December 5, 2013

Study week ES

- bismillah -

Study week ini ialah yang paling mencabar. 
Mencabar fizikal dan iman. 
Allahuakbar. 

Sabar dan kuatkan kefahaman. 
Bertaqwa dan bersyukur kita ialah kita, 
Walaupun orang lain tak mampu nak buat apa yang kita nak. 
Heh. Lupa, semua orang lain2. 
In the end, kena selalu semat pada hati,
Allah maha adil. 

Kejayaan dalam kesusahan adalah lebih manis. 
Kegagalan kerana bersusah tidak akan melemahkan. 

Buang rasa superior "aku mampu, kau tak mampu". 
Itu bukan urusan kita kalau orang lain tak nak hidup macam hidup kita. 
Kita pun tak nak kehidupan kita mcam hidup orang lain juga kan? 😂😂😂😂😂

Sunday, December 1, 2013

W.S.K.L

- bismillah -

Been to the most beautiful place i've ever known. Alhamdulillah. 
But, i dont bring any camera nor phone there. Tertinggal di dewan. Tanda bahawa dunia ni bukan utk kekal, stay dalam memori then vanish. 

Di situ ada bukit2, ada tanah lapang. Bukit batu, bukan bukit hutan rimba. Sekarang hampir musim sejuk, jadi angin pun kuat. Pokok fir banyak sangat. Daun2 dia halus tapi meneduhkan. 
Matahari hari tu tak terik. Tapi cukup untuk beri haba dan cahaya. 

Ada satu batu besar, dan siapa yang bercakap akan berdiri di atas tu. Dan yang lain dengar sambil dongak, duduk ramai2 di bawah. 

Time tengah hari, saya take part masak. 
Kami ada arang, lighter, periuk, air, maggi dan telur. Outdoor activity namapun. Takkan nak masak kari. :). 
Mula2 cari batu besar buat tungku, lepas tu ramai2 pergi cari kayu api. Ambik daun pokok fir, lagi mudah terbakar. Masa tu dah xfikir atas tanah ada soil bacteria dan macam2. Hehe. Main cekau je tarik daun2 kering dengan ranting kayu. 

Bila air dah panas, biarpun tak menggelegak, rasa macam sangat bahagia sebab usaha panaskan tu berhasil. Arang dah jadi berbara, daun2 terbakar, semua tu tak ada sia2 ulang alik angkut bahan bakar. 

Asap? Dari awal mula sampai api padam. Habislah baju dan jaket :) 
Kenangan yang melekat. 

"Farhana, dah asingkan telur?" Ramai pakat tanya macam ni. Sbb saya xmakan telur. Dan sebenarnya saya pun bukan orang yang makan maggi. Tp makan jugak kat sini sbb rasa indah dan tahu kebaikan utk makan tu lebih besar dari mudaratnya. Maggi ukhwah lillah wa fillah gitu. :)

Cuaca yang sejuk, tapi duduk dekat api tu sangat memberi ketenteraman. 

Alhamdulillah. Tiba2 dalam episod hidup ni ada outdoor activity macam tu. Allah yang plan dan Allah yang izin. Kalau ikut nak rancang sendiri, tak akan pernah ada kelapangan :')

Alhamdulillah. Di sebalik sibuk, Allah hadiahkan gateway yang indah. Pergi dengan member2 yang kita percaya dia boleh tidur satu bangunan dengan kita, solat satu sejadah. 

Btw, lepas makan kitorang solat. Atas tanah. Lapik jaket. Hanya orang yang tinggi ithar akan buka jaket dan bentang untuk sama2 guna. 
Tapi untuk saya, menjaga tudung daripada ditiup terangkat dek angin kena lebih utama sbb terbuka aurat boleh batal solat. Jadi tak dapat rasa apa yang orang lain rasa bila jaket kotor dengan debu tanah. Moga Allah ganti lebih indah. 

Sebelum tu, kena ambik wuduk dulu. Tak ada paip air :)
Kawan saya cedokkan air dari satu tempat yang indah yang tiba2 Allah wujudkan air di situ :) sebab saya tak berani turun. I got no confidence with my feet. Alhamdulillah. Banyak pertolongan Allah melalui sahabat2. Ada yang setia pegang handphone sebab gelap. Terlalu detail nak cerita semua benda yang indah2 dalam atmosfera ukhwah islamiah dengan orang2 yang faqih dan sodiq. InsyaAllah moga ini juga menjadi doa. 

Musim sejuk ni mudah untuk kena asma. Kena jadi doktor yang Allah redha, moga dilengkapi ilmu dalam beramal. Moga ketinggian di akhirat lebih disimpan cita2. 
Moga rasa happy di akhirat lebih besar daripada rasa happy orang panggil gelaran kita. 

Mendaki, tidak boleh berseorangan. Perlu berteman. Agar tidak berhenti di pertengahan jalan.

"Doakan, moga Allah izin kita beraktiviti lagi di syurga sama2."

Amiin. 

Ukhwah yang halal. 
Kalau tak kahwin, tak ada pintu untuk kita saja2 berinteraksi sesedap hati. 
Tapi atas satu jalan, Allah izinkan ada kerja dan tanggungjawab utk kita selesaikan bersama2 dengan yang lain, tak terbuat sorang2. 

Saling menjaga, kerana Allah. 
Hingga hilang cinta pada mereka kerana nafsu. 
Berukhwah kerana cinta kepada Allah lebih dari berukhwah kerana cinta pada mereka. 

Tanda halawatul iman,
-Mencintai Allah dan rasul lebih dari orang lain dan diri sendiri.
-Mengasihi seseorang kerana Allah. Bertemu berpisah kerana Allah. 
-Benci untuk kembali kepada perkara mungkar sepertimana bencinya kita terhadap api neraka. 

Alhamdulillah.
Doakan moga Allah izin syurga buat hamba2Nya dalam cerita ini. Amiin. 

Jom doa selalu,
"Allah, tempatkanlah aku dalam golongan soleh."
Moga Allah izin segalanya diredhai. 

Camping dengan para soleh solehah, jaga solat jaga akhlak jaga disiplin jaga agama, bila pula kita nak usaha jadi soleh? :)

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...