Sunday, October 27, 2013

Pei pan

Dia sudah pergi. 

Pak Said sangat mempercayai Hisham. Dia antara orang kepercayaan semua. Malah dia tahu selok-belok syarikat yang dibangunkan oleh Pak Said ini. 

Malangnya, seperti mana syarikat-syarikat lain, tiba satu masa yang amat menggentingkan. Syarikat itu menghadapi masalah ekonomi yang sangat besar sehingga terpaksa menghentikan operasinya. 
Berat Pak Said untuk memberitahu pekerja-pekerjanya bahawa mereka sudah tiada kerja!

Setelah disiasat, rupa-rupanya masalah ekonomi yang terjadi itu berpunca dari pekerja syarikat itu sendiri, sesuatu perkara yang sangatlah tidak dijangka. Lazimnya, sesebuah syarikat menghadapi masalah ekonomi hasil kesan turun naik pasaran, tapi perkara ini berpunca dari pihak dalaman yang tidak cekap mengendalikan tugas mereka. 

Tidak, bukanlah orang-orang kepercayaan yang berlaku khianat! 

Pak Said tidak menutup sepenuhnya operasi syarikatnya. Walaupun tidak menggaji pekerja, dia masih menjalankan perusahaannya itu. Baginya, syarikat hanya tempat, sedangkan bisnes boleh dilakukan di mana-mana. Tidak boleh rebah terduduk sedang ototnya masih kuat bertahan. 

Suatu hari, Pak Said duduk-duduk bermenung di sofa. Fikirnya, entah ke mana pekerja-pekerjanya telah pergi sekarang?
Mungkin ada yang masih menunggu panggilan darinya untuk bekerja semula?
Atau...
Ramaikah yang telah lari pergi ke syarikat lain?

Aduh, Pak Said mengurut perlahan dadanya. 

Teringat semasa upacara pecah tanah untuk pembukaan syarikatnya, dia dan beberapa orang harapannya telah berjanji di situ. Bersaksikan kesetiaan dan kepercayaan, mereka sama-sama bersumpah untuk berbakti dan menyumbang tenaga dan kehidupan masing-masing kepada kepentingan syarikat. Mereka berjabat tangan dengan erat, sementara renungan mata masing-masing menjanjikan kebersamaan. 

Pak Said tersenyum sambil perlahan melepaskan nafasnya yang sejak tadi tertahan di dada. 

Kesetiaan dan kepercayaan, masih adakah? Ataukah sudah terhapus sebaik anak mata terpejam pada setiap malam?

Murahnya perjanjian itu andai nilainya ialah memori, satu khazanah yang tidak akan hilang melainkan terhentinya masa. 

Hisham, di mana Hisham?

Suatu masa dulu, Hisham ada menghubunginya. 
Dia meminta Pak Said menolongnya untuk berbuat sesuatu, dan pertolongan itu hanya dia dan Pak Said sahaja tahu ceritanya. Ah, semuanya sungguh rahsia!

Tapi itu perkara sebelum syarikatnya ditutup. 
Kini, Hisham sudah lama tidak diketahui usul cerita. 
Entah masih kuat berusaha menjaga kepentingan syarikat atau bagaimana?

Pak Said terpandang kertas putih di atas meja kopi. Sepucuk surat atas nama Hisham. Ya, Hisham pernah menggunakan alamat rumahnya kerana Hisham dulunya menetap di situ!
Mungkin surat yang satu ini, terlupa untuk dia mengubah alamatnya. 

Surat dibelek. Di belakang tertulis gerangan si pengirim, sahabat karib rupanya. Patutlah dihantar ke alamat rumahnya, tidak seperti surat-surat rasmi yang lain. 

Surat itu ditelek lama. Tertulis di situ, 'kepada pengarah muda, Nor Hisham b Amri.'
Dari tadi Pak Said tidak mengubah pandangannya, hanya tertumpu pada sepatah kata 'pengarah'. 

Setahu dia, sewaktu bekerja di syarikatnya dulu, Hisham menjawat jawatan 'pengurus', bukan 'pengarah'. Atau, adakah Hisham mendapat jawatan baru di syarikat lain?
Hisham, ke manakah kau pergi?

Marahnya Pak Said menghilangkan amanah yang dijunjungnya. Lantas dia membuka surat di tangannya. Kasar. 
Bukan dia hendak tahu isi pesanan sahabat Hisham itu, tapi dia hanya mencari kepastian di sebalik sangkaannya. 

Panggilan telefon tiba-tiba menghentikan bacaannya. Surat tidak dilipat ke dalam sampul semula, dibiarkan terlangkup di atas meja. 
Telefon dicapai. 

Selang beberapa minit, Pak Said sudah meletakkan gagang telefon ke tempatnya. Perbicaraan tadi terlalu rahsia  untuk diceritakan. "Alhamdulillah," kalimah syukur itu terluah dari bibirnya. 

Dia kembali ke meja, mencari semula surat tadi. Aneh, sudah tiada dalam pandangan! Dia yakin, dia tidak menyimpan surat itu semula ke dalam sampulnya kerana hendak cepat-cepat menjawab panggilan telefon yang berdering. Namun, dalam hanya beberapa minit sekembalinya ke meja itu semula, surat itu hilang dari pandangan. Yang tinggal hanyalah sampulnya. Benar, dia bukan bermimpi!

Sudahlah, biarkan sahaja. Dia sudah pergi, hilang dibawa angin masa. Lenyap dari ufuk ingatan. Biarkan sahaja luka yang terhiris dengan ayat-ayat pujian dan tahniah dalam surat itu juga hilang dibawa angin. Bukan dia cemburu, bukan dia dengki, tapi Pak Said kecewa tertipu. 

Dia bukan dikhianati oleh Hisham, tapi terpedaya dengan janji semurah memori, terikat dengan setia sedalam renungan mata, tercengkam dalam eratnya sebuah jabat tangan. 
Padahal, semuanya bisa hilang pada setiap pejaman mata dek silau harta. 

Biarlah, usah diketahui isi surat itu.
Usah dicari ke mana Hisham. 

Ligat otaknya berfikir, dengan siapa mahu dia berkongsi berita pembukaan semula syarikatnya nanti? 
Lantas Pak Said menyarung kotnya, keluar ke bank menuntut pinjaman yang baru saja diluluskan. 

Dia sudah pergi. 

***
Pei pan ialah tajuk asal buku karya ram. 
Pei pan bermaksud pengkhianatan dlm bahasa cina. 
Haruslah ini disclaimer, tidak terlibat tulisan ini dengan mana2 pihak yang ada nama sama atau lain2 persamaan, semuanya tiada kaitan. 

Wednesday, October 23, 2013

Cakap depan.

Situasi 1.
"Kau tak study ke?"

"Eh, aku study lah! Suka hati cakap aku tak study."

"Tak lah, aku nampak kau banyak pergi lawan syarahan je."

"Aku sambil syarahan, aku study jugak tau. Memanglah aku banyak ambil tahu hal lain tapi aku tak tinggal study lahh."

Sekarang lihat situasi 2. 
"Kau tak ambil tahu hal negara."

"Eh, mana ada! Aku baca juga lah hal negara. Sedap je tuduh aku tak ambil tahu hal negara."

"Eh bukan tuduh. Sebab aku tengok kau asyik study je."

"Ye lah. Aku study tu, study jugak. Tapi tidaklah sampai aku tak ambil tahu dunia luar langsung."

Sama tak situasi ini?

Apa perasaan bila orang cakap kita ni budak yang tak study? "Eh kau ni tak study ke?" 
Mesti kita marahkan. 
Sebab orang tak study ni susahla sikit dia nak berjaya. So seolah2 orang yang tanya tu nak cakap kita ni dalam lembah ke-tidak-berjayaan.

Dan, fikir lah jugak. 
Apa perasaan orang bila kita cakap pada dia, "Eh kau tak ambil tahu hal negara ke?"
Hanya kerana dia tak seperti kita. 
Orang pun tak suka. 
Seolah kita kata padanya, "kau penting diri lah, tak ambil tahu hal sekeliling."

Muhasabah semula. 
Kenapa kita berkongsi pengetahuan?
Kenapa kita nak beritahu orang apa yang kita tahu?

Sebab kita nak orang tahu. 
Nak orang cakna. 

Tapi, bila orang tahu lebih dari apa yang kita tahu, terus kita hilang niat asal. 

Bila orang tak tahu, kita tuduh dia pemalas nak ambil tahu. Hanya tahu baca buku medik je. 
Hoh. Check semula, "apa tujuan aku beritahu isu ini?"

Bila niat lurus dan tulus nak orang tahu, 
Takkan ada sifat nak condemn orang lain,
Takkan ada perangai aku-tak-boleh-ditolak-hujah,
Takkan ada kata2 memperkecilkan orang lain. Hanya kerana kita rasa kita tak kecil. 

Haih. Benarlah, siapa yang takutkan Allah dan Rasul, diamlah (pada waktu yang bila kita bercakap, hanya menambah murka Allah). 

I shouldnt have write this anyway. 
Pengecut akan cakap belakang. 
So, i guess i'm being one. 
Tapi sebab dah fed up tengok orang terbang tinggi tapi marah orang kat bawah naik kereta. 

Kita ada jalan masing2. 

Dan, kebaikan akan diterima oleh fitrah manusia. 
Kalau banyak sangat orang tak puas hati dengan kita, mesti ada something kita kena betulkan kan?

Niat ke...cara ke...
Apa2pun, semua orang boleh mengadu pada Allah. Allah milik semua. Tapi last2 moga persangkaan kita ini berada atas landasan iman dan taqwa. 

Mari muhasabah. 
Kahfi, ayat2 last2.
Kadang kita manusia tak terlepas untuk berasa "aku sudah memberikan yang terbaik"
Walhal, itu sifat orang yang rugi di akhirnya. 
Nauzubillah min zalik. 

Monday, October 21, 2013

False attachment

- bismillah -

Pergantungan yang salah. 
Ruang menabur komitmen yang sia2.

Dah banyak kali kita harapkan pegar, pegar makan padi. 
Harapkan kerja menjadi, tak jadi-jadi. 

"Aku dah beri sepenuh usaha dan komitmen dah untuk projek ni!
Tapi kenapa akhirnya apa yang aku harapkan tak jadi...?"

Atau boleh diterjemahkan,
"Aku dah labur duit banyak untuk buat majlis ni, kenapa tak ada orang datang...?"

Atau,
"Dulu masa di dunia aku bersungguh-sungguh perjuangkan isu ini, ramai menyokong aku, tapi kenapa sekarang aku didakwa pula di mahkamah akhirat?"
(Ini hanya rekaan, only Allah knows how exactly the akhirat is)

Kenapa apa yang kita buat sungguh2, yang kita tumpu perhatian sepenuhnya,, tiba-tiba di pengakhirannya sikit pun tidak memberikan apa2 manfaat pada kita?

Kerana apa yang dibuat tu salah dari awal. 

Senang cerita, si A beri komitmen untuk tunangnya si B, tapi tup tup salah seorang dari mereka kahwin dengan orang lain. Zzzz. 

Memanglah ini cerita tak ada jodoh, habis tu segala 'penat lelah' dan 'jasa bakti' semasa menjadi tunangan tu apa? Yang tahu hukum hakam mungkinlah jasa bakti mereka bukan keluar makan, tengok wayang..tapi sadly jasa bakti golongan ini ialah 'jaga diri tak nak ikhtilat nanti tunang rasa dikhianati'. Last sekali siapa yang kecewa. Itulah false attachment. Tersalah memberi. Tersalah tempat memberi. 

Si C jaga diri dan penampilan dan perwatakan depan si D, harapan menggunung si D pandang dia. Tapi si D hantar kad kahwin sebulan kemudian. Habis tu jaga diri dan penampilan tu untuk siapa? Sia2 saja tak pakai pelik2 dengan harapan si D suka dia.

Ada lagi. 
Si E jaga tahajud supaya dapat pasangan soleh / solehah. Tu je tujuannya. Tak tengok movie lagha, tak karaoke, semuanya untuk menanti pasangan yang baik2 macam tu. 
Tup tup jodohnya bukan orang yang seperti diharapkan. Atau, boleh jadi kematiannya datang sebelum sempat berkahwin. Apa jadi dengan komitmen dia dulu untuk menjadi pasangan baik?

Memanglah apa yang dibuat tu baik, jaga diri, jaga agama, tapi sia-sialah kalau NIAT KERANA UNTUK DAPAT BALASAN DUNIA, UNTUK DAPAT MANUSIA ATAU SESUATU DARI MANUSIA, mana boleh macam tu. 

Mungkin ada nilai, kerana Allah sebaik-baik Penilai, tapi ingat semula apa Nabi cakap,

"Siapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan Rasul-Nya. 
Siapa yang berhijrah kerana dunia atau wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya atas apa yang dia niatkan."

Dulu, masa Nabi diperintahkan oleh Allah untuk berhijrah dari Makkah ke Madinah, ramai orang islam berhijrah juga. 
Kisah ni, ada sahabat yang berhijrah ke Madinah bukan kerana mengikut perintah Allah tapi kerana di sana ada wanita yang ingin dikahwininya. Padahal hijrah tu benda baik :) tapi Allah tegur bahawa itu ialah false attachment. 

Supaya di pengakhirannya, tiada apa yang sia2, maka tinggalkanlah false attachment kita. 

Banyak lagi kisah yang kita tahu berlaku tapi kita pun tak sedar akan false-attachment-nya. 

Ibu yang terlalu menduniakan hidupnya dengan anak2, pekerja yang menjaga istana binaannya seakan-akan istana itu kekal. Banyak lagi. 

Moga Allah lindung. Moga kita tidak di-distracted oleh dunia. 

Sunday, October 20, 2013

Adik

- bismillah -

Bangkok - Cairo (it was actually Kul-Amm, just a matter of transit flight)

This is the chosen journey. InsyaAllah. 

Somehow in my third year, Allah sent me an adik to live along. 
Not biological one, but she is a new junior. 
Taking same course, under sponsorship, she's nothing much different than what i was like three years ago. 
We got something good and nice from school and come to jordan to claim the 'reward'. 
What i want to say is that, we all got expectations and 'something we want to receive' by being here in the foreign country. 

Seeing her preparing for classes, waking up, getting ready, mingling with seniors etc etc, all those remind me of something. 

That i should come to an extent where i had to have achieved what i wanted and expected much in the first place since the first year i came. 

What did i really get after all these three years long?
I started to count the golden days of being among the first-year students.
It was ok i guess, alhamdulillah. 

So what about in the third year? What expectations do i have?
Did i get any or just because i have past my first year that i dont have to build dreams and hopes?

I have to build one. 
We have to. Because our hopes that keep us alive and moving. And later, in the next years to come, we can reflect what we had achieved, not what we had not been dreaming. 

Talking about adik, i learn to be better in each thing i did. I shouldnt be a kakak yang ala kadar, mentality shouldnt be the same for Allah has spared me two years ahead than my adik. So if i act worse than her, it was as if i have wasted the spare time Allah has given me. 

But but but, 
Mostly when we are seniors, we tend to be egoistic. 'I am simply better than you'. NO! Change it to something berpahala like 'i am simply trying hard to be better so that i can be the qudwah / role model'

Truthfully, ada adik akan buatkan kita rasa diri dalam cermin. 

When she prays for dhuha, it knocks me to do the same. 
When she read kahfi in the friday morning directly after subuh, it simply makes me to turn away from the internet, which is my excuse to stay awake and not sleeping. 

So, what if i ignore what she did and be the kakak yang tak ada perasaan untuk jadi qudwah?
I lose chance for dakwah. And more surprisingly, what if... 'kakak tak buat jadi saya pun tak nak buatlahh!'

Haaa sudah. 

So let just be a kakak yang kakak. Sounds like an elder huh? Makcik2. 

I guess, this is something Allah gives for me to be a better person. 
And as a preparation to develop sense of care, responsible and etc. maybe. hikhiks. 
Since i am the last in the family, so i dont really care about others wellbeing that much before. Hehe. 

Now i'm learning to wake others up from bed. Oh my.. it was so scary. 
(Since i was the one yang tak suka orang kejut bangun tidur. Err so i dont want that anger to be expressed back upon me~) i'm not used to wake others up, so there were 2-3 incidents where my adik woke up by the time she should have catch te bus. oh ampunn :/

May Allah bless her. She is something that Allah send for me and my other housemates insyaAllah. 
May Allah correct our wrongdoings and keep improving us. Amiin. 

Saturday, October 19, 2013

- bismillah -

Seronok tengok kawan yang develop passion mereka. 

Yang minat menulis, dah melangkah maju hasilkan buku.
Yang minat videography, dah naik setapak arahkan filem. 

Dari zaman sekolah saya suka jadi jack of all trade. Semua benda nak buat, sukan, pertandingan, kuiz, kem, tapi jack ni selalunya... master of none. Sobs. 

Dari image editing sampai reading key notes, saya ambil tahu. Tapi nak suruh main lagu ke buat poster gempak2 ke... sentiasa ada orang lain yang lebih bagus. 

Nampak sangat buat untuk suka2. Puaskan curiosity. 

And truthfully i dont even know what and where the limelight is. Maybe in every field? Meh meh. :3

I used to write good articles, tapi sejak sifu2 saya dah hilang di pandangan mata, jadi tulisan saya pun tak polished betul2. Mostly mengarut macam ni ha. 

Who are my sifu-s?
Cikgu bm saya, seorang kakak blogger di mesir dan seorang blogger dari kelantan. 
Cikgu dah terpisah sejak saya keluar sekolah,
Kakak tu saya follow dari form 4, inspired untuk pergi mesir, tapi sayang dia dah private-kan blognya sejak kahwin. 
Seorang lagi dah sunyi sejak masuk universiti. Sibuk kot. 

Basically, bahasa saya guna banyak dengan pengaruh bahasa mereka. 
Ada beza post lama2 dulu dengan dua tiga menjak ni. 

Sebab dah banyak tahun role models hilang dari pandangan dan capaian...maka i missed my old days. 

Zaman saya boleh tulis apa nak tulis, tanpa perlu orang quote apa saya tulis esoknya bila jumpa. 
Awkward. 
Zaman nawwar ialah nawwar, bukan farhana budak just tu. 
Zaman tak perlu ambil kisah siapa baca dan siapa tak baca. 
Zaman tak perlu ambil kisah kalau orang tahu dan boleh tangkap makna tersirat. 
Zaman yang bila saya tulis cerita, orang tak perlu fikir siapa watak2nya dalam dunia sebenar. 
Etc etc etc. 

Jom buat blog baru?

Hadiah hari tasyrik

- bismillah -

Alhamdulillah. Bumi irbid sudah ditimpa hujan. Bahkan bumi malaysia juga hujan pada hari akhir tasyrik, jumaat. 

Kata sheikh uqlah, hujan ini rahmat apabila turunnya tidak memudaratkan kita (tak banjir). 
Dia anggap, hujan juga antara petanda Allah terima haji pada tahun itu atau tidak. 

Pernah beliau ceritakan, pada satu tahun, pada hari arafah 9 zulhijjah, suhu sekitar 40 darjah celcius (sangat panas). Tapi Allah maha kuasa, hujan turun mencurah ketika maghrib menjelang. 
Jadi di menganggap (berlapang hati) Allah menerima haji2 yang dikerjakan umat islam pada tahun itu. 

Namun ada pada satu tahun lain, hujan turun mencurah juga, namun melibatkan banyak kematian kerana banjir. Dan sheikh kata, aku tak rasa itu rahmat. 
Wallahua3lam (Allah paling tahu)

Dan hadiah semalam :),,,,
Hari jumaat, di penghujung siangnya, hari akhir tasyrik, hujan pun turun. MasyaAllah :)

Waktu doa yang sangat makbul.
Allah.  

Terlalu banyak chance dan peluang Allah bagi, tapi kita selalu terleka. 

Ramadan sebulan tempohnya,
10 hari awal zulhijjah,
Setiap minggu ada hari Jumaat,
Semua tu hari khusus untuk kita kutip bounty dan rewards banyak2. 
(Bounty mcm dlm the need for speed most wanted?) 
Hehh. 

So, marilah kita hargai dan celebrate events yang ada. 
:)

Deen is celebrating now and hereafter, with Allah's blessing and guidance. 

Agama ialah kita merayakan peluang, rahmat dan pemberian Allah, di dunia (utk sementara) dan akhirat (untuk selamanya), dengan rahmat dan petunjuk Allah. 

InsyaAllah. 

Hadiah hari tasyrik. Peringatan dan peringatan. Ujian dan ujian. Cabaran dalam kesungguhan. 

Memiliki hati itu untuk bersyukur dan menghargai. (:)


Thursday, October 17, 2013

kalau tulis italic tu sengetlah ~

- bismillah -

Sabarlah dengan apa yang Allah kurniakan dan izinkan. 
Bukan sekadar bersabar ketika sesuatu nikmat ditarik, bahkan manifestasi bersyukur ketika beroleh sesuatu ialah bersabar, iaitu tidak terlalu mengikut perasaan.

Jujurnya, ada kuntuman sakura berbunga pula dalam diri ini tatkala musim dingin hampir menjelma di Irbid.

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Mu’tah, padang pasir banyak mengajarku, kenapa aku berada di situ. Buatkan aku terfikir, kenapa perjalanan hidupku dijemput ke situ.
Supaya aku sedar, Allah punya racangan yang terbaik.

Bukan untuk aku senyum sendiri, bukan untuk aku mengimpikan angan-angan seindah pelangi, tetapi, supaya aku makin tinggi harapan pada Allah dan makin bertambah takutku akan kekuasaan-Nya. Ya, Allah boleh buat apa sahaja.

Atas segala keizinan-Nya, segalanya berlaku.

Jujurnya, aku mahu Allah sentiasa melindungiku daripada godaan syaitan.

Moga aku tidak memandang indah perkara fasik.

Allahu. berserah diri pada-Mu untuk segala ketentuan takdir yang terindah, di dunia dan akhirat. Moga beroleh syurga Allah.
***

Allah tuhanku pendamai keresahan hati, tunjukkan aku jalan yang Kau redhai.

***
ok. post ini agak karat.

Thursday, October 10, 2013

terlalu

- bismillah -

alhamdulillah. masih bernafas.
salam 10 awal zulhijjah, satu tempoh masa yang sangat Allah cintai utk kita lakukan perkara kebaikan.

bak kata sheikhah arab dalam kelas sahabat saya, seperti apa yang diupload di statusnya, "hari ini sheikhah berulang kali bertanya, berapa antara kami yang akan khatam quran dalam tempoh 10 hari ini..."

ya, buat baik, selalu kita ingat bulan ramadan saja. ketahuilah, ini seakan 'peluang kedua'.

peluang utk buat baik. extra.
peluang untuk ganjaran banyak dari Allah.

zikir, sebut alhamdulillah, Allahu akbar, selawat, sedekah, berdoa, minta syurga, minta kejayaan dan kebaikan, senyum, dan banyakkkk lagi kita boleh buat dan ambil kesempatan.
yang duduk dengan keluarga, tambah bakti pada keluarga.
yang duduk dikelilingi kawan2, tambah bakti pada kawan2.
yang duduk sorang? pergilah penuhi fitrah diri, tambah ilmu, tambah amal, tambah pahala.

itu cerita positif hidup ini. :)

tenggelamkan kisah2 negatif.
bukan memadam, tapi cukup menenggelamkan.
supaya kita sedar, kisah negatif itu ada, tapi kisah positif itu lebih besar nampaknya.

***

sebenarnya T_T.
terlalu banyak berlaku.
terlalu.

tapi siapalah blog untuk tahu.

***
tadi Allah izin berborak dengan kakak tahun 6. alhamdulillah. Allah menemukan kami.

"saya ni jauh lagi akak nak merangkak....."
"tak jauh lah! dah 3rd year! 3rd year sangat penting tau..."
"oooh ok. jadi bila saya boleh beli stetoskop?" hehehe.
"balik malaysia nanti belilah :)"

insyaAllah.
yakin dengan janji Allah.
apa jadi pun, itu dari Allah.

debar.
benda yang kita expect A, bila2 masa saja boleh jadi B.
Allahuakbar.
moga Allah tak uji dengan perkara yang kita tak mampu.

***
inferiority.

tadi saya bosan jadi saya keluar dari kumpulan melayu, masuk dalam kumpulan arab.
lab anat.
mula2, inferior lah juga.
tapi lama2, rasa equal. aku tak tahu, kau pun tak tahu.
cuma bezanya, aku tak tahu, aku diam cari dalam buku.
kau tak tahu, kau tanya semua orang yang ada on da spot.
cara tu, hilanglah inferiority yang ada dalam diri orang sekeliling dan masa yang sama diri yang bertanya dapat gain benefit.
dan akhirnya semua tahu :)

sentiasa doa moga Allah letak kita dalam situasi terbaik.

moga Allah izin sahabat2 yang terbaik juga. :)

"farhana, we got one pic left, do you want to come over?" oh sangat terharu dengan kasih sayang Allah. waktu ni saya dah cakap goodbye sebab nak ke kelas pula, tapi diorang datang ikut di tempat beg untuk ajak habiskan observation group kami.

teringat dulu, masa ke kem inter-race di penang, mostly melayu akan buat group hanya dengan melayu, and so did other races pun. masing2 akan duduk dalam kelompok masing2. and i know this is just not right.....so, tadi saya left group melayu-semua yang agak ramai, masuk dalam group arab-semua yang lebih kecil bilangan ahlinya.

mungkin orang lain dah selalu berpecah kelompok, tak apa lah saya nak buat hari ni.

ingat semula, banyak peluang saya bazirkan masa 1st year dulu. satu kelas saya sorang melayu, ramai sangat kawan arab saya dapat, tapi i dont really make friends (mcm pergi kafe ke, makan sama2, pergi library sama2) tapi just tegur sapa dalam kelas je. rupanya, friends mean wider than saying hai in classes.

yes, i look for a new discovery.
insyaAllah.

motivasi untuk diri supaya cemerlang, dan berpewatakan cemerlang, insyaAllah study nya juga cemerlang.
motivasi supaya terus cemerlang ialah, mati sedang menunggu. mahu mati sebagai orang yang tak cemerlang kah?

see, tulis perkara positif, hilang segala keresahan yang terbuku. tak hilang, tapi tenggelam. :)

hanya pada Allah sebaik2 tempat kita mengadu.

doakan Allah redha saya sebagai hamba-Nya :)
kerana redha Allah terlalu didambakan.
kerana bila Allah redha, semua makhluk akan suka dengan kita.
suka yang bukan kerana dunia, tapi kerana rasa itu Allah campakkan kepada mereka.

grow loves, grow wisdom.

Allah pemilik segala sesuatu.
mari menadah cinta Allah :)

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...