Wednesday, October 23, 2013

Cakap depan.

Situasi 1.
"Kau tak study ke?"

"Eh, aku study lah! Suka hati cakap aku tak study."

"Tak lah, aku nampak kau banyak pergi lawan syarahan je."

"Aku sambil syarahan, aku study jugak tau. Memanglah aku banyak ambil tahu hal lain tapi aku tak tinggal study lahh."

Sekarang lihat situasi 2. 
"Kau tak ambil tahu hal negara."

"Eh, mana ada! Aku baca juga lah hal negara. Sedap je tuduh aku tak ambil tahu hal negara."

"Eh bukan tuduh. Sebab aku tengok kau asyik study je."

"Ye lah. Aku study tu, study jugak. Tapi tidaklah sampai aku tak ambil tahu dunia luar langsung."

Sama tak situasi ini?

Apa perasaan bila orang cakap kita ni budak yang tak study? "Eh kau ni tak study ke?" 
Mesti kita marahkan. 
Sebab orang tak study ni susahla sikit dia nak berjaya. So seolah2 orang yang tanya tu nak cakap kita ni dalam lembah ke-tidak-berjayaan.

Dan, fikir lah jugak. 
Apa perasaan orang bila kita cakap pada dia, "Eh kau tak ambil tahu hal negara ke?"
Hanya kerana dia tak seperti kita. 
Orang pun tak suka. 
Seolah kita kata padanya, "kau penting diri lah, tak ambil tahu hal sekeliling."

Muhasabah semula. 
Kenapa kita berkongsi pengetahuan?
Kenapa kita nak beritahu orang apa yang kita tahu?

Sebab kita nak orang tahu. 
Nak orang cakna. 

Tapi, bila orang tahu lebih dari apa yang kita tahu, terus kita hilang niat asal. 

Bila orang tak tahu, kita tuduh dia pemalas nak ambil tahu. Hanya tahu baca buku medik je. 
Hoh. Check semula, "apa tujuan aku beritahu isu ini?"

Bila niat lurus dan tulus nak orang tahu, 
Takkan ada sifat nak condemn orang lain,
Takkan ada perangai aku-tak-boleh-ditolak-hujah,
Takkan ada kata2 memperkecilkan orang lain. Hanya kerana kita rasa kita tak kecil. 

Haih. Benarlah, siapa yang takutkan Allah dan Rasul, diamlah (pada waktu yang bila kita bercakap, hanya menambah murka Allah). 

I shouldnt have write this anyway. 
Pengecut akan cakap belakang. 
So, i guess i'm being one. 
Tapi sebab dah fed up tengok orang terbang tinggi tapi marah orang kat bawah naik kereta. 

Kita ada jalan masing2. 

Dan, kebaikan akan diterima oleh fitrah manusia. 
Kalau banyak sangat orang tak puas hati dengan kita, mesti ada something kita kena betulkan kan?

Niat ke...cara ke...
Apa2pun, semua orang boleh mengadu pada Allah. Allah milik semua. Tapi last2 moga persangkaan kita ini berada atas landasan iman dan taqwa. 

Mari muhasabah. 
Kahfi, ayat2 last2.
Kadang kita manusia tak terlepas untuk berasa "aku sudah memberikan yang terbaik"
Walhal, itu sifat orang yang rugi di akhirnya. 
Nauzubillah min zalik. 

No comments:

Post a Comment

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...