Monday, October 21, 2013

False attachment

- bismillah -

Pergantungan yang salah. 
Ruang menabur komitmen yang sia2.

Dah banyak kali kita harapkan pegar, pegar makan padi. 
Harapkan kerja menjadi, tak jadi-jadi. 

"Aku dah beri sepenuh usaha dan komitmen dah untuk projek ni!
Tapi kenapa akhirnya apa yang aku harapkan tak jadi...?"

Atau boleh diterjemahkan,
"Aku dah labur duit banyak untuk buat majlis ni, kenapa tak ada orang datang...?"

Atau,
"Dulu masa di dunia aku bersungguh-sungguh perjuangkan isu ini, ramai menyokong aku, tapi kenapa sekarang aku didakwa pula di mahkamah akhirat?"
(Ini hanya rekaan, only Allah knows how exactly the akhirat is)

Kenapa apa yang kita buat sungguh2, yang kita tumpu perhatian sepenuhnya,, tiba-tiba di pengakhirannya sikit pun tidak memberikan apa2 manfaat pada kita?

Kerana apa yang dibuat tu salah dari awal. 

Senang cerita, si A beri komitmen untuk tunangnya si B, tapi tup tup salah seorang dari mereka kahwin dengan orang lain. Zzzz. 

Memanglah ini cerita tak ada jodoh, habis tu segala 'penat lelah' dan 'jasa bakti' semasa menjadi tunangan tu apa? Yang tahu hukum hakam mungkinlah jasa bakti mereka bukan keluar makan, tengok wayang..tapi sadly jasa bakti golongan ini ialah 'jaga diri tak nak ikhtilat nanti tunang rasa dikhianati'. Last sekali siapa yang kecewa. Itulah false attachment. Tersalah memberi. Tersalah tempat memberi. 

Si C jaga diri dan penampilan dan perwatakan depan si D, harapan menggunung si D pandang dia. Tapi si D hantar kad kahwin sebulan kemudian. Habis tu jaga diri dan penampilan tu untuk siapa? Sia2 saja tak pakai pelik2 dengan harapan si D suka dia.

Ada lagi. 
Si E jaga tahajud supaya dapat pasangan soleh / solehah. Tu je tujuannya. Tak tengok movie lagha, tak karaoke, semuanya untuk menanti pasangan yang baik2 macam tu. 
Tup tup jodohnya bukan orang yang seperti diharapkan. Atau, boleh jadi kematiannya datang sebelum sempat berkahwin. Apa jadi dengan komitmen dia dulu untuk menjadi pasangan baik?

Memanglah apa yang dibuat tu baik, jaga diri, jaga agama, tapi sia-sialah kalau NIAT KERANA UNTUK DAPAT BALASAN DUNIA, UNTUK DAPAT MANUSIA ATAU SESUATU DARI MANUSIA, mana boleh macam tu. 

Mungkin ada nilai, kerana Allah sebaik-baik Penilai, tapi ingat semula apa Nabi cakap,

"Siapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan Rasul-Nya. 
Siapa yang berhijrah kerana dunia atau wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya atas apa yang dia niatkan."

Dulu, masa Nabi diperintahkan oleh Allah untuk berhijrah dari Makkah ke Madinah, ramai orang islam berhijrah juga. 
Kisah ni, ada sahabat yang berhijrah ke Madinah bukan kerana mengikut perintah Allah tapi kerana di sana ada wanita yang ingin dikahwininya. Padahal hijrah tu benda baik :) tapi Allah tegur bahawa itu ialah false attachment. 

Supaya di pengakhirannya, tiada apa yang sia2, maka tinggalkanlah false attachment kita. 

Banyak lagi kisah yang kita tahu berlaku tapi kita pun tak sedar akan false-attachment-nya. 

Ibu yang terlalu menduniakan hidupnya dengan anak2, pekerja yang menjaga istana binaannya seakan-akan istana itu kekal. Banyak lagi. 

Moga Allah lindung. Moga kita tidak di-distracted oleh dunia. 

No comments:

Post a Comment

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...