Wednesday, September 18, 2013

ibrah.. cerita pendek minyak ikan :)

- bismillah -

alhamdulillah. hari ni rabu :)
jumaat akan berangkat pulang ke jordan insyaAllah. so, memandangkan dah nak balik, tadi pergilah cari barang keperluan.

memandangkan jarang jumpa ikan fresh, hanya selalu jumpa fillet atau tuna atau sardin je, saya pun rasa macam tak cukup zat. hehehe.
(bersyukurlah malaysia ni kelilingnya laut!)

belajar hari tu dalam kelas, ikan membekalkan omega-3, sejenis lemak penting yang membantu perkembangan otak. hehe. kalau lama sangat tak makan ikan, tak ke makin slow nanti by the end of medicine course :3 (6 tahun)
apa tujuan belajar kalau tak nak amalkan??

pembantu kedai1 : ya, nak cari apa?
saya : saya nak minyak ikan.
PK1 : PK2, kak ni nak minyak ikan.
saya : :3 dia panggil 'kak'...oh my sensitip lahh.

ok itu bukan ceritanya.

begini...

kak kedai tu hulur twin pack minyak ikan, 120 biji.
ada tulis di kotak "omega-3 plus vitamin E".
dalam hati, ohh omega-3 namanya...lupa pulak belajar dalam community medicine summer sem hari tu. =.='

saya tanya, "yang omega 3 + omega 6 ada?"

dia tunjuk sejenis lagi botol. 60 biji je.
dia cakap, "dia tulis sini omega 3+6, tapi dekat content information tulis omega-3 je..."

saya pun konfius. takkan kilang boleh lulus bila lable dan content tak sama?
baca punya baca...dia tulis macam ni,
"contain omega-3 and evening primrose oil, source of linoleic acid"
tak da langsung perkataan omega-6.

saya pun mumble sorang depan kakak tu..
"oh, yang omega-3 dalam botol ni sekali dengan primrose oil noh?"
tak sedar apa2 langsung apa yang saya cakap.
letak semula botol tu.

padahal, tahukah anda? linoleic acid tu omega-6 laaaa! :3

kakak tu tengok saya tak tahu nak buat pilihan, "adik ambik ni lah, ada vitamin E sekali..baik untuk kulit."

"ok. tak apa lah, saya ambik yang tadi, omega-3 + vitamin E"

$$$ 40 ringgit untuk 120 biji. murah sangat. dia kata promotion.

masuk dalam kereta. keluarkan dan baca semula kotak.

MADE in yu-es. OMG. cari tanda halal. botol omega3+6 tadi ada nampak tanda halal!

takda tanda halal. tak pa kot, minyak ikan je pun. lagipun ubat......
sampailah mata saya nampak perkataan GELATIN.

gulp. "ayah, nak pi semula kedai tadi! nak tukar ubat!!"

masa tu ayah dah keluar dari tempat parking, dah keluar ke jalan besar dah pun. haiyoo.

"serius ayah! adik tak boleh makan ni...gelatin dia tak tau mai mana"

"habis tu nak cakap apa dekat kedai tu?" ayah tanya.

"adik guna nama ayah la..adik nak cakap yang ayah saya suruh ambik yang omega 3+6"

"haish...jangan lah cakap macam tu."

"ok2. adik fikir cara lain. tapi serius tak mau ubat ni. nak buat macam mana ayah...hidayah untuk nampak halal haram tu lambat sikit datang kat adik..bila masuk dalam kereta baru terfikir."

dalam hati, alhamdulillah Allah izin gerak hati utk syak pada gelatin ubat yang di buat di amerika tu. walaupun dia tak ada halal declaration, saya pukul rata yang dia memang tak halal. sebab ubat lain boleh je apply halal certification. dan hati memang nak discard ubat tu semahu-mahunya! tak kisahlah nak masuk kedai kali kedua pun. walaupun macam menyusahkan tokey farmasi tu, saya tetap tak nak ubat yang saya tengah pegang tuuuu!

masuk ke kedai buat kali kedua. buat muka 20 sen...
malu, rasa banyak songeh pun ada.
"saya nak ambil yang tadi boleh? yang omega 3+6 tu? tak nak yang ni (ubat saya dah beli tu)"

"ok." dia cakap bahasa dia dengan tokey kedai. tokey angguk.
"38 ringgit." maksudnya dia kena pulangkan 2 ringgit pada saya.
dalam hati, dia tak nak pulangkan pun takpa, asalkan saya dah berjaya tukar ubat halal!

hehe. alhamdulillah kak tu ok.

60 biji 38 ringgit. ok lah tu. yang tadi 120 biji 40 ringgit. nampak tak murahnya gelatin tu :3

tengok botol baru tu, jenama hovid, made in malaysia, ada logo halal siap ada iso number lagi. sejuk hati.

alhamdulillah.

kalau Allah keraskan hati saya supaya jaga muka jaga malu nak ulang banyak kali pi, tak tahulah.

so. bekalan buat masa depan. bersungguh-sungguh lah untuk perkara yang halal dan haram, yang kita tahu. jangan melangkau perkara yang kita tahu tak boleh.

jujur. ayah ajar saya supaya jujur hehe.

jom, share hadis ni :) dalam hadis 40...

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pemberian dari Allah.

moga Allah redha. 
moga tidak diuji dengan perkara yang tak termampu.
moga terjaga darah daging, daripada perkara haram, sama ada tahu atau tak tahu.

amin.

4 comments:

  1. assalamualaikum, salam ukhuwah dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Having a stable broadband provider that will sustain your needs for browsing and researching is a great investment you need to make in the growing internet age.

      Delete
  2. Assalamualaikum. nice story :) kadang2 beli produk tak perasan pn kandungan gelatin tu

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam bunda dan aina. Alhamdulillah, Allah yang gerakkan hati kita semua. moga tak diuji berdepan dengan situasi yang kita tak mampu hadapi utk menegakkan islam dlm diri..

    Saling mendoakan yang terbaik :-) trimas atas kunjungan.

    ReplyDelete

Selamat hari raya aidilfitri 1438H

- bismillah - Alhamdulillah. Tahun ni beraya di kampung halaman dengan mak dan ayah. Bertiga sahaja. Hehe. Ok lah kadar kemeriahannya wala...