Skip to main content

doa tahajud

- bismillah -

“O Allah! All praise belongs to You; 
You are the Custodian of the Heavens and Earth and all that is therein. And all praise belongs to You;
 You are the lighter of the Heavens and the Earth and all that is therein. And all praise belongs to You; 
You are the Sovereign of the Heavens and the Earth and all that is therein. And all praise belongs to You; 

You are the Truth; Your Promise is the truth; meeting Your (in the Hereafter) is true; 
Your Speech is true; Jannah is true; the Fire is true; 
the Prophets are true; Muhammad (sallallahu alaihi wa-sallam) is true; and the Hour (of Doom) is true. 

O Allah! I submit myself to You, believe in You, rely on You, turn to You, fight for You, and invoke You. 
So forgive what I have done in the past or will do in the future, what I hide or declare, and what you know better than me (of what I did). 
You are the One, Who brings (some people) forward, and moves back (the others). 
There is no (true) god except You, and there is no (god) than you.”
[Saheeh al-Bukharee and Saheeh Muslim]

ini doa yang Nabi baca waktu qiyamullail. doa ni dibaca lepas solat tahajud.

cantikkan? :)

***
terjumpa kisah ini.

Abu Qatadah (radhi allahu anhu) reported that one night the Messenger of Allah (sallallahu alaihi wa-sallam) saw Abu Bakr (radhi allahu anhu) praying with a low voice. He then saw Umar (radhi allahu anhu) praying with a loud voice. 

Afterwards, he said to Abu Bakr (radhi allahu anhu): “O Abu Bakr! I passed by you while you prayed and you were lowering your voice.” He replied: “I have been heard by Him whom I was addressing, O Messenger of Allah (sallallahu alaihi wa-sallam)!” 

Then the Prophet (sallallahu alaihi wa-sallam) said: “O Umar! I passed by you while you prayed, and you were raising your voice.” He replied: "O Messenger of Allah (sallallahu alaihi wa-sallam)! Thereby I wake the sleepy and drive the Shaytaan away.” 

So, the Messenger of Allah (sallallahu alaihi wa-sallam) said: “O Abu Bakr, raise your voice a little. And you Umar, lower your voice a little.
[(saheeh) by Shaikh al-Albanee (Abu Dawood and at-Tirmidhee)]

hadis ni pasal men-sederhana-kan suara dan bacaan waktu qiyamulllail.

hehe. tapi saya nampak benda lain.
:)
pasal personaliti.
Type A, dan type B.
tegas, dan lembut.
hehe.

Saidina Abu Bakar diceritakan dalam kisah2 sahabat sebagai salah seorang sahabat Nabi yang cool, calm dan bijak bagi keputusan.
Saidina Umar pula sebagai sahabat yang tegas, bersungguh-sungguh dan cepat ambil keputusan. diceritakan, waktu beliau nak pergi solat di masjid pun, syaitan akan lalui jalan lain sebab takut dengan ketegasan saidina Umar! masyaAllah :)

tapi ingatlah, sehandsome nabi Yusuf, nabi Muhammad lebih handsome.
setakut2 syaitan dengan Umar, Nabi disucikan terus (tak diganggu langsung) dari syaitan.
se-cool dan calm dan bijaknya Abu Bakar, Nabi Muhammad lebih cool dan calm dan bijak atur keputusan.
tanda kita meyakini Nabi Muhammad sebagai rahmat kepada seluruh alam, penutup segala nabi dan penghulu mereka.
berselawatlah ke atas Nabi. segala puji bagi Allah atas limpahan kurnianya.

pupuklah cinta pada Nabi Muhammad, segalanya adalah indah dan terbaik pada baginda.
sollu alaih. *selawat*

***
kawan saya nak kahwin dah. tetiba.

hihi dah besar eh. selamat2,, moga Allah permudah.
(kawan ye, bukan sahabat,, mohon jangan serbu ahli rumah yang tak bersalah =,=)

akhir2 ni kalau ada orang sebut pasal kahwin, automatik saya akan shift my mind kepada kematian.
sebab apa yang berlaku pun, kematian itu akan datang pada kita dengan izin Allah.

dan Allah dah janji, orang yang meninggal di jalan Allah tidak mati, bahkan lebih hidup :) (dlm surah baqarah).
hanya Allah yang tahu bagaimana dan sudah semestinya lebih baik dari dunia yang ditinggalkan.
*baru baca kes pegawai agama kena bunuh, ayah kepada kawan kepada kawan saya ni. al-fatihah untuk arwah, moga diterima amalnya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang Allah janjikan kehidupan lebih baik dari dunia ini.*

ok sambung.
kalau kita tak nak pasangan kita nanti ialah orang yang pernah ada orang istimewa dalam hidup dia, kita pun janganlah simpan orang lain dalam hati kita. oh yeah ayat sengal.

tapi itu the truth. kecewa kan kalau tahu pasangan kita dulu cinta gila pada A. dan dah tentu pasangan kita pun kecewa juga kalau kita dulu taruh harapan nak bina mahligai dengan B.

apa2pun, kesilapan menuntut kemaafan. 
mana ada orang perfect. kita tergelincir juga dalam menyintai. tapi cepat2lah sedar. dan bila dah tahu diri sendiri pun pernah terlangkah sempadan prinsip, jangan menyinga pula kalau pasangan sendiri nanti juga begitu.

menyinga. tahu?
alhamdulillah, seumur hidup saya, sampai sekarang tak pernah ahli keluarga lelaki meninggikan suara. dan saya minta lindung dengan Allah dari perkara tu. ayah, abang, alhamdulillah Allah pelihara mereka daripada sifat pemarah. moga Allah lindung hingga ke syurga amiin.

tak salah bersifat pemarah, tapi bukan pada keluarga.
contohi sahabat Nabi, saidina Umar :)
carilah kisah beliau dengan isterinya yang banyak berleter (bukan mengumpat, just normal lah hehe), tapi amirul mukminin ini hanya sabar dan terus menghargai isterinya.

bayangkan! beliau type A waktu berkerja, berurusan, tapi dengan isteri beliau boleh jadi type B.
coolio.

hehe. gelikan farhana cakap pasal ni? apa2 je lah.

sehinggakan, Nabi pernah cakap, kalau ada Nabi lagi selepas aku, maka saidina umar lah orangnya. tapi Nabi Muhammad ialah penutup segala Nabi. so kalau ada orang hebat macam manapun, Nabi Muhammad junjungan kita mengatasi segalanya, terbaik atas terbaik ^^ segalanya atas pilihan Allah.
*selawat*

any time bila kita cerita pasal Nabi, kagum dengan Nabi, berselawatlah.
nanti lama2 akan tumbuh rindu untuk bertemu dengan Baginda, insan yang hebat sangat perjuangan dan kisah hidup Baginda.
*selawat*

bila dah rindu, eager nak jumpa, akan tumbuh cinta.
lelaki, perempun, anak, isteri, semua orang boleh mencintai Nabi ^^
indahkan :)

sebagai anak, bacalah kisah Nabi ketika dengan Fatimah.
sebagai isteri, kita terinspirasi dengan interaksi Nabi dengan saidatina Khadijah, Aisyah, dan isteri2 Nabi yang lain.
sebagai lelaki, kita suka cara Nabi bercakap dengan sahabat2, memberi nasihat. "kamu nak tak aku bagitahu satu ilmu, yang padanya ada kebaikan?" selalu hadis mula dengan macam ni. dalam hidup sekarang, kinda 'eh korang, aku nak share somthing nih..nak tau tak??'

paling best, dalam surah Taubah. Allah ceritakan perihal Nabi dengan Saidina Abu Bakar yang berlindung di dalam sebuah gua sewaktu berhijrah ke Madinah.

"Jangan kamu sedih, sesungguhnya Allah ada dengan kita."
Nabi cakap pada Saidina Abu Bakar.

TT_TT
dan waktu tu saidina abu bakar protect nabi dari ular, dengan cara menutup kakinya ke atas lubang! haruslah sakittt TT.TT

Allah.

indahkan baca kisah sahabat?

post ini nampak mencapah. tapi, ketahuilah, kisah Nabi dan sahabat juga kita boleh contohi. bukan sekadar kisah mat saleh dan apa2 lagi buku self-help yang kita jadikan wajib khatam sebelum kahwin.
boleh nak baca semua tu, tapi berbalik jugalah kepada realiti.
berbalik kepada figura yang dijamin syurga.

*bateri laptop habis - padam*
dah tak ada ayat nak sambung.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …