Saturday, September 14, 2013

Duit yang tak banyak mana

-bismillah-

'Kaya sangat ke kita?'

Saya terbaca satu post di blog lain dengan tajuk tu.

Contentnya mudah, tapi berjaya buatkan saya muhasabah dengan apa yang saya buat sebelum ni. Pasal belanja kewangan.

'Anak muda memegang duit sendiri'

Saya akui, pertama kali ada pendapatan sendiri memang mengujakan. Banyak pula tu. Hidup jauh daripada penasihat kewangan (ibu ayah), hidup sendiri tanpa perlu fikir tanggungan, memanglah akan mudah terbabas dalam menguruskan duit sendiri.

Saya pernah terbaca pasal statistik golongan muflis di malaysia ialah golongan muda, dan ramainya ialah yang berpendapatan (bekerja). Saya tak ingat dapat mana fakta ni, tapi kebanyakannya adalah berpunca dari hutang kad kredit. Sayangnya, pengurusan kewangan tak betul. Baru bekerja, baru ada pendapatan, kita rasa nak miliki semua benda, nak beli semua benda.

Alasan kita, nak ganti benda yang lama, nak bagi ada spare, bukan nak membazir pun...
Betul, tapi kadang benda kita beli semua berguna! Tapi sayang tak perlu pun... :‘(

Dulu zaman sekolah rendah pakai jam Q&Q 25 ringgit je, lepas tu rasa nak beli jam 100 ringgit, jam habis bateri putus tali tukar nak beli yang lain pulak. Habis sekolah pakai solvil yang 200 lebih. Jam leather pakai lama sangat, jam tu tahan lama, mula nak beli baru. Alasan, dah 4 tahun jam sama. Ini kisah saya.
Jadi, balik malaysia, saya ajak parents pergi sempadan thai untuk hunt jam branded dekat kedai bebas cukai.

Jam ada 600 ringgit ke atas. Paling mahal dekat situ tag heuer ja. Ribu riban.

And these left me feeling muhasabah.

Kalaupun kau ada 10000 di tangan, kenapa kau nak beli jam 7000? Memanglah mampu, tapi itu sangat tak bijak!! Buat apa nak habiskan duit? Tak boleh hidup ke beli jam 700 kalau dah kau ada 10k? I mean, ukur baju di badan sendiri. Jangan fikir 'aku mampu' maka semua benda kita nak beli. No, fikir apa lifestyle kita. Aku pilih untuk hidup mewah ke? Betul aku tak menyesal hidup mewah di dunia ni?

Sungguhpun gaji beribu riban Allah boleh beri pada siapa yang Allah pilih, tapi tak semua mampu memilih untuk hidup sederhana.

Ya, sederhana.

Cerita kasut pula.
Awal nak pergi jordan saya pergi cari scholl. Konon nak selesa. Ya, memanglah selesa. Harga pun mampu. (Again, tengok pada kemampuan, akan buatkan saya tertipu. Mak ayah support, duit sendiri, memanglah mampu kalau campur2)
Lepas kasut scholl tu lusuh, saya cari adidas. Beli tanpa rasa mahal. Sebab saya fikir, 'takpa, aku mampu, dan aku perlu kasut baru.'

Lepas baca statement 'kaya sangat ke kita?' 'Duit kita habis pergi ke mana?' dan lain2 ayat yang buatkan saya fikir ke mana duit keluar, hari ni berjaya beli jam baru di kedai cina. Oklah, sederhana. Tak sangka saya hanya terfikir untuk cari jam di malls (perlis ni tak ada mallsssss) dan duty free zone. High maintenance punya orang oo. Tapi dah insaf lepas 'boleh berfikir'.

Dan, paling best, masuk kedai kasut bata. Memanglah bata international, tahan lama, tapi rasa tak pernah terfikir nak masuk sebab dari kecik memang kaki bata.
Masuk tadi, Ohhhmaiii!! Kasut sport dia 60 ringgit. Dulu pergi tuang duit dekat adidas 65 dinar. Boleh beli 4 pasang kalau macam ni!

So lepas ni saya tahu macam mana nak berjimat cermat. Dan duit tak kering cepat.

Lagipun, mak cakap tadi, ok je nak pakai branded items, tapi sekarang ni sederhanalah...sebab masih belajar.
-

Huhuhu. That lefts me being speechless. Betapa tak sedarnya sebelum ni. What i've been doing? How do i have been living? Mewah? Zzzzzz.

Pernah pergi parndorf? T_T i have been there. Time sale. Murah, barang nak buat hadiah utk family, macam2 alasan. Tapi tak teringat pula pasal statement 'kaya sangat ke kita ni?'

Guess, timberland, reebok, you name it. Bought them all.

Dan haritu nampak ada orang pergi kilang swarovski, and he bought something! Rasa nak pergi dan beli something jugakk :‘(

Oh farhana. Do you really need to buy a piece from swarovski now?

Haihla.

Cerita spek mata lagi panjang.
'Kak, saya nak yang anti-reflection, transition warna brown tak nak black, frame itu bla bla bla.'
I was amazed myself, from where did i learn such??

Teringat dulu, tengok pertabalan agong. Tuanku permaisuri at that time pakai spek brown transition. And eversince, saya pakai cermin transition sejak spek kedua (form 2).

Oh farhana. Kau rakyat. Tapi sejak form 2 dah taste macam queen apa kes?

Jadi, marilah insaf.

Huhuh. Tapi dapat anti-fog coated glass. For free sapa taknak. Hehh, menambah taste mutu keunggulan. Zzzz. Habislah.

Jadi, marilah kurangkan tengok cerita korea yang kaya ada dressing room, jamnya berlambak, kasut bersusun, beg apatah lagi.
Buang jauh2 majalah / iklan yang tunjuk luxury life.
Udah-udah lah tu baca blog orang hidup mewah. ((((I just love to read orang besar negara punya wife :‘( ))))
Belajar bergaul dengan orang yang bahagia dalam bersederhana.
Belajar to be one!

Paling penting, ingat mati, kau tak bawa any luxury pun. T_T
Quran tu kena mewah.

Oh Allah do bless me with Rahmah.

Jom siapa yang suka luxury life kita fikir dua kali. :D
Semua orang mampu mewah, tapi tak ramai mampu bermewah hingga ke sana, akhirat.

2 comments:

  1. teringat satu dialog dalam cerita aamir khan '3 idiots' masa pada jam harga mahal dan masa pada jam harga murah sama saja ;)

    ReplyDelete
  2. alahai.. this year shja dah beli 3 kasut..1 puma,2 skecthers.... Allah3.... tlong igtkn sy farhna..sy pun rse apa yg awk rse...

    ReplyDelete

Selamat hari raya aidilfitri 1438H

- bismillah - Alhamdulillah. Tahun ni beraya di kampung halaman dengan mak dan ayah. Bertiga sahaja. Hehe. Ok lah kadar kemeriahannya wala...